ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BYD Malaysia Jual Lebih 25K Unit Kereta Kurang 3 Tahun Di Malaysia!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-TA-BYD-Atto2-Launch-2.jpg


BYD Atto 2


Jenama kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, bersama rakan kongsi tempatan, BYD Sime Motors, mengumumkan kejayaan cemerlang di pasaran Malaysia setelah berjaya mencatatkan angka jualan terkumpul lebih daripada 25,233 unit kenderaan dalam tempoh kurang daripada tiga tahun beroperasi. 


Angka jualan ini merangkumi keseluruhan kenderaan di bawah jenama utama BYD dan subjenama mewahnya, Denza yang secara tidak langsung membuktikan semakin ramai rakyat Malaysia bersedia untuk beralih kepada EV. 


Jualan Dikuasai Jenama BYD


web_BYD-Atto-3-Enhanced_launch_WA_2.jpg


BYD Atto 3


Jenama utamanya, BYD, menguasai sebahagian besar jualan memandangkan ia menawarkan tujuh model kereta di pasaran berbanding Denza yang hanya menawarkan satu model, MPV elektrik D9. 


Model SUV kompak segmen C, BYD Atto 3, muncul sebagai penyumbang terbesar. Data.gov.my mendedahkan, pendaftaran bulanan Atto 3 di JPJ pernah mencapai jumlah kemuncak sebanyak 3,505 unit pada Mei tahun ini.


web_CariCarz_TA_Denza-D9-Launch_batch-1_-4.jpg


Denza D9


BYD Malaysia turut melaporkan peningkatan jualan bagi dua model baharu, iaitu SUV kompak Atto 2 (dilancarkan pada Julai) dan sedan kompak Seal 6 (dilancarkan pada September).


Caricarz-TA-BYD-Atto2-Launch-3.jpgCaricarz-TA-BYDSealion7-Launch-1.jpgweb_TA_2025-BYD-Seal_Launch_BYD-Balakong_-10.jpgweb_TA_CariCarz_BYD-M6-Launch_-2.jpgCariCarz_FirstDrive_BYD-Dolphin_-33.jpgCaricarz-TA-BYDSealion7-Launch-1.jpg


Antara model berbeza yang ditawarkan BYD untuk pasaran Malaysia.


Jualan keseluruhan menunjukkan lonjakan yang ketara tahun ini, yang mana jualan terkumpul bagi kedua-dua jenama setakat November 2025 lalu telah mencecah 12,872 unit, menandakan peningkatan mendadak sebanyak 76% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.


Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao berkata, “Ini adalah satu lagi pencapaian penting yang amat kami banggakan. Melihat lebih 25,000 rakyat Malaysia kini memilih BYD adalah satu ganjaran yang cukup besar. Ini dalam masa yang sama menunjukkan kepantasan revolusi EV di Malaysia.”


Rangkaian Sokongan Yang Luas & Stabil Di Seluruh Negara


web_TA_2025-BYD-Seal_Launch_BYD-Balakong_-1.jpg8.jpg


Selain daripada kejayaan jualan, seperti yang dilaporkan sebelum ini, gabungan rangkaian bagi kedua-dua jenama BYD dan Denza kini merangkumi sejumlah 39 pusat jualan serta 24 pusat perkhidmatan selepas jualan. 


Melengkapkan lagi kemudahan tersebut adalah 12 pusat badan & cat (B&P) yang sah, serta fasiliti gudang alat ganti berpusat yang besar. Gudang ini menyimpan lebih 4,600 alat ganti dan mengekalkan kadar pengisian stok sebanyak 94%. Dalam aspek tenaga kerja, rangkaian perkhidmatan ini kini memiliki lebih 1,000 kakitangan.


Rancangan BYD Malaysia Di Masa Hadapan


web_TA_2025-BYD-Seal_Launch_BYD-Balakong_-3.jpg


Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao, menyatakan komitmen syarikat untuk terus membawa "produk dan teknologi terbaik ke Malaysia."


Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, BYD akan memulakan operasi kilang pemasangan tempatan (CKD) di Tanjong Malim, Perak pada separuh kedua tahun 2026. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP6710

SELANGOR

BST6147

JOHOR

JE690J

PULAU PINANG

PSF4736

PERAK

APL4145

PAHANG

CFH7023

KEDAH

KGJ204

NEGERI SEMBILAN

NEL7938

KOTA KINABALU

SJU467

KUCHING

QAB5461P

Terakhir Kemas Kini 12 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

07-09-2026
Berita Auto

04-09-2026
Berita Auto

13-07-2026
EV

16-12-2025
Berita Auto

09-12-2025
Berita Auto

14-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.

11-09-2026
Berita Auto

Kereta Mewah Terbakar

Nahas Porsche Terbakar: Pemandu Sempat Selamatkan Diri.

11-09-2026
Berita Auto

Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?

Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.

11-09-2026
Berita Auto

Lebuh Raya BSE Kurangkan Kesesakan Di Greater KL

Lebuhraya BSE RM1.75 Bilion Hubung Bandar Malaysia dan Seri Kembangan.

11-09-2026
Berita Auto

Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.

11-09-2026
Berita Auto

Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman

Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.

11-09-2026
Berita Auto

Berapa Harga Minyak Sekarang?

Kenaikan seragam sebanyak 25 sen ini melibatkan petrol dan diesel tanpa subsidi.

11-09-2026
Berita Auto

Zeekr 009 Jadi Shuttle VIP Rasmi di Subang SkyPark

Eksklusif! Zeekr 009 Tawar Servis Shuttle Mewah di Subang SkyPark.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.