ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pada minggu lepas, pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

Memandangkan ia masih belum dilancarkan secara rasminya di pasaran tempatan, SUV yang dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (AWD) serta penampilannya yang mengancam ini diuji di laluan trek sepanjang  2.8 km yang meliputi kawasan berlumpur dan juga di atas permukaan batu kerikil.

Hasil pandu uji ini membuktikan iCaur V23 berjaya menempuh pelbagai cabaran off-road, termasuk daki bukit, turun bukit curam, menelusuri selekoh tajam, serta permukaan tanah yang tidak rata dengan begitu lancar disebabkan keupayaan konfigurasi pacuan dua motor dengan sistem pacuan semua roda pintar (iWD) milik iCaur.

image.pngimage.png

Selain daripada kuasa gabungan yang mampu menghamburkan kuasa setakat 211 PS dan 292 Nm, n V23 menawarkan sehingga  enam mod pemanduan  iaitu Comfort, Eco, Sport, Off-Road, Slippery, dan Individual. 

Dengan sistem ini, SUV elektrik ini mampu mendaki maksimum sehingga 40%, manakala fungsi Hill Descent Control (HDC) dan Hill Hold Control (HHC) memudahkannya menuruni serta mendaki bukit curam dengan lancar.

image.pngimage.png

Dari segi reka bentuk, V23 direka  dengan keupayaan off-road dimana ia menawarkan  sudut pendekatan 42 darjah, diikuti sudut pelepasan 41 darjah dengan jarak kelegaan tanah setinggi 210 mm. Malah, ia mampu meredah air sedalam 600 mm dengan begitu mudah.

Untuk membantu pemandu amatur mengendalikan V23 dengan mudah di laluan mencabar, SUV ini dilengkapi sistem kamera 540 darjah yang unik dengan paparan casis lutsinar, dimana pemandu boleh melihat bahagian bawah kenderaan.

Selain itu, terdapat mod paparan off-road khas yang memaparkan maklumat masa nyata seperti sudut kecondongan dan keolengan kenderaan serta tekanan tayar.

Selan kemampuan off-road yang mengagumkan, iCaur V23 inijuga sebenarnyanya sesuai digunakan sebagai kenderaan harian. Ia yang disumbat dengan bateri  berkapasiti 81.8 kWh  mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 430 km (mengikut piawaian NEDC).

image.pngimage.png

Seperti mana, SUV elektrik lain, iCaur V23 juga hadir dengan pelbagai ciri menarik seperti skrin infotainmen tengah bersaiz 15.4 inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, keupayaan pemanduan separa autonomi Tahap 2, dan banyak lagi.

image.pngimage.pngimage.png

Bagi yang berminat, tempahan iCaur V23 kini boleh dibuat di mana-mana pengedar sah iCaur Malaysia. Difahamkan, SUV ini ditawarkan  dengan pada harga sekitar  RM145,000 untuk varian asas 2WD dan RM155,000 untuk varian iWD spesifikasi tertinggi yang diuji. 

image.png

Sebagai perbandinga dengan iCaur 03 yang kini dijual antara RM119,800 hingga RM129,800, mana satu pilihan anda? SUV elektrik off-road lasak atau model yang lebih praktikal untuk kegunaan harian?


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9360

SELANGOR

BSU2574

JOHOR

JF3349J

PULAU PINANG

PSG1785

PERAK

APL9507

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3648

NEGERI SEMBILAN

NEM2016

KOTA KINABALU

SJU4390

KUCHING

QAB7165P

Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
EV

07-11-2025
Berita Auto

25-09-2026
Kereta Baru

21-01-2026
Global
Kereta Baru
EV

07-11-2025
Kereta Baru

29-10-2025

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.