ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Nissan-Nismo-Concept-Teaser-TAS2026-1.jpg


Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.


Walaupun Nissan kini sedang bergelut dengan pelbagai cabaran industri, kemunculan model konsep baharu ini menunjukkan bahawa jenama automotif Jepun ini masih 'bertaring' untuk mara ke hadapan. 


Apakah Yang Kita Tahu Setakat Ini Mengenai Model Konsep Misteri Terbaru Nismo?


Nissan-Nismo-Concept-Teaser-TAS2026-8.jpg


Imej yang dikongsi hanya menunjukkan sebahagian kecil bahagian belakang kenderaan tersebut. Walaupun dalam kegelapan, sentuhan agresif rekaannya terserlah dengan sudut-sudut yang tajam. Elemen yang dapat dilihat dengan jelas daripada imej tersebut ialah lampu belakang jenis melintang yang terletak di bawah komponen yang kelihatan seperti spoiler bibir yang sporty. 


Selain itu, jika dilihat dengan terperinci, turut didedahkan ialah liang udara menegak yang diposisikan pada sudut fender yang lebar. 


Berdasarkan bentuk cermin belakangnya yang kelihatan seperti condong ke bawah,  ada kemungkinan model ini hadir dalam bentuk badan sebuah coupe sport, hot-hatch atau mungin juga sebagai sebuah model crossover berprestasi.  


Dari segi trenkuasa, setakat ini, Nissan masih merahsiakan sama ada jentera ini akan dijana oleh enjin petrol sepenuhnya atau kuasa elektrik tulen.


Adakah Nissan Akan Memperkenalkan Nismo Baharu Tahun Depan?


Selain daripada model konsep penuh misteri ini, Nissan turut mengesahkan bahawa sebuah prototaip Nismo berasingan bakal membuat kemunculan ‘serius’ untuk kegunaan litar pada tahun 2026, sebelum versi jualannya menyusul. Tapi buat masa ni, identiti prototaip yang dimaksudkan masih tidak diketahui sama ada ianya sama dengan imej teaser yang dikongsikan ataupun tidak. 


Fairlady Z Nismo Akan Ditawarkan Dalam Versi Manual?


Nissan-Nismo-Z-2026MY-(2).jpgNissan-Nismo-Z-2026MY-(1).jpg


Dalam perkembangan lain, Nissan dikhabarkan bakal mendedahkan Nissan Fairlady Z Nismo versi 2026  di pasaran domestik Jepun menjelang musim panas tahun depan. Model ini akan muncul dalam versi transmisi manual untuk memuaskan hati peminat yang mahukan kawalan penuh tiga pedal pada model Nismo. 


Apakah Jentera Lain Yang Bakal Memeriahkan Tapak Pameran Nissan Di TAS 2026?


Nissan-XTrail-RockCreek-TAS2026.jpgNissan-Leaf-EV-Autech.jpgNissan-March-Restomod-TAS2026.jpgMotulAutech-GT-R-SuperGT2016.jpg


Nissan bukan sahaja membawa jentera berprestasi tinggi, malah pelbagai model kustom lain untuk pelbagai gaya hidup di TAS nanti seperti: 

  • X-Trail Rock Creek Multibed Wildplay: SUV yang diubah suai khas untuk peminat aktiviti perkhemahan dan aktiviti outdoor.
  • Nissan Leaf EV Autech: Versi lebih premium bagi kenderaan elektrik popular Nissan ini.
  • Nissan March 'Stick-Shift': Sebuah model kompak March yang telah diubahsuai sepenuhnya dan dipadankan dengan transmisi manual.
  • Ikon Super GT: Kereta lumba Motul Autech GT-R 2016 yang asal turut akan dipamerkan sebagai penghormatan kepada persaraan pelumba lagenda Nissan, Tsugio Matsuda.

Juga Menarik: Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQN9358

SELANGOR

BSM9177

JOHOR

JYS4723

PULAU PINANG

PSA2608

PERAK

APF6392

PAHANG

CFF5728

KEDAH

KGE5904

NEGERI SEMBILAN

NEJ6592

KOTA KINABALU

SJQ6021

KUCHING

QAB3651N

Terakhir Kemas Kini 05 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global

Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.

28-11-2025
Global

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini

Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.

16-10-2025
Global

Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih

Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.

14-10-2025

Berita Terkini

Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.