Chery Malaysia Hulur Sumbangan RM208,000 Kepada MSN, Raikan Atlet AYPG 2025

Chery Malaysia menyerahkan sumbangan berjumlah RM208,000 kepada Majlis Sukan Negara bagi meraikan atlet para muda yang memenangi pingat pada Sukan Asia Para Remaja (AYPG) 2025.
Kesemua atlet itu diraikan dalam satu majlis penghargaan khas, yang diadakan baru-baru ini.
Ia menandakan penutup kepada kempen selama sebulan yang bertujuan mengangkat, memberi motivasi dan menyokong kontinjen Malaysia sepanjang Sukan Asia Para Remaja (AYPG) 2025 yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Sumbangan tersebut bertujuan menyokong para pemenang pingat AYPG dan turut memberikan RM1,000 kepada semua atlet yang bertanding sebagai sebahagian daripada sokongan Chery terhadap perjalanan mereka di AYPG.
Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia, Men Lin Bo bekata, pihaknya yakin bahawa sukan membantu membentuk sahsiah yang kukuh. Melalui disiplin dan kerja keras, sukan mampu membentuk masa depan dan membuka pelbagai peluang.
"Anda semua telah membuktikannya melalui pencapaian masing-masing,” katanya dalam majlis berkenaan.
Tambah beliau, Chery akan terus menyokong komuniti sukan Malaysia, khususnya dalam bidang sukan dan pembangunan belia, untuk membantu lebih ramai atlet muda berkembang, memperbaiki pencapaian mereka dan mencapai impian.
AYPG tahun ini menyaksikan Malaysia mencapai prestasi terbaik dalam sejarah, meraih 14 pingat emas, 12 perak dan 13 gangsa merentasi lapan jenis sukan, termasuk Memanah, Olahraga, Badminton, Boccia, Angkat Berat Para, Renang, Ping Pong dan Taekwondo — suatu peningkatan ketara berbanding hanya 13 pingat yang dimenangi pada edisi terdahulu di Bahrain.
Antara atlet cemerlang ialah perenang Elysha Cheong Hui-Yin yang meraih empat pingat emas dan satu gangsa, serta pasangan beregu badminton Cheah You Zhou dan Ahmed Shahputra Abdul Rahim yang memenangi emas dalam acara Beregu Lelaki SH6. Cheah turut menyumbang dua pingat gangsa melalui acara Perseorangan Lelaki dan Beregu Campuran (bersama rakan regu Gladys Grace Didin).
Perenang Wahyu Eqwal Nazrey dan Sharline Valerie Voo Wen Qin turut menyerlah dengan masing-masing membawa pulang lima pingat. Wahyu memenangi emas dalam 50m Kuak Lentang (S1–5), 100m Gaya Bebas (S5) dan 50m Gaya Bebas (S5), serta dua perak dalam 50m Kuak Rama (S2–7) dan 200 IM (S5/6).
Voo pula meraih tiga pingat perak dalam 100m Kuak Lentang (S6–7), 100m Gaya Bebas (S6–7) dan 50m Gaya Bebas (S3–6), serta dua gangsa bagi acara 50m Kuak Rama (S2–7) dan100m Kuak Dada (SB6–9).
Sokongan Chery Malaysia terhadap pasukan negara bermula sejak awal bulan ini apabila syarikat automotif tersebut menyediakan sokongan mobiliti dengan konvoi penuh SUV terbaharu untuk membawa 29 atlet para remaja bersama jurulatih dari Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia di Kampung Pandan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Isyarat ini melambangkan keyakinan Chery terhadap potensi belia Malaysia dan rasa bangga menemani Team Malaysia dalam perjalanan penting ini.
Selain sokongan di tanah air, Chery Group turut memainkan peranan penting di AYPG 2025 melalui kerjasamanya dengan AiMOGA.
Penglibatan Chery Group dalam AYPG 2025 merupakan sebahagian daripada komitmen serantau yang lebih meluas terhadap pembangunan belia dan sukan para.
Chery Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua atlet AYPG 2025 dan kekal komitedu ntuk menyokong belia negara serta memperkukuh masa depan sukan tanah air.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat