ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lexus-RZ-600e-1.jpg


Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.


Minggu ini, jenama mewah Jepun tersebut secara rasmi memperkenalkan varian paling berkuasa dalam sejarah model RZ, iaitu Lexus RZ600e F Sport.


Apakah Rahsia Di Sebalik Sentuhan Rekaan RZ600e F Sport Yang Agresif?


Lexus-RZ-600e-7.jpgLexus-RZ-600e-9.jpgLexus-RZ-600e-6.jpgLexus-RZ-600e-8.jpg


Jika anda rasa Lexus RZ standard sudah cukup bergaya, varian F Sport ini membawa estetika tersebut ke tahap yang jauh lebih ekstrem. Model ini menggunakan kit badan gentian karbon yang diinspirasikan daripada model konsep RZ Sport 2023.


Lexus-RZ-600e-4.jpg


Kit ini terdiri daripada penutup enjin dengan lubang udara, splitter hadapan dan dapra atau fender yang lebih lebar dengan tambahan sirip aero.


Lexus-RZ-600e-2-copy.jpg


Di bahagian belakang, terdapat spoiler dua lapis yang bukan sekadar hiasan, tetapi benar-benar menghasilkan daya tekanan ke bawah (downforce) untuk kestabilan semasa pecutan. 


Ditawarkan dalam dua tona warna unik, Neutrino Gray dan Hakugin II, yang dipadankan dengan aksen biru dan kemasan karbon.


Sejauh Mana Kehebatan Enjin 420 HP SUV RZ600e F Sport?


Lexus tidak hanya menumpukan pada rupa paras, tetapi turut memberikan 'otot' tambahan pada sistem pacuannya:

  • Dua Motor Berkuasa Tinggi: Dua motor elektriknya telah diberikan talaan semula untuk menghamburkan kuasa luar biasa mencecah 420 hp.
  • Pecutan 'Supercar': Jentera ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.4 saat sahaja! Ini sekaligus menjadikannya jauh lebih berkuasa berbanding model kembarnya, Toyota bZ4X dan Subaru Solterra.
  • Jarak Gerak: Dengan bateri 77 kWj, ia mampu menempuh jarak sehingga 525 km dengan sekali cas. Hamburan kuasa yang tinggi bermakna jarak perjalanannya lebih rendah berbanding varian standard.

Ruang Kabin Seperti Dalam Kabin Kapal?


Lexus-RZ-600e-3.jpgLexus-RZ-600e-14.jpg


Memasuki ruang kabin, perubahan yang paling mencuri tumpuan adalah sistem kemudi atau sterengnya yang bukan berbentuk bulat biasa, tetapi yoke persis stereng dalam kabin kapal terbang yang disambungkan kepada sistem steer-by-wire iaitu teknologi kawalan elektrik tanpa sambungan mekanikal, serta sistem “Interactive Manual Drive” yang meniru simulasi pemanduan manual. 


Ruang dalaman diserikan dengan tempat duduk sporty dalam balutan Ultrasuede dan aksen biru pada papan pemuka, memberikan suasana yang sangat eksklusif.


Bagaimana Dengan Sistem Pengendalian Dan Brek?


Lexus-RZ-600e-5.jpg


Bagi mengimbangi kuasa setinggi 420 hp, sistem mekanikal bawah badan turut menerima naik taraf penting:

  • Rim Enkei: Menggunakan rim aloi Enkei 21 inci berwarna hitam matte yang sangat ringan dan kukuh.
  • Sistem Brek Gergasi: Di sebalik rim tersebut, tersimpul angkup aluminium monoblok enam piston dengan cakera brek 20 inci untuk kuasa hentian yang lebih meyakinkan.
  • Suspensi Rendah: Lexus merendahkan ketinggian SUV ini sebanyak 20 mm berbanding model standard untuk kestabilan maksimum di selekoh.

Berapakah Harga Jualan Lexus RZ600e F Sport Di Jepun?


Buat masa ini, Lexus RZ600e F Sport hanya ditawarkan untuk pasaran domestik Jepun (JDM). Harganya adalah seperti berikut:

  • Warna Neutrino Gray: JPY 12,165,000 (sekitar RM315,808).
  • Warna Hakugin II: JPY 12,440,000 (sekitar RM322,947).

Belum ada pengesahan rasmi sama ada model 'garang' ini akan dibawa masuk ke pasaran global atau Malaysia secara rasmi. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD6523

SELANGOR

BSR1576

JOHOR

JYB3682

PULAU PINANG

PSD3271

PERAK

APJ4170

PAHANG

CFG8716

KEDAH

KGG6573

NEGERI SEMBILAN

NEK7359

KOTA KINABALU

SJS5531

KUCHING

QAB580P

Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.

08-12-2025
Global

Lexus Sport Concept Adalah Pengganti LFA?

Lexus Sport Concept dikatakan akan menjadi pengganti kepada model supercar LFA.

17-08-2025
Berita Auto

Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup

Setelah tiga generasi, Lexus IS 500, sedan sport dengan enjin V8 yang popular, dijangka akan menghentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini.

24-06-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Lexus ES 2026 Didedah! Ada Versi Elektrik, HEV

Lexus ES 2026 akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu hibrid (HEV) dan EV.

23-04-2025
Global

Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition

Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY).

23-08-2024
Berita Auto

Lebih 8K Model Toyota, Lexus Terjual

UMWT mencatatkan pretasi yang cukup positif, pada bulan lepas.

12-06-2024
Berita Auto

Baru 2 Bulan, Toyota Dah Jual Lebih 13K Kereta

UMW Toyota Motor (UMWT) mendedahkan bahawa 7,480 unit kereta terjual pada bulan lepas

07-03-2024

Berita Terkini

EV

Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota

Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.

25-06-2026
EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.