Gentari Go 2.0: Semakin Interaktif, Ganjaran Berlimpah, Paling Komprehensif Setakat Ini?
-full_normal.jpg)
Setelah memperkenalkan ciri Trip Planner (perancang perjalanan) pada Januari lalu, Gentari kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan naik taraf besar kepada aplikasi mudah alihnya, yang kini dikenali sebagai Gentari Go 2.0. Kemas kini menyeluruh ini direka untuk menjadikan pengalaman pemanduan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Malaysia lebih lancar dan menyeronokkan berbanding sebelum ini.
Satu Platform, Pelbagai Solusi Perjalanan EV
Dibuat hasil sambutan positif yang diterima terhadap ciri Trip Planner, Gentari Go 2.0 menggabungkan fungsi penting seperti pencarian pengecas, perancangan laluan yang dioptimumkan dan kemas kini status masa nyata ke dalam satu platform yang kemas dan mesra pengguna.
-full_normal.jpg)
Antara pembaharuan ketara yang dibawakan oleh aplikasi ini termasuklah antaramuka pengguna yang kini lebih segar, fungsi carian pengecas yang jauh lebih pintar, serta paparan data yang paling penting. Selain itu, waktu sokongan pelanggan kini dilanjutkan iaitu dari jam 7 pagi hingga tengah malam.
Penambahbaikan yang dibuat ini memberikan ketenangan minda dan meningkatkan keyakinan pemandu EV untuk meneroka rangkaian pengecasan yang semakin meluas di Malaysia.
9,000 Titik Pengecasan Merentasi 4 Negara
-full_normal.jpg)
Gentari Go 2.0 bukan sahaja dibangunkan untuk mempertingkat pengalaman pengguna, malah turut mengukuhkan platform untuk rakan kongsi industri. Aplikasi ini menghubungkan lebih 9,000 stesen pengecasan di bawah 27 pengendali titik pengecasan (CPO) dan 7 penyedia perkhidmatan mobiliti elektronik (eMSPs). Ini membolehkan perayauan (roaming) yang lancar merentasi sempadan, meliputi Malaysia, Singapura, Thailand dan India.
OEM, peniaga dan rakan kongsi gaya hidup boleh berinteraksi dengan pengguna EV menerusi slot istimewa, lapisan peta dengan identiti jenama dan promosi yang disasarkan.
Pengalaman Pengecasan yang Lebih Telus dan Mudah
Bagi pemandu EV, setiap perjalanan kini dipermudahkan kerana boleh mencari pengecas, ganjaran dan destinasi dalam hanya satu paparan. Penapis carian kini jauh lebih terperinci, membolehkan pengguna menyusun stesen mengikut kelajuan, jenama, ganjaran tambahan (perks) atau ketersediaan semasa.
-full_normal.jpg)
Antara ciri yang menarik pada versi kali ini ialah 'Live Activities' yang terus muncul pada lockscreen telefon, membolehkan pengguna memantau status cas kenderaan tanpa perlu membuka aplikasi sepenuhnya.
Pelbagai Ganjaran Menanti
-full_normal.jpg)
Gentari Go 2.0 bukan sahaja menawarkan kemudahan pengecasan, malah turut menyediakan ganjaran tambahan. Pengguna boleh menggunakan Gentari Go Points untuk mendapatkan tawaran istimewa dari jenama seperti Baskin Robbins, Häagen-Dazs, Tealive, ZUS Coffee dan Regal Valet. Pengguna baharu yang mengemaskini aplikasi layak mendapat diskaun 10% untuk sesi pengecasan seterusnya, dengan pelbagai kelebihan lain dalam perancangan.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
