ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GWM Malaysia Tawar Hadiah Cabutan RM150,000, Pakej Waranti, 'Trade-In' Menarik

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-TA-GWM-Ora-GoodCat-GT-8.jpg


Sempena sambutan ulang tahun ketiga, Great Wall Motor (GWM) Malaysia bukan sahaja melancarkan model yang dikemaskini, Ora Good Cat Ultra 2025 dan varian baharu yang sporty, Ora Good Cat GT, tetapi turut mengumumkan pelbagai ganjaran yang mengujakan. 


Good Cat GT & Ultra Kini Di Pasaran, Harga Rebat Menarik


Caricarz-TA-GWM-Ora-GoodCat-GT-9.jpgCaricarz-TA-GWM-Ora-GoodCat-GT-2.jpgCaricarz-TA-GWM-Ora-GoodCat-GT-10.jpg


Ora Good Cat GT


Barisan kenderaan elektrik (EV) hatchback Ora Good Cat kini diperbaharui dengan dua varian yang ditawarkan pada harga istimewa, termasuk rebat yang sah sehingga 31 Disember 2025:

  • Ora Good Cat Ultra: RM109,900.
  • Ora Good Cat GT: RM119,800.

Rebut iPhone 17, PS5 & Cabutan Bertuah RM150,000


Sehingga 31 Disember ini, GWM Malaysia mengadakan kempen 'Book and Win' dengan hadiah bernilai sehingga RM150,000. Berikut adalah hadiah yang ditawarkan:

  • Hadiah Serta-Merta: Setiap tempahan kenderaan GWM memberi peluang untuk memenangi sampul hadiah secara serta-merta. Sebanyak 25 pelanggan bertuah akan dipilih.
  • Hadiah Utama: Pelanggan yang mendaftarkan kenderaan GWM baharu berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti Apple iPhone 17, Sony PlayStation 5 (PS5) dan pembersih vakum premium Dyson.


Tawaran 'Trade-In' & Pakej Waranti Yang Menarik


web_TA_Review_CariCarz_GWM-Haval-H6-HEV_-4.jpgweb_TA_CariCarz_GWM-Tank-500-HEV-Black-Edition_-1.jpgCaricarz-MBA-GWM-Tank300-Ext-4.jpg


Turut diumumkan adalah tawaran istimewa trade-in dan pakej waranti yang menarik untuk model-model lain yang kini ditawarkan di pasaran tempatan:


Screenshot-2025-11-07-at-13.06.57.png

Senarai jumlah trade-in dan waranti yang ditawarkan untuk setiap model GWM Malaysia. 


MPV Mewah Wey G9 Sah CKD


web_KS_Mastered_First-Look_GWM-Wey-G9_-3.jpg


MPV mewah Wey G9 PHEV bakal dilancarkan tidak lama lagi. 


GWM Malaysia turut mengesahkan dua rancangan penting iaitu: 

  • MPV Wey G9 PHEV: Model MPV mewah PHEV yang telah dipertontonkan baru-baru ini disahkan akan dilancarkan secara rasmi ‘tidak lama lagi'. Model ini juga akan dipasang secara tempatan (CKD), bermakna kita menjangkakan harga jualan yang menarik jiwa. 
  • Pertambahan Produk Haval: GWM juga mengesahkan rancangan untuk memperluaskan lagi barisan model SUV di bawah subjenama Haval (banyak petunjuk menjurus ke arah model Jolion).

Ketua Pegawai Operasi (COO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah, menegaskan komitmen jangka panjang syarikat: "GWM berada di sini bukan untuk jangka masa pendek. Kami di sini untuk membina kepercayaan jangka panjang dengan rakyat Malaysia melalui produk, kakitangan dan kerjasama kami."


Caricarz-TA-2025-GWM-Ora-GoodCat-25.jpg


COO GWM Malaysia, Roslan Abdullah (kanan) bersama Pengarah Urusan, Cui Anqi (kiri) di majlis pelancaran EV GWM Ora Good Cat semalam.


Pengumuman ini mengukuhkan komitmen GWM di Malaysia, terutamanya selepas mencatat pencapaian yang membanggakan dengan pertumbuhan jualan sebanyak 83%  dari awal tahun hingga kini (YTD). Malah, jualan keseluruhan pada separuh pertama tahun 2025 telah melepasi jumlah jualan GWM sepanjang tahun 2024.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX6224

SELANGOR

BSU9073

JOHOR

JH1375J

PULAU PINANG

PSH2836

PERAK

APM7835

PAHANG

CFJ3612

KEDAH

KGJ7437

NEGERI SEMBILAN

NEM5351

KOTA KINABALU

SJV931

KUCHING

QAB9610P

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

03-11-2026
Pandu Uji

30-10-2026
Kereta Baru

19-10-2026
Berita Auto

14-10-2026
Kereta Baru

12-10-2026
Kereta Baru

06-10-2026
Berita Auto

25-09-2026
Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026
Berita Auto

ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta

Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.

05-11-2026
Berita Auto

Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50

Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.

05-11-2026
Berita Auto

Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER

Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.

05-11-2026
Berita Auto

Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k

Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.

04-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.