Proton Saga 2026 Cipta Sejarah, 4 Bintang ASEAN NCAP!
-full_normal.jpg)
Model ikonik negara, Proton Saga, kini tampil lebih meyakinkan dengan peningkatan keselamatan yang ketara. Model yang secara rasmi dilancarkan dalam acara yang penuh kemeriahan di MITEC semalam dilaporkan menerima penarafan empat bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol terkini yang lebih ketat, 2021–2025.
Peningkatan ketara yang dibuat dalam aspek keselamatan ini jelas menunjukkan komitmen Proton untuk membawa ciri perlindungan dan teknologi bantuan pemandu termaju ke dalam modelnya yang paling dekat dengan jiwa rakyat Malaysia.
Bagaimanakah Saga 2025 Mencapai Skor Keseluruhan Empat Bintang?
-full_normal.jpg)
Dalam penilaian yang dijalankan oleh ASEAN NCAP, Proton Saga baharu ini merekodkan skor keseluruhan 66.70 mata. Skor ini terbahagi kepada empat kategori utama.
1- Mampukah Proton Saga 2026 Melindungi Penumpang Dewasa Dengan Baik?
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Dalam aspek Perlindungan Penghuni Dewasa (AOP), Saga mencatatkan 23.72 daripada 32.00 mata. Berikut adalah kupasannya:
- Dalam ujian hentaman offset hadapan, model ini memperoleh 12.98 mata.
- Untuk ujian impak sisi, ia mencatatkan 6.74 mata.
- Teknologi perlindungan kepala menyumbang 4.00 mata penuh.
-full_normal.jpg)
Pihak ASEAN NCAP mengesahkan bahawa sel penumpang kekal stabil semasa ujian rempuhan hadapan. Walaupun perlindungan dada untuk pemandu dinilai sebagai sederhana, perlindungan kaki dan buku lali berada pada tahap yang memadai. Ujian impak sisi turut menunjukkan perlindungan dada yang sederhana, tetapi kestabilan struktur kenderaan kekal sepanjang ujian.
2- Mampukah Proton Saga 2026 Melindungi Kanak-Kanak Dengan Baik?
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Dalam domain Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP), Saga menerima 38.17 mata. Berikut adalah hasil ujian pelbagai aspek COP:
- Dalam ujian dinamik, dummy kanak-kanak berusia 18 bulan dan 3 tahun menunjukkan perlindungan yang baik semasa menerima hentaman depan dan sisi mengumpulkan 19.28 mata.
- Kemudahan dan ketepatan pemasangan sistem kekangan kanak-kanak (CRS) menyumbang 10.89 mata.
- Ciri keselamatan yang disediakan pada badan kenderaan (vehicle-based assessments) menyumbang 8.00 mata penuh.
Menambah keyakinan, Saga kini dilengkapi standard dengan sistem ISOFIX dan cangkuk penambat atas (top-tether). Model ini juga disahkan berjaya melepasi ujian keserasian pemasangan kerusi kanak-kanak yang melibatkan jenama popular seperti Peg-Perego, Joie, Britax, Maxi-Cosi, dan Combi.
3- Apa Ciri Bantuan Pemandu Yang Ditawarkan Proton Saga 2026 & Sejauh Mana Keberkesanannya?
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) menyumbang 14.00 mata. Ini adalah aspek di mana Proton menunjukkan peningkatan signifikan berbanding model lama. Berikut adalah hasil ujian ciri-ciri penting:
- Fungsi brek kecemasan automatik untuk kelajuan rendah/bandar (AEB City) menerima skor 1.25 mata, manakala di kelajuan tinggi/antara bandar (AEB Inter-Urban), 1.75 mata, yang mana kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai sederhana.
- Keberkesanan brek dan pencegahan kemalangan menyumbang 6.00 mata.
- Peringatan tali pinggang keledar (SBR) untuk penumpang hadapan menyumbang 3.00 mata.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Varian berspesifikasi tertinggi didatangkan dengan ciri keselamatan aktif tambahan seperti Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Lampu Tinggi Automatik.
4- Sejauh Mana Perlindungan Aspek Titik Buta Proton Saga 2026?
-full_normal.jpg)
Dalam domain Keselamatan Penunggang Motosikal, Saga mengumpulkan 7.00 mata. Ini dibantu dengan kehadiran sistem Pengesan Titik Buta yang berfungsi dengan berkesan di kedua-dua belah kenderaan.
Proton Saga 2026 turut menerima satu mata bonus kerana menawarkan AEB untuk Motosikal, satu ciri keselamatan aktif yang masih jarang didapati pada kenderaan dalam segmen harga ini.
Berapakah Harga Jualan Proton Saga 2026 di Malaysia?
Proton Saga 2026 ditawarkan dalam tiga varian. Berikut adalah harga rasmi (atas jalan, tanpa insurans):
- 1.5 Standard: RM38,990
- 1.5 Executive: RM44,990
- 1.5 Premium: RM49,990
Namun, bagi pelanggan terawal, Proton bermurah hati menawarkan rebat tempahan sebanyak RM1,000 sehingga 31 Disember ini. Menjadikan harga jualani turun kepada:
- 1.5 Standard: RM37,990
- 1.5 Executive: RM43,990
- 1.5 Premium: RM48,990
Adakah Saga Baharu Ini Boleh Dieksport ke Pasaran ASEAN Lain?
Pencapaian 4-bintang ASEAN NCAP ini mengukuhkan kedudukan Proton Saga baharu di pasaran. Pihak ASEAN NCAP sendiri mengiktiraf bahawa Saga 2025 menunjukkan kemajuan yang ketara berbanding model 2016. Peningkatan utama dapat dilihat pada:
- Kekuatan Struktur Badan.
- Perlindungan Kanak-Kanak yang lebih konsisten.
- Ketersediaan Teknologi Keselamatan Moden (seperti AEB).
Dengan kelayakan keselamatan yang dipertingkatkan ini, Saga 2025 bukan sahaja kekal sebagai model segmen A yang popular di Malaysia, malah berpotensi besar untuk dieksport ke pasaran ASEAN yang lain. Ini amat penting dalam menyokong usaha berterusan Proton untuk mengembangkan pengaruhnya di rantau ini.
Video sesi ujian ASEAN NCAP Proton Saga terbaru
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB2664
SELANGOR
BSQ5247
JOHOR
JYX7541
PULAU PINANG
PSC6981
PERAK
APH8905
PAHANG
CFG6748
KEDAH
KGG3423
NEGERI SEMBILAN
NEK5594
KOTA KINABALU
SJS1962
KUCHING
QAB9324N
Terakhir Kemas Kini 06 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...
Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.
22-12-2025
Raja Kereta Bajet Bawah RM50,000 Tahun 2026: Saga, Bezza Atau Axia?
Menjelang tahun 2026, persaingan menjadi lebih sengit dengan kehadiran Proton Saga MC3 (2026) yang menawarkan peningkatan ketara berbanding versi terdahulu. Jadi sejauh mana Proton Saga boleh mengalahkan pesaingnya, Bezza dan Axia?
08-12-2025
Proton Saga 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM37,990 Dengan Rebat RM1,000
Proton Saga MC3 2026 kini rasmi di Malaysia. Dikuasakan enjin 1.5L N.A. baharu, Saga 2026 hadir dengan sistem ADAS lengkap dan casis yang telah dinaiktaraf. Ini info selanjutnya...
27-11-2025
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).
04-11-2025
Jetour T1 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal CKD Di Malaysia?
Selepas kejayaan model T2, kini giliran 'adiknya' iaitu Jetour T1 pula membuktikan kehebatan dalam aspek keselamatan.
27-01-2026
SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia
SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.
02-01-2026
Syabas! Perodua Traz Terima Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP
Perodua Traz yang baru dilancarkan ke pasaran tempatan beberapa hari lalu, berjaya meraih penarafan lima bintang bagi ujian pelanggaran ASEAN NCAP.
19-12-2025
Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat
Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.
05-11-2025
Berita Terkini
KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini
Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!
03-06-2026
XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000
XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.
03-06-2026
Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok
Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.
03-06-2026
Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan
Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...
03-06-2026
JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan
Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.
03-06-2026
UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM
Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.
03-06-2026
Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem
Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.
01-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
