Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang

SUV hibrid plug-in terbaru keluaran gergasi automotif China, Chery Tiggo 7 PHEV, diumumkan telah berjaya meraih penarafan penuh 5 bintang dalam ujian keselamatan Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Dalam ujian yang dibuat di bawah protokol penilaian 2021–2025 yang sangat ketat ini, model Tiggo 7 PHEV mencatatkan skor keseluruhan 94.68 mata, meletakkannya sebagai antara jentera dengan keputusan paling baik dalam kelasnya.
Sejauh Mana Tiggo 7 PHEV Melindungi Pemandu Dan Penumpang Dewasa?
Dalam kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Tiggo 7 PHEV mencatatkan skor SEMPURNA 32.00 mata. Laporan ASEAN NCAP mendedahkan beberapa fakta penting:
- Struktur Stabil: Ruang kabin kekal kukuh dan stabil semasa ujian perlanggaran hadapan. (16.00 mata)
- Perlindungan Maksimum: Data ujian mengesahkan tahap perlindungan yang sangat baik bagi pemandu dan penumpang di bahagian hadapan. (8.00 mata)
- Teknologi Perlindungan Kepala: Skor penuh turut diberikan bagi impak sisi dan teknologi perlindungan kepala yang telah disahkan melalui ujian penggunaan sebenar. (8.00 mata)
Adakah SUV Ini Mesra Keluarga Dan Selamat Untuk Kanak-kanak?
Bagi ibu bapa, Tiggo 7 PHEV menawarkan ketenangan minda dengan skor 43.81 mata bagi Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP):
- Sistem ISOFIX: Dilengkapi secara standard untuk memudahkan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak. (9.96 mata)
- Ujian Dinamik: Meraih mata tinggi dalam ujian impak dinamik, membuktikan kerusi keselamatan berfungsi dengan cekap dalam melindungi si kecil daripada kecederaan serius. (23.85 mata)
Apa Fungsi Keselamatan Canggih Yang Membuatkan Chery Tiggo 7 PHEV Berbeza?


Salah satu kekuatan utama SUV ini adalah pada kategori Bantuan Keselamatan di mana ia membolot skor MAKSIMUM iaitu 21.00 mata:
- Sistem AEB Pintar: Fungsi Brek Kecemasan Autonomi (AEB) untuk kegunaan bandar dan antara bandar didatangkan standard bagi semua varian.
- Peringatan Tali Pinggang: Sistem ini meliputi kesemua penumpang di hadapan dan belakang.
- AEB Motosikal: Selain perlinudungan pejalan kaki yang baik, Tiggo 7 PHEV turut menerima markah bonus kerana dilengkapi sistem AEB yang mampu mengesan motosikal, satu ciri yang masih jarang ditemui dalam SUV segmen C.
- Pemantau Titik Buta: Sistem pemantauan titik buta yang sangat berkesan di kedua-dua sisi kenderaan. Model ini turut memaparkan sudut pandangan belakang dengan baik.



Di Malaysia, Chery Tiggo 7 PHEV CSH ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif iaitu RM129,800, menjadikannya antara pilihan model hibrid paling berbaloi dengan teknologi keselamatan bertaraf dunia.
Pencapaian 5 bintang di rantau ASEAN ini berjaya dibuat selepas model yang sama meraih penarafan 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP) pada Oktober lalu. Ini membuktikan standard keselamatan Chery adalah konsisten dan setaraf dengan piawaian global yang cukup ketat di Eropah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7965
SELANGOR
BSU9404
JOHOR
JH1971J
PULAU PINANG
PSH3149
PERAK
APM8064
PAHANG
CFJ3724
KEDAH
KGJ7546
NEGERI SEMBILAN
NEM5471
KOTA KINABALU
SJV1147
KUCHING
QAB9703P
Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026
Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.
21-04-2026
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27
Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.
13-01-2026
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700
Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.
04-12-2025
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza
Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.
12-11-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge




