ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-leapmotor-b10.png


SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik. 


Bagaimanakah Rekaan Leapmotor B10?



_X8A0086.jpg

_X8A9919.jpg_X8A0129.jpg


Dibangunkan berdasarkan binaan LEAP3.5 dan platform Cell-to-Chassis (CTC) 2.0+, kerangka kereta ini direka dengan bantuan pakar dari Stellantis, di mana bateri diintegrasikan terus ke dalam casis.


Hasilnya adalah pengendalian yang lebih mantap:

  • Imbangan Sempurna: Kereta menjadi sangat stabil kerana bateri yang terintegrasi itu menurunkan pusat graviti, memberikan agihan berat hadapan-belakang hampir 50:50 yang ideal.
  • Kukuh dan Selamat: Struktur badan kereta sangat kukuh (torsional stiffness 36,360 Nm/darjah), membuatkan pemanduan terasa lebih tepat dan selamat.

Leapmotor B10 hadir dengan saiz badan kompak yang berukuran 4,515 mm panjang, 1,885 mm lebar dan 1,655 mm tinggi, dengan jarak roda 2,735 mm serta  jarak kelegaan tanah 170 mm yang  hampir sama dengan Proton e.MAS 7.  Model ini direka dengan gaya badan yang aerodinamik mencatatkan nilai rintangan yang rendah hanya 0.265 Cd. 


WhatsApp-Image-2025-12-10-at-10.25.41-AM-(1).jpegWhatsApp-Image-2025-12-10-at-10.25.41-AM-(2).jpeg


Reka bentuknya moden dengan lampu LED halus dan panjang di bahagian hadapan. Dari tepi, dapat dilihat model ini dipasangkan dengan tayar 225/50 di depan dan tayar 235/50 di belakang pada rim 18 inci. 


Walaupun mempunyai berat bersih antara 1,780–1,845 kg (bergantung kepada varian), ia menggunakan konfigurasi suspensi McPherson di hadapan dan multi-link di belakang. Ini menjadikan pengendalian B10 lebih lincah di selekoh berbanding model C10. Talaan suspensi untuk pasaran eksport dilakukan oleh Stellantis di Balocco Proving Ground, Itali. 


WhatsApp-Image-2025-12-10-at-10.33.49-AM.jpeg


Model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu  Starry Night Blue, Dawn Purple, Pearly White, Tundra Grey dan Metallic Black. 


Bagaimanakah Prestasi B10?


Leapmotor B10 ditawarkan dalam dua varian di Malaysia iaitu Life dan Design. Berikut adalah ringkasan spesifikasi yang ditawarkan pada kedua-duanya: 

  • Life (56.2 kWj, 442 km NEDC/361 km WLTP) 
  • Design (67.1 kWj, 516 km NEDC/434 km WLTP) 

Kedua-duanya menggunakan bateri LFP CATL dan ditawarkan dalam versi pacuan roda belakang (RWD) dengan motor 218 hp (160 kW) dan tork 240 Nm. 


Dari segi pengecasan, model ini menerima cas AC sehingga 11 kW yang membolehkan bateri berkapasiti 56.2 kWj dicas penuh dalam masa 4.2 jam, manakala bateri yang lebih besar, 67.1 kWj, dalam masa 5.6 jam. 


CariCarz_Leapmotor-B10-Info.png


Model ini turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 140 kW (bateri 56.2 kWj) dan sehingga 168 kW (bateri 67.1 kWj). Kedua-dua unit ini mampu dicas dari 30% ke 80% dalam masa kira-kira 19 hingga 20 minit. 


Model ini didatangkan standard dengan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehkan pengecasan perkakasan luaran pada kadar 3.3 kW. 


Tiga mod pemanduan ditawarkan iaitu Comfort, Standard dan Sport.


Bagaimanakah Kabin dan Tahap Keselesaan B10?


Leapmotor-B10-Kabin-interior-1.png


Di dalam ruang kabin Leapmotor B10 yang berkeluasan 2,390 mm, sarat dengan teknologi canggih yang termasuk panel instrumen digital 8.8 inci dan skrin sentuh 14.6 inci resolusi 2.5K yang dikuasakan oleh sistem operasi Leap OS 4.0 (dengan cip Snapdragon SA8155 16GB memori) yang menyokong kemas kini Over-the-Air (OTA). 


WhatsApp-Image-2025-12-10-at-10.36.23-AM-(1).jpegWhatsApp-Image-2025-12-10-at-10.36.23-AM.jpegWhatsApp-Image-2025-12-10-at-10.37.57-AM.jpegWhatsApp-Image-2025-12-10-at-10.35.26-AM.jpeg


Ciri navigasi Here Maps turut ditawarkan, bersama pengecas tanpa wayar 15W dan empat port USB di barisan tempat duduk depan dan belakang. 


Varian Design menawarkan tempat duduk depan yang boleh dilaraskan secara automatik, dan hadir dengan fungsi pemanas dan pengudaraan. Ciri menarik lain ialah bumbung suria panoramik, sistem audio premium 12 speaker, kad kunci NFC serta aplikasi Leapmotor untuk kawalan AC dan pintu dari jarak jauh. 


Untuk ruang kargo, butnya menawarkan kapasiti 430 liter yang boleh diluaskan kepada 1,700 liter apabila kerusi belakang direbahkan. Ruang simpanan tambahan disediakan di bahagian hadapan (frunk) dengan kapasiti 25 liter.


Sejauh Manakah Tahap Keselamatan Leapmotor B10?


Leapmotor B10 dilengkapi sistem ADAS Tahap 2 lengkap dengan 12 sensor ultrasonik, termasuk kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan autonomi (AEB), bantuan kekal lorong, bantuan kesesakan lalu lintas, pengesanan titik buta, brek lintasan traik belakang dan sebagainya. Ia turut dilengkapi dengan tujuh beg udara dan kamera 360°.


Berapakah Harga Jualan Leapmotor B10 di Malaysia?


WhatsApp-Image-2025-12-10-at-10.48.23-AM.jpeg


Leapmotor B10 ditawarkan pada harga RM107,000 untuk varian Life dan RM118,000 untuk varian Design.  Bagaimanapun, sempena pelancarannya, model ini ditawarkan pada harga promosi RM99,800 (Life) dan RM109,800 (Design) untuk 200 pelanggan terawal. 

Pembelian didatangkan dengan waranti kenderaan selama 6 tahun atau 150,000 km (4 tahun/100,000km pengeluar + 2 tahun/50,000km waranti lanjutan) serta waranti bateri 8 tahun atau 160,000 km. Servis dijadualkan setiap setahun atau 20,000 km (yang mana terlebih dahulu). 

LeapmotorB10-(6).jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4558

SELANGOR

BST7656

JOHOR

JE4089J

PULAU PINANG

PSF6149

PERAK

APL5332

PAHANG

CFH7568

KEDAH

KGJ1493

NEGERI SEMBILAN

NEL8915

KOTA KINABALU

SJU1583

KUCHING

QAB5778P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

08-09-2026
Kereta Baru

10-12-2025
Kereta Baru

05-11-2025
EV

28-10-2025
EV

23-09-2025
EV

11-11-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.