SUV Mewah Off-Road Lexus GX 2026 Disahkan Bakal Tiba Di Malaysia
Lexus Malaysia memberi bayangan kemunculan model baharu tidak lama lagi menerusi laman Facebook rasminya.
Walaupun hanya menunjukkan siluet gelap, tidak sukar untuk mengesan bahawa Lexus sebenarnya ‘mengacah’ kemunculan SUV mewah off-road, Lexus GX generasi ketiga. Teks dan kapsyen yang disertakan dalam perkongsian itu turut mengesahkan pelancaran rasmi akan berlaku dalam masa terdekat.



Lexus GX varian Premium
Lexus GX ini mula diperkenalkan secara global pada Jun 2023, diposisikan di antara model LX dan RX, dan dibangunkan di atas GA-F body-on-frame yang sama dengan model LX yang lebih besar.
Apakah Pilihan Trenkuasa Yang Ditawarkan Pada Lexus GX Baharu?

Semasa pelancarannya, Lexus GX generasi ketiga ini ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa iaitu:
- Enjin petrol V6 3.5 liter turbo kembar yang menghasilkan kuasa 415 PS dan tork 650 Nm.
- Sistem hibrid iaitu gabungan enjin petrol turbo 4 silinder 2.4 liter (sama seperti pada Toyota Tacoma) berkuasa 326 hp dan 630 Nm tork dan motor elektrik serta pek bateri NiMH 1.97 kWj yang memberikan kuasa tambahan 48 hp.
Apa Itu Ciri Off-Road E-KDSS Pada Varian 'Overtrail'?




Lexus GX ini turut didatangkan dalam versi lasak iaitu ‘Overtrail’. Varian ini dilengkapi tayar pelbagai permukaan atau all-terrain dan pakej suspensi Electronic Kinetic Dynamic Suspension System (E-KDSS) yang diambil daripada model Toyota Land Cruiser 300 terkini.
E-KDSS adalah sistem suspensi aktif pintar yang berfungsi dengan mengunci atau melepaskan bar anti-guling (anti-roll bars) hadapan dan belakang secara bebas. Ini membolehkan pergerakan dan kawalan roda yang lebih fleksibel, menjadikannya sempurna semasa menempuhi perjalanan off-road yang mencabar dan tidak sekata.
Sejauh Mana Reka Bentuknya Meningkatkan Kemampuan Off-Road Lexus GX?
Walaupun menyerlahkan aura mewah, Lexus GX bukanlah ‘model manja’ kerena ia mempamerkan kemampuan off-road tinggi yang dibantu oleh geometri rekaannya yang mantap, termasuk sudut sua (approach), pelepasan (departure) dan breakover yang tinggi, masing-masing mencapai 26 darjah, 23 darjah dan 23 darjah.
Ini secara tidak langsung, membolehkan jentera bergerak agresif semasa mendaki bukit, selamat semasa menuruni bukit dan tidak mudah ‘tersangkut’ dalam cabaran.

Sebaik dilancarkan secara rasmi oleh Lexus Malaysia, GX dijangka akan dijadikan model flagship dalam barisan SUV tempatan syarikat yang kini merangkumi LBX, NX, RX dan model elektrik RZ.
Info selanjutnya dijangka akan didedahkan menjelang pelancarannya nanti. Nantikan perkembangan selanjutnya di Carz.com.my.
Juga Menarik: Lexus RX 500h F Sport Special Edition Dilancarkan Di Malaysia
Juga Menarik: Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD6523
SELANGOR
BSR1576
JOHOR
JYB3682
PULAU PINANG
PSD3271
PERAK
APJ4170
PAHANG
CFG8716
KEDAH
KGG6573
NEGERI SEMBILAN
NEK7359
KOTA KINABALU
SJS5531
KUCHING
QAB580P
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat