ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Xpeng-X9-Ultra-MIIT-CarNewsChina-(2).png


MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan. Perkara ini disahkan melalui pemfailan terbaru kepada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.


Menurut laporan portal automotif CarNewsChina, peningkatan terbesar bagi X9 Ultra ini bukan terletak pada kuasa motor, tetapi pada otak pemprosesannya. MPV elektrik ini dikuasakan oleh tiga cip AI Turing Xpeng, yang secara kolektif menjana kuasa pengkomputeran sehingga 2,250 trilion operasi setiap saat (TOPS), angka yang sangat luar biasa.


Tiga Cip AI Meningkatkan Kepintaran ADAS & Kokpit 


2025-Xpeng-X9-4.jpg2025-Xpeng-X0-RHD-HongKong-(4).jpg


Kuasa pemprosesan yang besar ini diagihkan untuk meningkatkan kecerdasan kenderaan ke tahap yang lebih tinggi:

  • Sistem ADAS: Dua daripada cip AI ini berfungsi menggerakkan model besar Vision Language Action (VLA) bagi sistem bantuan pemanduan canggih (ADAS).
  • Kokpit Pintar: Cip ketiga dikhususkan untuk meningkatkan prestasi model besar Vision Language Model (VLM) di bahagian kokpit pintar. Peningkatan ini menjanjikan pengalaman pemanduan dan interaksi dalam kabin yang jauh lebih lancar dan intuitif.


Perubahan Kecil Rekaan 


Xpeng-X9-Ultra-MIIT-CarNewsChina-(3).pngXpeng-X9-Ultra-MIIT-CarNewsChina-(1).png


Dokumen MIIT tersebut tidak mendedahkan banyak imej terbaru, namun X9 Ultra dijangka menerima kemas kini reka bentuk yang kecil, menyamai perubahan yang diberikan kepada model X9 PowerX EREV sebelum ini.


Perubahan dijangka dapat dilihat pada bahagian lampu kabus hadapan, bahagian bampar bawah dan reka bentuk bampar belakang. Dua pilihan saiz rim akan ditawarkan, iaitu 19 inci dan 20 inci, kedua-duanya menampilkan rekaan jejari yang dioptimumkan untuk prestasi aerodinamik yang baik. 


Baca: MPV Elektrik XPeng X9 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM269,888


Trenkuasa Kekal Sama 


2025-Xpeng-X9-23.jpg2025-Xpeng-X9-20.jpg


Trenkuasa MPV X9 Ultra dijangka tidak berubah, mengekalkan pilihan motor tunggal pacuan roda hadapan (FWD) dan dwi-motor pacuan semua roda (AWD) seperti model sedia ada. Versi FWD dengan motor tunggal menghasilkan kuasa 315 hp (235 kW), manakala versi AWD menggunakan dua motor yang menghasilkan output gabungan 496 hp (370 kW).


Walaupun spesifikasi terperinci bateri tidak didedahkan, kedua-dua varian FWD dan AWD X9 Ultra dilaporkan akan dijana oleh bateri lithium ternari yang dibekalkan oleh CALB.


Tarikh Pelancaran Masih Misteri


Setakat ini, Xpeng belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran atau butiran tambahan bagi X9 Ultra. Memandangkan tahun 2025 hampir berakhir, varian MPV elektik berkuasa AI ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi dalam tahun 2026.

Sumber: CarNewsChina

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS1941

SELANGOR

BSU1362

JOHOR

JF184J

PULAU PINANG

PSF9442

PERAK

APL7973

PAHANG

CFH8701

KEDAH

KGJ2994

NEGERI SEMBILAN

NEM1378

KOTA KINABALU

SJU3475

KUCHING

QAB6563P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

05-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
EV

09-01-2026
Pandu Uji

07-01-2026
EV

06-01-2026
EV

02-01-2026
EV

23-12-2025
EV

11-11-2025

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.