- Berita
- Kereta Baru
- GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik
GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
Untuk makluman, Ora Good Cat GT dijual pada harga RM119,800 manakala Ultra, RM109,800. Melihat kedua-dua model ini, ia kelihatan sama namun GT kelihatan lebih sporty.

Varian Good Cat GT menerima pelbagai elemen sporty untuk membezakannya dari versi standard. Antaranya adalah penambahan bampar dan spoiler belakang yang ranggi. Selain itu,ia turut didatangkan dengan rim aloi eksklusif GT 18 inci.

Kedua-dua bahagian, dalaman dan luaran diberikan aksen kuning yang menyerlahkan lagi aura sporty model ini seolah-olah sebuah kereta lumba.


Pendek kata, model Ora Good Cat GT merupakan versi lebih sporty yang menampilkan pelbagai penambahbaikan gaya dan prestasi bagi menepati lencana “GT”. Reka bentuk luarannya kini lebih garang dengan kit badan GT eksklusif, termasuk bampar agresif dan sayap belakang, kemasan hitam berkilat, serta dua pilihan warna — Aqua Grey dan Sun Black.


Menjengah bahagian kabinnya, tema sporty itu diteruskan dengan kehadiran kerusi sport GT suede dengan jahitan kuning, menggantikan kemasan kulit sintetik pada model standard. Ciri-ciri lain masih dikekalkan seperti paparan digital 7 inci, skrin sentuh infotainmen 10.25 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay, serta pengecas tanpa wayar 50-watt.


Apa yang penting, model GT mendapat peningkatan prestasi, dengan motor FWD tunggal dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 171 PS dan 250 Nm, serta dilengkapi fungsi launch control. Model ini masih menggunakan bateri berkapasiti LFP 57.7 kWh yang sama, namun dengan jarak NEDC sedikit berkurang kepada 460 km.
Mengenai Ora Good Cat Ultra 2025, ia dilihat masih mengekalkan reka bentuknya yang comel bergaya retro seperti model terdahulu. Kereta hatchback berebntuk bulat yang diinspirasikan daripada Volkswagen Beetle ini hadir dengan lampu utama LED bulat, rim aloi lima jejari bersaiz 18 inci, dan reka bentuk hatchback bulat yang diinspirasikan daripada Volkswagen Beetle.


Dari segi warna, model ini kini menawarkan pilihan warna baharu So Blue dengan bumbung dan rim hitam, selain warna sedia ada seperti Hazel Wood Beige dengan bumbung coklat dan Pistachio Green.


Malah, model ini hadir dengan kelengkapan dalaman yang hampir sama seperti model sebelumnya, memandangakan ia dilengkapi dengan skrin instrumen digital 7 inci, skrin sentuh infotainmen 10.25 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay, pengecas tanpa wayar 50-watt, sokongan aplikasi mudah alih My GWM, kerusi pemandu laras kuasa dengan kemasan kulit sintetik, serta beberapa pilihan warna dalaman seperti Hijau-Kelabu, Perang-Putih, dan Hijau-Putih.
Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia masih dijana oleh motor elektrik FWD tunggal dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 143 PS dan 210 Nm, dengan kelajuan maksimum sehingga 150 km/j. Motor ini mendapat bekalan tenaga daripada bateri LFP 57.7-kWh, yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 480 km (NEDC) dan boleh dicas menggunakan pengecas DC 60 kW (30-80% dalam 38 minit) atau pengecas AC 6.6 kW.

Dari segi ciri keselamatan, kedua-dua model Ora Good Cat dan Good Cat GT dilengkapi dengan pakej keselamatan ADAS menyeluruh, termasuk Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif, Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Amaran Lencong, Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Amaran Lintasan Belakang (RCTA), 6 beg udara, dan banyak lagi.
Bagi setiap pembelian ORA Good Cat, pengguna ditawarkan dengan waranti kenderaan selama 5 tahun atau 150,000 km, waranti bateri selama 8 tahun atau 180,000 km dan akej servis percuma 5 tahun.

Sehubungan itu, Ora Good Malaysia menawarkan tawaran Early Bird dimana jika anda membuat tempahan sebelum 31 Disember ini, anda layak mnerima diskaun sebanyak RM3,000.'
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik
GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.
31-07-2026
KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri
Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!
08-06-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

