ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lexus GX 2022 Tampil Lasak Dengan Pelbagai Teknologi Canggih!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lexus GX 460 kini tampil lebih lasak dengan teknologi terbaharu yang canggih.

 

Bagi tahun 2022, model ini ditambah dengan varian terkini iaitu Black Line Special Edition. Dalam masa yang sama, varian sedia ada yang lain menerima pelbagai ciri tambahan lain. 

 

Kesemua model Black Line GX 460 mencerminkan nilai teras Lexus iaitu mutu ketukangan Jepun yang ‘omotenashi’ dan ‘takumi’ yang menjanjikan hasil kemasan bertaraf premium. 


Setiap varian Black Line Special Edition didatangkan dengan hiasan (garnish) pada lampu kabus serta ciri rekaan yang cukup menyerlah.

 

Varian terbaharu ini menggunakan rim bersaiz 18 inci berwarna hitam berkilat. Ia turut dilengkapi dengan rekaan khas lain, seperti yang dapat dilihat pada bampar depan dan belakang kereta, lampu belakang Garnet Red, serta tempat pemegang pintu dan juga rel bumbungnya yang berwarna hitam.

 

Pilihan warna badan yang ditawarkan bagi versi istimewa ini ialah Starfire Pearl, Black Onyx dan GX Black Line-exclusive, Nori Green Pearl.


Untuk versi standard pula, kereta ini menggunakan lampu depan LED tiga lampu suluh dan juga rim bersaiz 19 inci.

 

Bergerak ke bahagian dalam, ia menggunakan headliner berwarna hitam, manakala tempat duduknya pula berwarna hitam Nuluxe dengan jahitan kelabu.

 

Stereng kereta dikemaskan dengan warna Matte Black Ash Wood yang didatangkan secara standard untuk kesemua Black Line Special Editions.


Sebagai pilihan tambahan,  GX 460 ditawarkan dengan crossbar rel bumbung.

 

Dari segi teknologi sambungannya, GX kini lengkap dengan konsol tengah yang telah diberi penambahbaikan iaitu multimedia dengan skrin sentuh bersaiz 10.3 inci yang memiliki sambungan Apple CarPlay, Android Auto dan Amazon Alexa.

 

Selain itu, model ini turut didatangkan dengan integrasi telefon pintar-kenderaan yang terkini. Dengan sistem ini, interface yang sama untuk teknologi yang digunakan boleh diakses melalui skrin paparan 10.3 inci GX.


Pakej premium untuk teknologi sambungan ini turut menawarkan pelbagai ciri untuk membolehkan kereta kekal berhubung. Ini termasuklah tawaran percubaan selama tiga tahun Lexus Enform Remote. Sistem ini membolehkan enjin dihidupkan dari jarak jauh dengan menggunakan peranti pintar yang dipilih.

 

Pemandu dan penumpang boleh menggunakan sebanyak enam port USB yang disediakan untuk mengecas peranti.

 

Setiap GX 460 dikuasakan oleh enjin V8 4.6L yang boleh menghamburkan kuasa mencapai 301 hp dan tork sebanyak 446 Nm.

 

Ia juga memiliki kapasiti tundaan mencecah 2,948 kg yang dibantu oleh sistem Trailer Sway Control (TSC), sejenis fungsi Kawalan Kestabilan Kenderaan (VCS) yang membantu mengesan laluan yang lurus.

 

Selain itu, GX menggunakan Sistem Suspensi Dinamik Kinetik (KDSS) yang meningkatkan keselesaan pemanduan dan pengemudian yang dapat menjaga kenderaan sewaktu dipandu sama ada  pada mana-mana permukaan sama ada jalan raya atau off-road.

 

Sistem ini sememangnya sangat membantu apabila melalui permukaan yang tidak rata. Dalam situasi ini, satu silinder yang dimampatkan akan menyebabkan cairan mengalir kepada silinder yang lain, ia membolehkan kenderaan mengekalkan kesemua tayar di atas jalan. 

 

Ciri lain yang 'menyedapkan' lagi pemanduan kereta ini ialah sistem Suspensi Pembolehubah Adaptif (AVS). Sistem ini menggunakan peredam yang dikawal secara elektronik bagi menyesuaikan suspensi dengan permukaan yang dilalui kereta.

 

Fungsi ini membolehkan pemandu memilih daripada mana-mana mod pemanduan iaitu sama ada Normal, Sport atau Comfort.  Di samping itu, ia menggunakan sistem pacuan semua roda, automatik sepenuh masa.

Antara ciri penting lain yang membantu pemanduan off-road kereta ini ialah Kawalan Bantuan Turun Bukit (DAC), Kawalan Bantuan Mula-Daki (HAC), Kawalan Cengkaman Aktif (A-TRAC), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Crawl Control (kawalan jelajah berkelajuan rendah).

 

Tidak cukup dengan itu, trim Luxury turut didatangkan dengan pakej off-road yang lain seperti Monitor Multi-Terrain Lexus dan Monitor Pemandangan Panoramik dengan kamera pemandu dan penumpang, penyejuk transmisi, pelindung tangki bahan bakar, Crawl Control dan Multi-Terrain Select.

 

Multi-Terrain Select membenarkan penggunan memilih daripada beberapa jenis permukaan seperti jalan berbatu kecil, lumpur dan pasir, mogul dan banyak lagi untuk mengoptimumkan pemanduan. 

 

Dengan Monitor Multi-Terrain Lexus dan Monitor Pemandangan Panoramik, penumpang depan boleh melihat bahagian depan, belakang, tepi dan juga bawah kereta. 

 

Monitor ini memaparkan laluan dan kedudukan tayar di bawah kenderaan.

 

Sistem Crawl Control boleh diaktifkan hanya dengan menekan satu butang. Sistem ini dicipta untuk mengekalkan pergerakan yang perlahan dan stabil (mengikut jenis permukaan) secara automatik. 

Ia juga direka khas untuk pemanduan di tempat lasak dengan perlahan kerana mampu membuat modulasi pendikit (throttle) dan brek dalam lima setting kelajuan rendah.

 

Sebut mengenai sistem keselamatan, GX 460 kini memiliki pakej teknologi Lexus Safety System+ secara standard untuk kesemua barisan kenderaan Lexus bagi tahun 2022.

 

Antara teknologi yang termasuk dalam sistem keselamatan ini ialah Pengesan Pejalan Kaki, Amaran Keluar Laluan, Lampu Suluh Tinggi Pintar dan Kawalan Pelayaran Radar Dinamik Kelajuan Tinggi.  Turut didatangkan secara standard ialah Bantuan Parkir Intuitif.

 

Lexus GX 460 2022 menawarkan cara baharu kepada pemiliknya untuk tampil lebih bergaya dan menikmati pengalaman yang lebih sempurna di dalam kabin.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5447

SELANGOR

BST9887

JOHOR

JE7645J

PULAU PINANG

PSF8279

PERAK

APL7156

PAHANG

CFH8369

KEDAH

KGJ2494

NEGERI SEMBILAN

NEM694

KOTA KINABALU

SJU2780

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

29-12-2025
Global

03-12-2025
Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Global

04-11-2025
Global

31-10-2025
Global

14-10-2025
Global

26-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto
JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.