ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas imej teaser disiarkan pada minggu ini, Kia kini telah memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo. 

Model itu didedahkan sempena ulang tahun ke-80 Kia di Korea Selatan. 

Melihat bahagian luarannya, model konsep baharu ini menampilkan rekaan yang sangat tajam dan radikal namun rekaan itu mungkin  tidak akan digunakan pada model produksi sebenar.

image.png

Vision Meta Turismo sebenarnya membawa falsafah reka bentuk Opposites United Kia ke tahap maksimum, dengan bahagian hadapannya menampilkan “shark nose” yang membuatkan ia muncung ke depan dan ia dipadankan dengan lampu LED bersegi dan liang udara yang agak tirus.

image.png

Menjengah bahagian hadapannya, bonetnya agak  manakala bar lampu depannya memanjang sehingga dan kamera pandangan sisi pula adalah digital.

Pendek kata, rekaan itu membuatkan ia cukup futuristik dan bergaya.

Seperti yang diperlihatkan dalam teaser, konsep ini menampilkan profil sisi sporty yang seakan sama dengan  supercar enjin tengah disebabkan  garisan bumbungnya dengan bumbung kaca unik, overhang pendek, dan jarak roda yang panjang.

image.png

Ia juga hadir dengan  pintu bersegi, fender belakang yang berotot, garisan tepi  yang melengkung dan dipadankan dengan rim  aero.

Bagaimanapun, bahagian  belakangnya   merupakan bahagian paling konservatif kerana dilengkapi dengan lampu belakang LED berbentuk boomerang seperti pada EV Kia moden, ditambah dengan aksen hitam kontras pada bampar belakang serta spoiler belakang.

image.png

Malangnya, bahagian kabinnya tidak didedahkan.

Begitupun, Vision Meta Turismo dikatakan akan menerima  paparan head-up augmented reality (AR-HUD) yang intuitif yang membolehkan pemandu melihat “grafik maya seolah-olah terapung di atas jalan dalam bentuk tiga dimensi,” stereng gaya yoke, serta tempat duduk pemandu gaya bucket dengan kawalan ala-joystick di perehat tangan dan banyak lagi.

image.png

Walaupun pihak pengeluar tidak menjelaskan fungsi joystick tersebut, ketua reka bentuk Kia, Karim Habib, berkata bahawa kereta konsep ini merupakan “ungkapan komitmen Kia untuk terus menghasilkan mobiliti dan pengalaman berteknologi maju yang mampu memikat, merangsang, dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

image.png

Seperti dijangka, tiada maklumat lanjut didedahkanmengenai rangkaian kuasanya namun dengan bentuk badannya yang radikal, Vision Meta Turismo berkemungkinan digerakkan oleh sistem elektrik sepenuhnya.

Apapun, buat masa ini, masih belum dapat disahkan sama ada ia akan menjadi model produksi sebenar, atau mungkin menjadi pengganti Stinger GT.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRW4824

SELANGOR

BSU7058

JOHOR

JG6045J

PULAU PINANG

PSH271

PERAK

APM5875

PAHANG

CFJ2852

KEDAH

KGJ6462

NEGERI SEMBILAN

NEM4429

KOTA KINABALU

SJU8092

KUCHING

QAB8745P

Terakhir Kemas Kini 29 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.

05-12-2025
EV

Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.

24-02-2025
EV

Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.

17-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Global

Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).

07-11-2024
Global

Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.

01-08-2024
Berita Auto

Belum Daftar SKDS 2.0? Ini Kata Menteri

Jika mereka tergolong dalam mana-mana kategori yang terdiri daripada SKDS 2.0, mereka haruslah mendaftarkan diri untuk mendapatkan subsidi.

25-06-2024

Berita Terkini

Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.