ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

RHB-EV-Charger-Caricarz-(11).jpg


Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung penggunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…


Baru-baru ini, penganalisis pasaran memberi amaran bahawa infrastruktur pengecasan awam masih jauh ketinggalan daripada kadar sebenar yang diperlukan untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat.


Penganalisis RHB Investment Bank, Iftaar Hakim Rusli, memetik data daripada  Rangkaian Pengecasan Kenderaan Elektrik Malaysia (MEVNet) mendedahkan bahawa Malaysia kini mempunyai 4,161 petak pengecasan EV (EVCB) yang aktif beroperasi, dengan rancangan penambahan 4,477 EVCB di masa akan datang, lapor NST pada 20 November lalu. 


Data Tidak Tepat


Bagaimanapun, hasil penelitian kami, data daripada MEVNet ini tidak dikemaskini sejak Mac 2025, ini berbeza dengan maklumat terbaru yang dikongsikan oleh Persatuan Kenderaan Beremisi Sifar Malaysia (MyZEVA) yang menyatakan bahawa kini terdapat sejumlah  5,109 EVCB di seluruh negara yang merangkumi 1,694 unit pengecas pantas DC dan 3,415 unit pengecas AC. Ini meletakkan nisbah pengecas-ke-EV semasa di Malaysia pada kira-kira 1:14.


RHB-EV-Charger-Caricarz-(5).jpg


Angka ini jauh daripada penanda aras ideal MyZEVA iaitu 1:8 yang ditetapkan pada Disember 2024. Walaupun Malaysia sempat mencatatkan peningkatan seketika daripada nisbah 1:11 (suku ketiga 2024) kepada 1:10 (suku keempat 2024), situasi ini kini semakin merosot kerana jualan EV terus mengatasi kelajuan pelancaran pengecas.

 

Siapa Sebenarnya Yang Menggunakan Pengecas Awam?


RHB-EV-Charger-Caricarz-(1).jpg


Walaupun jurang nisbah ini melebar, kesesakan atau barisan panjang di pengecas awam masih jarang berlaku buat masa ini. Ini kerana kebanyakan pemilik EV sedia ada tinggal di rumah kediaman bertanah dengan akses kepada sistem pengecasan peribadi, ini bermakna mereka tidak terlalu bergantung kepada infrastruktur awam.


Selain itu, kebanyakan isi rumah memiliki lebih daripada satu kenderaan, yang bermakna, masih ramai memilih untuk menggunakan kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) atau hibrid untuk perjalanan jarak jauh. Ini secara tidak langsung mengurangkan tekanan ke atas rangkaian pengecasan. 


Gelombang Pembeli Baharu Bakal Ubah Dinamik


Dinamik pasaran ini bagaimanapun dijangka berubah tidak lama lagi. Dengan kemasukan model EV yang lebih mampu milik daripada jenama tempatan iaitu Proton dan Perodua, permintaan di masa hadapan dijangka akan semakin meningkat dan didominasi oleh pembeli muda dan mereka yang tinggal di kawasan bandar.


RHB-EV-Charger-Caricarz-(2).jpg


Pengguna baharu ini cenderung untuk tinggal di kediaman bertingkat dan bergantung sepenuhnya kepada kemudahan pengecasan yang dikongsikan bersama. Ini secara tidak langsung, meningkatkan kadar penggunaan stesen awam dengan ketara.


Contoh yang jelas dapat dilihat di kondominium salah seorang penulis Carz.com.my sendiri. Pada mulanya, tiada penduduk memiliki EV. Namun, selepas dua unit pengecas awam ChargeSini dipasang, lebih 20 penduduk bertukar kepada EV dalam tempoh setahun, mendorong penambahan dua pengecas lagi. Ini menunjukkan bahawa kebolehdapatan pengecas adalah faktor penting yang melahirkan permintaan, bukan sebaliknya.


Kekangan Grid Elektrik Membantutkan Pembangunan


Cabaran dalam pembangunan infrastruktur masih sukar ditangani. Iftaar Rusli mendedahkan bahawa kapasiti grid elektrik adalah kekangan terbesar dalam usaha pemasangan pengecas pantas DC, yang memerlukan naik taraf yang mahal dan memakan masa lama. 


RHB-EV-Charger-Caricarz-(4).jpg


Hal ini mengehadkan pemasangan di pusat beli-belah, tapak komersial dan terutamanya di kediaman bertingkat. Selain itu, di lokasi-lokasi ini, isu mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan, penggunaan infrastruktur elektrik secara berkongsi dan kebimbangan keselamatan menambahkan lagi cabaran. 


Matlamat 10,000 Pengecas Semakin Tidak Masuk Akal?


Pendaftaran EV telah mencapai 26,928 unit setakat September, melepasi jumlah keseluruhan 21,789 tahun lalu dan melonjakkan penembusan EV kepada 5.64% daripada jumlah keseluruhan industri (TIV).


RHB-EV-Charger-Caricarz-(8).jpg


Namun, jika dilihat daripada sudut kerajaan, kemajuan yang dibuat masih samar.  Walaupun banyak pengumuman penubuhan majlis, jawatankuasa dan pasukan khas EV dibuat, tiada garis masa yang jelas, tiada kemajuan yang ketara dan tiada semakan semula sasaran 10,000 pengecas menjelang akhir 2025 dibuat, menjadikan matlamat yang disasarkan semakin ‘terputus’ daripada realiti sebenar.


Lonjakan Harga & Harapan CKD Mampu Milik


RHB turut menjangkakan akan berlaku lonjakan jualan akhir tahun kerana pengecualian cukai untuk EV import sepenuhnya (CBU) bakal tamat pada akhir Disember ini. Pemain industri memberi amaran bahawa harga kenderaan EV boleh meningkat antara 15 hingga 30% setelah pengecualian cukai ini berakhir. Di samping itu, cukai jalan EV akan dikuatkuasakan semula mulai tahun hadapan, namun insentif pemasangan tempatan (CKD) masih diteruskan sehingga 2027.


RHB-EV-Charger-Caricarz-(9).jpg


Momentum pasaran, bagaimanapun, kekal kukuh. Model mampu milik seperti Proton e.MAS 5 pada harga RM59,800 dan EV Perodua yang mungkin akan dipasarkan di bawah RM80,000, dijangka akan memacu penerimaan terhadap EV.

Untuk berdepan dengan lonjakan ini, penganalisis memberi amaran bahawa tanpa pelan pengecasan nasional yang lebih telus dan tersusun, Malaysia berisiko mengulangi senario seperti Thailand, di mana nisbah pengecas-ke-EV berada pada 1:60 pada tahun 2024.

Baca: Kerajaan Luluskan EMSP: Satu Platform Digital Kawal Semua Pengecasan EV Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT5340

SELANGOR

BSU3556

JOHOR

JF5411J

PULAU PINANG

PSG3408

PERAK

APM1667

PAHANG

CFJ246

KEDAH

KGJ4232

NEGERI SEMBILAN

NEM2475

KOTA KINABALU

SJU5042

KUCHING

QAB7420P

Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

30-09-2026
EV

29-09-2026
EV

18-09-2026
EV

16-09-2026
EV

23-04-2026

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.