ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Memandangkan penjualannya dibatalkan di Thailand, nampaknya BYD Shark kini sudah tiba di Malaysia  memandangkan BYD Cars Malaysia telah menyiarkan imej teaser Shark, baru-baru ini.

Ini bermakna trak pikap Shark ini akan mula dijual di Malaysia? Namun perkara itu masih belum dipastikan setakat ini.

image.png

Menerusi imej teaser, model itu hanya disiarkan secara bayangan namun berdasarkan imej berkenaan, sudah jelas terbukti, ia adalah BYD Shark  kerana itu satu-satunya trak pikap yang terdapat dalam barisan kenderaan pengeluar itu.

image.png

Buat masa ini, Shark hanya ditawarkan dengan pilihan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV), yang menampilkan sistem DMO (Dual Mode Off-road) hibrid super milik BYD.

image.png

Trak pikap ini disumbat dengan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder turbo yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 184 PS dan 260 Nm, selain digandingkan dengan dua motor elektrik untuk memberikan jumlah kuasa 436 PS dan 650 Nm. 

Kuasa ini membolehkan trak bersaiz sederhana ini memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam hanya 5.7 saat, dengan kelajuan maksimum 160 km/j.

image.png

Tenaga dibekalkan oleh pek bateri LFP ‘Blade’ BYD 29.58 kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 100 km, dan jarak keseluruhan 840 km. 

Dari segi pengecasan, pek bateri LFP ini menyokong kedua-dua kaedah AC 7 kW dan DC 55 kW, dengan pengecasan pantas DC membolehkan cas 30% hingga 80% disiapkan dalam 25 minit.

Tidak dilupakan, Shark PHEV juga menyokong fungsi vehicle-to-load (V2L) yang boleh membekalkan kuasa sehingga 6 kW untuk menghidupkan peralatan elektrik kecil.

image.png

Dari segi dimensi, Shark PHEV berukuran 5,457 mm panjang, 1,917 mm lebar, 1,925 mm tinggi, dan jarak roda 3,260 mm. Ini meletakkannya sebaris dengan trak pikap bersaiz sederhana lain yang dijual di sini seperti Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Ford Ranger, Mazda BT-50, dan juga JAC T9 EV.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi BYD Cars Malaysia, hari ini! BYD Shark pastinya akan menjadi model yang menonjol dalam pasaran trak pikap tempatan, kerana ia berpotensi menjadi trak pikap PHEV pertama dan satu-satunya yang dijual di Malaysia.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4512

SELANGOR

BSV1172

JOHOR

JH4075J

PULAU PINANG

PSH4012

PERAK

APM9475

PAHANG

CFJ4082

KEDAH

KGJ8110

NEGERI SEMBILAN

NEM5843

KOTA KINABALU

SJV1820

KUCHING

QAB198Q

Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

27-10-2026
Berita Auto

26-10-2026
EV

20-10-2026
Berita Auto

16-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
EV

07-09-2026
Teknologi

10-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.