- Berita
- Kereta Baru
- Alfa Romeo Stelvio Veloce & Giulia Veloce Dipertontonkan Di Malaysia – Anggaran Dari RM400,000
Alfa Romeo Stelvio Veloce & Giulia Veloce Dipertontonkan Di Malaysia – Anggaran Dari RM400,000

Alfa Romeo Malaysia hari ini telah mempertontonkan dua model berprestasi tingginya untuk pasaran tempatan, SUV Alfa Romeo Stelvio Veloce dan sedan sport Alfa Romeo Giulia Veloce. Kedua-dua model ini menjanjikan gabungan sentuhan mewah Itali dan prestasi yang padu. Model ini dianggarkan akan dijual pada harga sekitar RM400,000.
Kemunculan kedua-dua model ini dalam versi sporty, Veloce, menandakan komitmen Alfa Romeo untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan tanpa menjejaskan keselesaan harian.
Ciri Mekanikal Stelvio Veloce & Giulia Veloce


Kedua-dua Stelvio Veloce dan Giulia Veloce dikuasakan oleh unit enjin yang sama, menjamin prestasi yang mantap. Berikut adalah spesifikasi enjin yang digunakan:
- Enjin: 2.0L Turbo 4 Sebaris
- Kuasa Maksimum: 280 hp (206 kW)
- Tork: 400 Nm
- Transmisi: Automatik 8 kelajuan ZF
Masa yang diambil untuk membuat pecutan 0-100 km/j oleh kedua-dua model ialah 5.7 saat dengan kelajuan maksimum 230 km/j untuk Stelvio Veloce dan 240 km/j untuk Giulia Veloce.
Kedua-duanya menawarkan suspensi Alfa™ Link dan agihan berat 50:50, namun Stelvio menggunakan sistem Q4 AWD pintar untuk kestabilan semua cuaca, manakala Giulia meningkatkan ketangkasan sportsnya melalui aci pacuan gentian karbon, nisbah stereng pantas (quick-steering ratio, 11.8:1) dan pembezaan gelincir terhad Q2 mekanikal (mechanical Q2 limited-slip differential).
Rekaan Stelvio Veloce & Giulia Veloce




Stelvio Veloce tampil ‘gagah’ sebagai SUV dengan dimensi yang lebih besar, rim 20 inci, kit badan Vulcano Black dan lampu Matriks LED penuh, manakala Giulia Veloce pula lebih fokus kepada ketangkasan sedan sporty dengan rim 19 inci, angkup brek merah dan badan yang jauh lebih ringan.


Walaupun rekaan luarannya berbeza, kabin kedua-dua model ini berkongsi tema yang sama, iaitu sentuhan mewah Itali yang sporty, dilengkapi tempat duduk kulit dengan jahitan kelabu gelap, aksen aluminium, sistem audio Harman Kardon 14 pembesar suara dan kluster digital 12.3 inci yang menampilkan gaya dail klasik Alfa Romeo.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB6427
SELANGOR
BSQ6341
JOHOR
JYY1894
PULAU PINANG
PSC8242
PERAK
APH9915
PAHANG
CFG7217
KEDAH
KGG4160
NEGERI SEMBILAN
NEK5981
KOTA KINABALU
SJS2969
KUCHING
QAB9529N
Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka
Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.
05-11-2025
Alfa Romeo Tonale Akan Dijual Di Malaysia Tak Lama Lagi?
Ini segalanya yang kita tahu tentang Alfa Romeo Tonale yang mungkin akan memasuki pasaran Malaysia.
09-03-2024
Ini Model Yang Akan Dilancarkan Stellantis Malaysia...
Menggantikan Bermaz Auto Alliance untuk mengendalikan jenama Peugeot, ini rancangan Stellantis untuk pasaran Malaysia.
08-03-2024
Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka
Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.
05-11-2025
Maserati Pertimbang bawa Masuk Flagship Super GT Baharu dengan Transmisi Manual
Nampaknya Maserati sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan model flagship baharu edisi terhad yang bakal menampilkan enjin ikonik mereka iaitu enjin kembar turbo V6 3.0 liter Nettuno.
30-07-2025
Alfa Romeo Diarah Tukar Nama Milano
Rupa-rupanya kerajaan Itali tidak bersetuju dengan nama Alfa Romeo Milano.
17-04-2024
Alfa Romeo Tonale Akan Dijual Di Malaysia Tak Lama Lagi?
Ini segalanya yang kita tahu tentang Alfa Romeo Tonale yang mungkin akan memasuki pasaran Malaysia.
09-03-2024
Alfa Romeo Tonale - Pelancaran Ditangguhkan Hingga Awal 2022
Stellantis, syarikat induk kepada Alfa Romeo, telah mengesahkan bahawa Alfa Romeo Tonale akan dilancarkan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) versi hibrid plug-in.
27-12-2021
Berita Terkini
Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran
Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.
05-06-2026
Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya
Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.
05-06-2026
BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian
Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.
05-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
