ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

iCAUR V23 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM119,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

iCAUR Malaysia  akhirnya melancarkan secara rasminya iCAUR V23 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.

Untuk pasaran tempatan, ia hadir dalam dua varian iaitu pacuan dua roda (2WD) (RM119,800) dan pacuan empat roda (iWD) RM132,800.

Dari segi ukuran, ia berukuran 4,220 mm panjang, 1,915 mm lebar, dan 1,845 mm tinggi, dan digandingkan dengan jarak gandar 2,735 mm, V23 memberikan keseimbangan antara penampilan yakin dan teguh di luar dan ruang dalam yang praktikal dan selesa bagi pemandu dan penumpang. 

Dengan jarak lepas permukaan setinggi 210mm, iCAUR V23 dibina untuk mengendalikan permukaan mencabar dan meredah air sedalam 600 mm, setanding SUV 4x4 sejati dan trak pikap moden. 

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan lampu depan LED bersama Lampu Nyalaan Siang yang disediakan sebagai ciri piawai, dan lampu belakang LED yang dilengkapi lampu brek ketiga tinggi yang terletak pada kotak simpanan tambahan.

Selain itu, ia hadir dengan roda 19 inci dan tayar 255/55 R19 pada versi V23 2WD, manakala versi perdana V23 iWD menyerlah dengan roda 21 inci lebih besar yang digandingkan dengan tayar 265/45 R21, menyerlahkan lagi kemodenan dan keyakinan penampilan dalam reka bentuk keseluruhan.

Bahagian kabin pula, ia menawarkan  skrin sentuh HD Quad 15.4-inci yang dipacu oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8155 menjadi tumpuan utama kabin, menjamin pengendalian lancar dan kawalan intuitif. 

Telefon pintar disepadukan dengan lancar tanpa wayar sebagai ciri piawai menerusi Android Auto dan Apple CarPlay. Ciri ini dilengkapi dengan sistem audio 7 speaker yang menghasilkan bunyi yang jelas dan menghiburkan para penumpang. 

Sebagai pelengkap ruang dalamnya yang bergaya retro, iCAUR V23 menyediakan empat butang konsol tengah mantap untuk menyenangkan kawalan fungsi di dalam kereta, termasuk pemilih mod pacuan, untuk bertukar antara lima mod pacuan dalam versi V23 2WD [ECO, Comfort (Selesa), Sport (Sukan), Individual (Individu),  Slippery (Jalan Licin)], dan enam mod dalam versi iWD berserta mod Off-Road (Jalan Lasak) tambahan. 

Mengenai trenkuasa,  Versi 2WD dipacu oleh motor elektrik dipasang belakang tunggal yang menghasilkan kuasa 100 kW (136 PS) dan tork 180 Nm. 

Varian ini digandingkan dengan  bateri Litium Ion Fosfat (LFP) 59.9-kWj, selain mencatatkan jarak pemanduan (NEDC) sehingga 360 km, menjadikannya sesuai bagi pemanduan harian dan perjalanan di sekitar bandar. 

Dengan bekalan kuasa yang lancar dan pacuan roda belakang dinamik yang seimbang, versi 2WD menawarkan pengalaman memandu yang cekap dan juga menyeronokkan. 

Bagi mereka yang inginkan keupayaan dan kuasa tambahan, iCAUR V23 iWD memperkenalkan sistem pacuan semua roda pintar dwimotor. Versi ini menjana output tergabung 155 kW (211 PS) dan tork 292 Nm, menghasilkan pecutan penuh yakin dan cengkaman mantap sama ada semasa meredah denai atau apabila meluncur dengan selesa di lebuh raya. 

Sementara itu, varian iWD menawarkan jarak pemanduan lanjutan sehingga 430 km (NEDC), dipacu bateri litium tiga logam Nikel-Mangan-Kobalt (NMC) 81.8-kWj.

Prestasi V23 disokong oleh modul pacuan elektrik belakang yang kompak lagi berkuasa, menggabungkan komponen penting seperti Unit Kawalan Motor, Pengecas Dalaman, dan Penukar. 

Versi iWD disokong oleh Motor Tak Segerak Magnet Kekal yang mantap pada gandar depan, memberikan cengkaman tambahan apabila keadaan memerlukan. 

Bagaimanapun, kedua-dua varian menyokong pengecasan AC 6.6 kW, manakala pilihan V23 2WD menawarkan keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 85 kW. Versi iWD ditambah baik dengan kadar pengecasan DC maksimum 104 kW, menawarkan kesenangan tambahan bagi perjalanan jarak jauh. 

Menegnai ciri keselamatan, ia hadir dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk enam beg udara dan sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS Aras 2.  Segala ciri keselamatan ini disokong oleh radar gelombang milimeter yang disepadukan ke dalam badan kenderaan untuk meningkatkan ketepatan pengesanan dalam pelbagai persekitaran.

Versi standard iCAUR V23 menyediakan ciri-ciri ADAS berikut: 

Brek Kecemasan Autonomi (AEB)

Maklumat Terlepas Keluar (DAI)

Amaran Perlanggaran Depan (FCW)

Amaran Pertukaran Lorong (LCW)

Amaran Keluar Lorong (LDW)

Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)

Pencegahan Keluar Lorong (LDP)

Amaran Lalu Lintas Silang Belakang (RCTA)

Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

Bantuan Mengelakkan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)

Pengesanan Titik Buta (BSD)

Amaran Pembukaan Pintu (DOW)

Selain daripada prestasi dan ciri keselamatannya, iCAUR V23 dilengkapi  turut dilengkapai termasuk Monitor Pandangan Menyeluruh (AVM) 540-darjah tersendiri jenama, Sistem Pengawasan Tekanan Tayar (TPMS), dan pembaca NFC yang diletakkan di dapra sisi pemandu untuk capaian pantas. 

Bagi yang berminat, ia V23 ditawarkan dalama enam pilihan warnanOff Road Orange (Oren Off Road), Khaki White (Putih Khaki), Army Green (Hjiau Tentera), Slate Silver (Perak Slate), dan Carbon Black (Hitam Karbon), yang semuanya dipadankan dengan hias dalaman kulit hitam yang serba anggun. 

Para pemilik V23 mendapat sokongan khidmat penjagaan komprehensif yang disediakan bagi semua model iCAUR. Perkhidmatannya termasuk waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000 km, waranti bateri dan unit pacuan lapan tahun atau 160,000 km, dan jaminan penggantian bateri sekiranya Keadaan Kesihatan jatuh di bawah 70% dalam tempoh waranti.

Untuk 1,000 pendaftaran pertama, iCAUR Malaysia memperkenalkan Pakej Pembeli Awal yang dirangka khas untuk memberikan nilai bermakna kepada proses pemilikan. Setiap pembelian termasuk pengecas rumah Wallbox (Kotak Dinding) 7kW percuma bernilai RM3,400, untuk menawarkan kemudahan pengecasan di rumah kepada pengguna sejak dari mula lagi. 


Untuk meningkatkan lagi kesenangan penggunaan harian, pakej ini termasuk unit kluster instrumen sokongan 6.86-inci yang bernilai RM1,000. Di samping itu, pembeli akan menerima waranti lanjutan untuk bateri, motor elektrik dan unit kawalan kuasa yang meliputi tempoh sehingga sepuluh tahun atau 200,000km.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQB5237

SELANGOR

BSK4405

JOHOR

JYL7554

PULAU PINANG

PRW1462

PERAK

APC8504

PAHANG

CFE2850

KEDAH

KGD2139

NEGERI SEMBILAN

NEH7548

KOTA KINABALU

SJN9458

KUCHING

QAB6004M

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.63

-0.02

RON 97

RM 3.26

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.08

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.28

-0.02

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

Berita Terkini

Kereta Baru
iCAUR V23 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM119,800

iCAUR V23 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM119,800

iCAUR Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya iCAUR V23 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.

27-11-2025
Kereta Baru
Alfa Romeo Stelvio Veloce & Giulia Veloce Dipertontonkan Di Malaysia – Anggaran Dari RM400,000

Alfa Romeo Stelvio Veloce & Giulia Veloce Dipertontonkan Di Malaysia – Anggaran Dari RM400,000

Alfa Romeo Malaysia hari ini telah mempertontonkan dua model berprestasi tingginya untuk pasaran tempatan, SUV Alfa Romeo Stelvio Veloce dan sedan sport Alfa Romeo Giulia Veloce.

20-11-2025
Kereta Baru
Tempahan Untuk TQ Wuling Bingo Elektrik Sudah Dibuka, Ada 2 Varian

Tempahan Untuk TQ Wuling Bingo Elektrik Sudah Dibuka, Ada 2 Varian

TQ Wuling Bingo sudah dibuka untuk tempahan sekali gus memberi bayangan model ini akan dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan, tidak lama lagi.

20-11-2025
Kereta Baru
Suzuki Fronx Dilancarkan Di Malaysia – Hibrid Pintar, Dari RM147,888

Suzuki Fronx Dilancarkan Di Malaysia – Hibrid Pintar, Dari RM147,888

Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi Suzuki di Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan model crossover kompak terbaru, Suzuki Fronx.

18-11-2025
Kereta Baru
smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru
Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Kereta Baru
Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru
Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.