ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Malaysia Hulur Sumbangan RM208,000 Kepada MSN, Raikan Atlet AYPG 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui


CheryxAYPG-Presentation-Ceremony-Photo-1.jpg

Chery Malaysia menyerahkan sumbangan berjumlah RM208,000 kepada Majlis Sukan Negara bagi meraikan atlet para muda yang memenangi pingat pada  Sukan Asia Para Remaja (AYPG) 2025.

Kesemua atlet itu diraikan dalam  satu majlis penghargaan khas, yang diadakan baru-baru ini.

Ia menandakan penutup kepada kempen selama sebulan yang bertujuan mengangkat, memberi motivasi dan menyokong kontinjen Malaysia sepanjang Sukan Asia Para Remaja (AYPG) 2025 yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

CheryxAYPG-Presentation-Ceremony-Photo-3.jpg

Sumbangan tersebut bertujuan menyokong para pemenang pingat AYPG dan turut memberikan RM1,000 kepada semua atlet yang bertanding sebagai sebahagian daripada sokongan Chery terhadap perjalanan mereka di AYPG.

Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia, Men Lin Bo bekata, pihaknya yakin  bahawa sukan membantu membentuk sahsiah yang kukuh. Melalui disiplin dan kerja keras, sukan mampu membentuk masa depan dan membuka pelbagai peluang.

"Anda semua telah membuktikannya melalui pencapaian masing-masing,” katanya dalam majlis berkenaan.

Tambah beliau, Chery akan terus menyokong komuniti sukan Malaysia, khususnya dalam bidang sukan dan pembangunan belia, untuk membantu lebih ramai atlet muda berkembang, memperbaiki pencapaian mereka dan mencapai impian.

AYPG tahun ini menyaksikan Malaysia mencapai prestasi terbaik dalam sejarah, meraih 14 pingat emas, 12 perak dan 13 gangsa merentasi lapan jenis sukan, termasuk Memanah, Olahraga, Badminton, Boccia, Angkat Berat Para, Renang, Ping Pong dan Taekwondo — suatu peningkatan ketara berbanding hanya 13 pingat yang dimenangi pada edisi terdahulu di Bahrain.

Antara atlet cemerlang ialah perenang Elysha Cheong Hui-Yin yang meraih empat pingat emas dan satu gangsa, serta pasangan beregu badminton Cheah You Zhou dan Ahmed Shahputra Abdul Rahim yang memenangi emas dalam acara Beregu Lelaki SH6. Cheah turut menyumbang dua pingat gangsa melalui acara Perseorangan Lelaki dan Beregu Campuran (bersama rakan regu Gladys Grace Didin).

Perenang Wahyu Eqwal Nazrey dan Sharline Valerie Voo Wen Qin turut menyerlah dengan masing-masing membawa pulang lima pingat. Wahyu memenangi emas dalam 50m Kuak Lentang (S1–5), 100m Gaya Bebas (S5) dan 50m Gaya Bebas (S5), serta dua perak dalam 50m Kuak Rama (S2–7) dan 200 IM (S5/6).

Voo pula meraih tiga pingat perak dalam 100m Kuak Lentang (S6–7), 100m Gaya Bebas (S6–7) dan 50m Gaya Bebas (S3–6), serta dua gangsa bagi acara 50m Kuak Rama (S2–7) dan100m Kuak Dada (SB6–9).

Sokongan Chery Malaysia terhadap pasukan negara bermula sejak awal bulan ini apabila syarikat automotif tersebut menyediakan sokongan mobiliti dengan konvoi penuh SUV terbaharu untuk membawa 29 atlet para remaja bersama jurulatih dari Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia di Kampung Pandan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Isyarat ini melambangkan keyakinan Chery terhadap potensi belia Malaysia dan rasa bangga menemani Team Malaysia dalam perjalanan penting ini.

Selain sokongan di tanah air, Chery Group turut memainkan peranan penting di AYPG 2025 melalui kerjasamanya dengan AiMOGA.

Penglibatan Chery Group dalam AYPG 2025 merupakan sebahagian daripada komitmen serantau yang lebih meluas terhadap pembangunan belia dan sukan para.

Chery Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua atlet AYPG 2025 dan kekal komitedu ntuk menyokong belia negara serta memperkukuh masa depan sukan tanah air.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.

29-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru
Pendaftaran Minat  Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Berita Auto
Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global

Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global

Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.

19-05-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Berita Auto
Chery  Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini  Jawapannya

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto
GP BAHRAIN:  Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.