Tayar Perlu Selamat, Boleh Guna Lama, Ini Baru Betul!

Kesatuan Eropah kini memperkenalkan peraturan baharu dimana tayar kenderaan yang dikeluarkan mestilah selamat dan boleh digunakan untuk tempoh lama.
Berdasarkan peraturan baharu yang dikenali sebagai R117-04, sesebuah tayar mesti menawarkan prestasi terbaik di kawasan cuaca basah walaupun ia telah haus pada tahap minimum.
Berkuat kuasa 1 Julai lepas, undang-undang baharu ini menetapkan bahawa tayar yang telah haus setakat 1.6 mm mesti menawarkan prestasi cengkaman basah yang sama seperti tayar baharu.


Untuk mengukur prestasi cengkaman basah tayar ini, EU akan cuba membrek kenderaan dengan tayar baharu yang dipandu laju dari 80 KM/J hingga 20 KM/J di permukaan basah.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan jangka hayat sesebuah tayar adalah lebih lama.


Langkah itu dilihat penting bagi mengelakkan kemalangan jalan raya selain mengurangkan pemandu membuang tayar mereka lebih awal dimana ia dapat meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar daripada pembuangan tayar.
Antara jenama tayar Eropah yang telah menyatakan sokongan mereka terhadap ketetapan baharu ini ialah Michelin, dimana pengeluar tayar terbesar dunia itu mengatakan bahawa pemandu di EU boleh menjimatkan sehingga €7 bilion (RM35 bilion) dalam penggantian tayar pramatang.
Pembuat tayar Perancis itu juga menyatakan bahawa dalam kajian dalaman mereka, lebih 50% tayar kereta kini diganti sebelum mencapai kedalaman bunga 3mm.
Malah, Michelin menganggarkan bahawa peraturan baharu ini sebenarnya boleh mengurangkan penggunaan tayar di Eropah sebanyak 128 juta unit, mengurangkan pelepasan karbon dioksida daripada pengeluaran tayar sehingga 6.6 juta tan metrik.
Jika keputusan sedemikian diterima pakai pada skala global, Michelin berkata ia boleh menjimatkan sehingga 400 juta tayar setiap tahun.

Buat masa ini, peraturan baharu ini hanya dilaksanakan di negara EU, manakala negara lain seperti Australia telah menyatakan minat mereka untuk menerima pakai rangka kerja undang-undang yang sama ini.
Sebaliknya di Malaysia, tiada sebarang maklum balas diberikan oleh mana-mana pihak berkaitan penerimaan peraturan mengenai tayar yang dilaksanakan di negara-negara EU.
Apa pula pendapat anda tentang peraturan tayar baharu yang dilaksanakan oleh EU ini?
Bolehkah peraturan yang sama digunakan untuk negara kita untuk mengelakkan lebih banyak kemalangan berkaitan jalan raya dan membantu rakyat Malaysia menjimatkan penukaran tayar mereka?
Kongsikan pendapat anda!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4934
SELANGOR
BSU3493
JOHOR
JF5210J
PULAU PINANG
PSG3210
PERAK
APM1537
PAHANG
CFH9844
KEDAH
KGJ4157
NEGERI SEMBILAN
NEM2445
KOTA KINABALU
SJU5013
KUCHING
QAB7415P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kesatuan Eropah 'Ubah Fikiran', Batal Pengharaman Kereta Petrol & Diesel
Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan telah mengambil langkah mengejutkan dengan menarik balik sasaran agresif mereka untuk mengharamkan sepenuhnya kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) menjelang tahun 2035.
18-12-2025
EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China
Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan klasifikasi untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih mampu milik, untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.
15-12-2025
Semua Kereta Baharu Wajib Pasang Kotak Hitam, Ada Sebabnya
Semua kenderaan baharu di EU wajib memasang kotak hitam (atau Event Data Recorder, EDR) bermula Julai ini.
30-01-2024
Kesatuan Eropah (EU) Muktamad Penjualan Kereta Petrol, Diesel Menjelang Tahun 2035
Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan telah mencapai kata sepakat untuk mengharamkan jualan kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman menjelang tahun 2035.
31-10-2022
Michelin Primacy 5 energy Kini Jadi Penyelamat Dompet Pemilik EV & SUV
Michelin Malaysia memperluaskan rangkaian tayar premium dengan MICHELIN Primacy 5 energy dan MICHELIN Pilot Sport 5 energy.
29-04-2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

