ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Saga 2026 Cipta Sejarah, 4 Bintang ASEAN NCAP!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2025-Proton-Saga-ASEAN-NCAP-(18).jpg


Model ikonik negara, Proton Saga, kini tampil lebih meyakinkan dengan peningkatan keselamatan yang ketara. Model yang secara rasmi dilancarkan dalam acara yang penuh kemeriahan di MITEC semalam dilaporkan menerima penarafan empat bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah  protokol terkini yang lebih ketat, 2021–2025.


Peningkatan ketara yang dibuat dalam aspek keselamatan ini jelas menunjukkan komitmen Proton untuk membawa ciri perlindungan dan teknologi bantuan pemandu termaju ke dalam modelnya yang paling dekat dengan jiwa rakyat Malaysia.


Bagaimanakah Saga 2025 Mencapai Skor Keseluruhan Empat Bintang?


2025-Proton-Saga-ASEAN-NCAP-(8).jpg


Dalam penilaian yang dijalankan oleh ASEAN NCAP, Proton Saga baharu ini merekodkan skor keseluruhan 66.70 mata. Skor ini terbahagi kepada empat kategori utama. 


1- Mampukah Proton Saga 2026 Melindungi Penumpang Dewasa Dengan Baik?


2025-Proton-Saga-ASEAN-NCAP-(16).jpg2025-Proton-Saga-ASEAN-NCAP-(17).jpg


Dalam aspek Perlindungan Penghuni Dewasa (AOP), Saga mencatatkan 23.72 daripada 32.00 mata. Berikut adalah kupasannya:

  • Dalam ujian hentaman offset hadapan, model ini memperoleh 12.98 mata.
  • Untuk ujian impak sisi, ia mencatatkan 6.74 mata.
  • Teknologi perlindungan kepala menyumbang 4.00 mata penuh.

2025-Proton-Saga-ASEAN-NCAP-(1).jpg


Pihak ASEAN NCAP mengesahkan bahawa sel penumpang kekal stabil semasa ujian rempuhan hadapan. Walaupun perlindungan dada untuk pemandu dinilai sebagai sederhana, perlindungan kaki dan buku lali berada pada tahap yang memadai. Ujian impak sisi turut menunjukkan perlindungan dada yang sederhana, tetapi kestabilan struktur kenderaan kekal sepanjang ujian.


2-  Mampukah Proton Saga 2026 Melindungi Kanak-Kanak Dengan Baik?


2025-Proton-Saga-ASEAN-NCAP-(15).jpg2025-Proton-Saga-ASEAN-NCAP-(13).jpg


Dalam domain Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP), Saga menerima 38.17 mata. Berikut adalah hasil ujian pelbagai aspek COP:

  • Dalam ujian dinamik, dummy kanak-kanak berusia 18 bulan dan 3 tahun menunjukkan perlindungan yang baik semasa menerima hentaman depan dan sisi mengumpulkan 19.28 mata.
  • Kemudahan dan ketepatan pemasangan sistem kekangan kanak-kanak (CRS) menyumbang 10.89 mata.
  • Ciri keselamatan yang disediakan pada badan kenderaan (vehicle-based assessments) menyumbang 8.00 mata penuh.

Menambah keyakinan, Saga kini dilengkapi standard dengan sistem ISOFIX dan cangkuk penambat atas (top-tether). Model ini juga disahkan berjaya melepasi ujian keserasian pemasangan kerusi kanak-kanak yang melibatkan jenama popular seperti Peg-Perego, Joie, Britax, Maxi-Cosi, dan Combi.


3-  Apa Ciri Bantuan Pemandu Yang Ditawarkan Proton Saga 2026 & Sejauh Mana Keberkesanannya?


2025-Proton-Saga-ASEAN-NCAP-(14).jpg2025-Proton-Saga-ASEAN-NCAP-(12).jpg


Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) menyumbang 14.00 mata. Ini adalah aspek di mana Proton menunjukkan peningkatan signifikan berbanding model lama. Berikut adalah hasil ujian ciri-ciri penting:

  • Fungsi brek kecemasan automatik untuk kelajuan rendah/bandar (AEB City) menerima skor 1.25 mata, manakala di kelajuan tinggi/antara bandar (AEB Inter-Urban), 1.75 mata, yang mana kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai sederhana. 
  • Keberkesanan brek dan pencegahan kemalangan menyumbang 6.00 mata.
  • Peringatan tali pinggang keledar (SBR) untuk penumpang hadapan menyumbang 3.00 mata.

2025-Proton-Saga-ASEAN-NCAP-(11).jpg2025-Proton-Saga-ASEAN-NCAP-(10).jpg


Varian berspesifikasi tertinggi didatangkan dengan ciri keselamatan aktif tambahan seperti Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Lampu Tinggi Automatik. 


4- Sejauh Mana Perlindungan Aspek Titik Buta Proton Saga 2026?


2025-Proton-Saga-ASEAN-NCAP-(9).jpg


Dalam domain Keselamatan Penunggang Motosikal, Saga mengumpulkan 7.00 mata. Ini dibantu dengan kehadiran sistem Pengesan Titik Buta yang berfungsi dengan berkesan di kedua-dua belah kenderaan.


Proton Saga 2026 turut menerima satu mata bonus kerana menawarkan AEB untuk Motosikal, satu ciri keselamatan aktif yang masih jarang didapati pada kenderaan dalam segmen harga ini.


Berapakah Harga Jualan Proton Saga 2026 di Malaysia?


Proton Saga 2026 ditawarkan dalam tiga varian. Berikut adalah harga rasmi (atas jalan, tanpa insurans):

  • 1.5 Standard: RM38,990
  • 1.5 Executive: RM44,990
  • 1.5 Premium: RM49,990


Namun, bagi pelanggan terawal, Proton bermurah hati menawarkan rebat tempahan sebanyak RM1,000 sehingga 31 Disember ini. Menjadikan harga jualani turun kepada:

  • 1.5 Standard: RM37,990
  • 1.5 Executive: RM43,990
  • 1.5 Premium: RM48,990


Adakah Saga Baharu Ini Boleh Dieksport ke Pasaran ASEAN Lain?


Pencapaian 4-bintang ASEAN NCAP ini mengukuhkan kedudukan Proton Saga baharu di pasaran. Pihak ASEAN NCAP sendiri mengiktiraf bahawa Saga 2025 menunjukkan kemajuan yang ketara berbanding model 2016. Peningkatan utama dapat dilihat pada:

  • Kekuatan Struktur Badan.
  • Perlindungan Kanak-Kanak yang lebih konsisten.
  • Ketersediaan Teknologi Keselamatan Moden (seperti AEB).

Dengan kelayakan keselamatan yang dipertingkatkan ini, Saga 2025 bukan sahaja kekal sebagai model segmen A yang popular di Malaysia, malah berpotensi besar untuk dieksport ke pasaran ASEAN yang lain. Ini amat penting dalam menyokong usaha berterusan Proton untuk mengembangkan pengaruhnya di rantau ini.

Video sesi ujian ASEAN NCAP Proton Saga terbaru


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4065

SELANGOR

BSU8520

JOHOR

JG9543J

PULAU PINANG

PSH2428

PERAK

APM7417

PAHANG

CFJ3475

KEDAH

KGJ7239

NEGERI SEMBILAN

NEM5167

KOTA KINABALU

SJV386

KUCHING

QAB9503P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

03-04-2026
Kereta Baru

26-01-2026
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

17-12-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.