ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Selepas SUV, pengeluar kereta dari China ini mengintai segmen MPV mewah dengan mempertaruhkan GWM Wey G9 ke pasaran tempatan.

Kehadirannya kelak dikatakan bakal memberi bahang kepada seterunyanya  seperti Toyota Vellfire, Alphard dan mungkin juga Lexus LM. 

Sebaliknya sehingga hari ini, isu kebimbangan jarak perjalanan masih menjadi penghalang utama, terutamanya buat pembeli dan pengguna MPV. Jadi, atas sebab itu, versi plug-in hybrid (PHEV) ini dilihat lebih berpotensi diterima oleh rakyat Malaysia.

Saya juga tidak menolak kemungkinan bahawa sebab inilah GWM Malaysia terpanggil  untuk memperkenalkan model baharu mereka yang kini dikenali sebagai Wey G9  sebelum ini dikenali sebagai Wey 80. 

Biarpun tarikh pelancaran masih belum diketahui namun kami diberi peluang eksklusif untuk melihat lebih awal prototip pra-produksi hampir siap.

Berikut 6 fakta yang anda patut tahu mengenai MPV mewah ini: 

image.png

1. DIBINA DENGAN CASIS YANG KUKUH

Tidak seperti kebiasaan, GWM Malaysia memilih untuk menayangkan Wey G9 dalam bentuk casis kosong selain prototaip pra-produksi hampir siap. Tujuannya adalah untuk menonjolkan “tulang” sebenar MPV mewah ini.

image.pngimage.png

Casis tersebut dibina menggunakan high-strength steel melalui gabungan teknik kimpalan tradisional dan pelekat struktur moden, selain mendapat pengukuhan tambahan di bahagian strategik utama.

image.pngimage.png

Secara ringkas, hasilnya ialah komposisi casis dengan 81.96% keluli bertekanan tinggi termasuk Tiang A dan B yang diperkukuh, membentuk struktur bumbung yang mampu menahan tekanan sehingga 12 tan

image.pngimage.png

Kelebihan lain daripada pembinaan ini ialah sistem suspensi, cermin hadapan dan komponen lain dipasang untuk menghasilkan asas yang  kukuh untuk menawarkan pemanduan lebih baik. 

image.png

2. BESAR

MPV ini cukup besar kerana  panjang keseluruhannya adalah 5,050 mm manakala  jarak roda pula 3,085 mm. Maka, tidak hairanlah mengapa ia cukup luas  dan selesa.

image.png

Untuk makluman, saiz Toyota Vellfire,Alphard dan Lexus LM adalah lebih pendek dengan ukuran  5,005 mm panjang dan 3,000 mm jarak roda.

Jika terdapat syarat minimum dari segi saiz dan ruang kabin untuk sesebuah MPV, GWM Wey G9 nampaknya melepasi tahap itu dengan mudah. Konfigurasi tiga baris tempat duduk untuk tujuh penumpang bersama ruang bagasi yang cukup luas sudah memadai untuk keluarga besar.

image.png

Namun, ada “harga” untuk semua ini. Digabungkan dengan fakta #1 (casis kukuh) serta segala kelengkapan lain, ia menghasilkan sebuah MPV yang agak berat. Malah, ia begitu berat sehingga GWM tidak pernah mendedahkan angka berat kasarnya secara rasmi, termasuk di China.

3. TRENKUASA PHEV CUKUP BERTENAGA

image.png

Bagi yang tidak tahu, trenkuasa  hibrid plug-in elektrik (PHEV) sememangnya jarang digunakan dalam segmen MPV mewah. Malah, Toyota juga hanya menawarkan varian hibrid biasa (self-charging hybrid) namun ia tidak dalam pasaran tempatan.

image.png

Berbalik kepada model ini, ia disumbat dengan enjin 1.5 liter 4-silinder turbo petrol,  bersama dua motor elektrik serta sebuah pek bateri besar 44.2 kWh. Secara keseluruhan, model ini mampu memnghasilkan kuasa setakat 442 PS (436 hp) dan tork sehingga 642 Nm.

Segala kuasa ini dikawal oleh transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) 4-kelajuan bersama sistem all-wheel-drive (AWD) pintar. Selain itu, MPV ini menawarkan tiga mode pemanduan iaitu EV Mode, EV Priority Mode dan Smart Hybrid Mode.

Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 5.7 saat dengan kelajuan maksimum (V-max) 200 km/j. Pendek kata, tidak ada siapa yang akan menggelarnya sebagai ‘lembap’. 

Menurut GWM, ia menawarkan jarak elektrik sehingga 170 km. Kehadiran sokongan pantas DC (DCFC) yang mampu mengisi semula dari 30% ke 80% hanya dalam masa 26 minit.

Sementara itu, purata penggunaan bahan api pula serendah 1.2 liter/100 km dengan jarak perjalanan gabungan sehingga 1,000 km.

4.  TEMPAT DUDUK BARISAN KEDUA ZERO GRAVITY

image.png

Kita sudah biasa melihat kebanyakan kerusi kapten yang terletak di barisan kedua namun apa yang ditawarkan dalam GWM Wey G9 agak menonjol. Pendek kata,  ‘Zero Gravity Seats’ ini sebenarnya 

meniru kerusi Kelas Pertama atau Kelas Perniagaan dalam mana-mana syarikat penerbangan utama memang setaraf anugerah Oscar.

image.pngimage.png

Secara asasnya, kerusinya cukup mewah kerana dibaluti dengan  kulit quilted. Ia kemudian dilengkapi fungsi pelarasan kuasa pelbagai arah sehingga boleh direbahkan hampir rata selain 

terdapat ‘Boss Switch’ pada kerusi penumpang hadapan yang memudahkan kawalan tambahan. Seterusnya, ia juga hadir dengan fungsi pengudaraan dan urut.

image.pngimage.png

Menurut GWM, setiap kerusi mempunyai 10 zon urutan berbeza. Walaupun kami tidak berpeluang mengujinya semasa pratonton, kami yakin kerusi ini mampu mengekalkan keselesaan penuh penumpang, tidak kira sejauh mana perjalanan dengan Wey G9.

image.png

Antara peralatan lain ia hadir dengan peti sejuk mini, kawalan iklim pelbagai zon, bumbung kaca panorama besar, serta skrin infotainmen gergasi.

5. VERSI CKD, MAKNANYA TAWARAN HARGA PUN MENARIK

image.png

Berdasarkan pratonton awal,  GWM Malaysia ada  mengesahkan rancangan untuk memasukkan Wey G9 ke dalam usaha pemasangan tempatan (CKD) bersama rakan kongsi mereka, EPMB. Malah, syarikat ini akan menjadi yang pertama diberi penghormatan untuk menghasilkan sub-jenama Wey di luar China.

Selain itu, GWM Malaysia juga menegaskan bahawa pelan CKD ini bukan sekadar untuk manfaat pengguna tempatan semata-mata. Mereka turut menyasarkan untuk mengeksport Wey G9 buatan Malaysia ke pasaran jiran serantau.

image.png

Seperti biasa, dengan pengeluaran tempatan hadir janji harga yang lebih “rasional.” Walaupun GWM Malaysia tidak mendedahkan sebarang angka rasmi, mereka memberi bayangan bahawa ia akan “berdaya saing” dengan pesaing Jepun.

image.png

Secara realistik, ramai menjangkakan harga permulaan berada dalam lingkungan RM300,000 hingga RM350,000. Namun, anggaran Harga ini masih belum dimuktamadkan, jawapannya hanya akan diketahui pada pelancarannya nanti.

6. PENDAFTARAN MINAT (ROI) KINI DIBUKA, MAKA PELANCARANNYA PUN TIDAK LAMA LAGI

GWM Malaysia mengumumkan bahawa pendaftaran minat (ROI) sudah pun dibuka. Bakal pembeli hanya perlu mengunjungi mana-mana pengedar sah dan bilik pameran, atau mungkin roadshow jenama ini, untuk mendaftar.

Pada awalnya, syarikat merancang pelancaran sekitar suku ketiga namun nampaknya ia akan berlangsung dalam suku keempat .

Berdasarkan segala perincian ini,  apa pula pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di ruang komen di bawah!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPS7694

SELANGOR

BSH8761

JOHOR

JYG9478

PULAU PINANG

PRU2037

PERAK

APB3091

PAHANG

CFD5173

KEDAH

KGC3430

NEGERI SEMBILAN

NEH1576

KOTA KINABALU

SJM6634

KUCHING

QAB1877M

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.21

+0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.93

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.13

+0.03

Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi

GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi

GWM Malaysia telah menamakan semula WEY 80 kepada GWM WEY 9, baru-baru ini.

17-09-2025

Berita Terkini

Pandu Uji
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Pandu Uji
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025
Pandu Uji
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Pandu Uji
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max –  Bergaya, Jimat & Praktikal

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.