ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perodua secara rasminya  melancarkan kenderaan elektrik bateri (BEV) pertamanya. Dinamakan sebagai QV-E (disebut ‘Queue-Vee’), model ini turut hadir bersama skim pajakan bateri EV yang berkonsepkan Battery-as-a-Service (BaaS) pertama di Malaysia, selama 9 tahun.

Walaupun ia bukan perkara  baharu di peringkat global untuk EV/BEV, ia merupakan yang pertama di pasaran tempatan, dan kami faham bahawa mungkin terdapat kekeliruan skim terbabit.

Jadi, berikut adalah perinciannya dan diharapkan ia   dapat membantu anda menentukan sama ada EV baharu dari Rawang ini wajar dibeli  atau sebaliknya!

image.png

Dua Kos, Tetapi Hanya 1 Bayaran!

Untuk pengetahuan anda, kos BaaS sebenarnya tidak dimasukkan ke dalam harga jualan bersih QV-E iaitu sebanyak RM80,000 (tidak termasuk insurans).

Ya, secara teknikal anda membuat dua bayaran bulanan berasingan dimana satu untuk pinjaman sewa beli kenderaan, manakala  satu lagi untuk skim BaaS selama 9 tahun.

Namun, bayaran BaaS ini dibayar sekali dengan ansuran bulanan kenderaan kepada pihak bank, dan bank bertanggungjawab menyerahkan bahagian bayaran tersebut kepada Perodua. Kos BaaS sahaja berjumlah RM275 sebulan, atau RM297 sebulan selepas ditambah 8% SST.

image.png

Dengan menggunakan senario kadar terbaik (faedah 2.4%), berikut ialah contoh anggaran kos bulanan yang perlu ditanggung pembeli QV-E:

Screenshot-2025-12-02-145640.png

Bagaimanapun, jumlah bayaran bulanan bersama BaaS akan berubah mengikut jumlah deposit awal yang dibayar oleh pembeli. Maka, terpulang kepada anda untuk menilai sejauh mana QV-E ini digelar sebagai EV “mampu milik”?

BaaS Menawarkan "Sifar Liabiliti" Kepada Pemilik EV

Secara ringkasnya, hala tuju BaaS sebenarnya mudah.

Perodua sebenarnya akan  menanggung sepenuhnya semua risiko dan liabiliti yang berkaitan dengan pek bateri EV, dan ia bukannya hak pemilik QV-E.

Perodua mengakui bahawa faktor seperti kesihatan bateri dan kos penggantian bateri menjadi satu kebimbangan besar kepada kebanyakan orang memandangkan ia memberi kesan terhadap nilai jual semula EV.

image.png

Jadi, BaaS tampil untuk menghapuskan kebimbangan ini dengan mengambil alih semua risiko tersebut daripada pembeli, dan  Perodua menegaskan bahawa ia membantu mengurangkan harga pembelian.

Sementara itu, BaaS pula memberi jaminan bahawa si  pemilik akan sentiasa mempunyai bateri dalam keadaan terbaik. Pek bateri akan diganti sekiranya tahap kesihatan (SoH) menurun di bawah 70% sepanjang tempoh pajakan.

Apa yang penting untuk difahami ialah secara hakikatnya pembeli QV-E (dan pemilik seterusnya) secara teknikal tidak memiliki pek bateri di dalam kenderaan mereka kerana ia adalah hak milik  Perodua.

Ini yang menyebabkan  insurans untuk pek bateri ditanggung sepenunya oleh Perodua, bukan pemilik kereta.

image.png

Selain itu, walaupun Perodua tidak menyebutnya bahawa bayaran BaaS turut meliputi kos pemulihan dan/atau pelupusan bateri namun ia adalah satu aspek pemilikan EV yang jarang dibincangkan. 

Bercakap mengenai pelupusan, pek bateri EV dalam QV-E dilengkapkan dengan penjejak bateri serta ‘Pasport Bateri’ (kod QR dan nombor komponen) seperti mana yang diwajibkan kerajaan baru-baru ini.

Penjejak tersebut akan mengaktifkan amaran jika pek bateri ditanggalkan daripada kereta atau jika kenderaan dibiarkan tidak digunakan terlalu lama (ditinggalkan).

Dalam situasi ini, Perodua akan melancarkan usaha ‘Penyelamatan Bateri’ untuk mendapatkan semula pek tersebut dan mengelakkan pelupusan atau pengendalian tidak bertanggungjawab.

BaaS Adalah Wajib

image.png

Perodua telah menjelaskan bahawa pembeli QV-E tidak akan diberi pilihan untuk membeli pek bateri terbabit.. Dalam erti kata lain, BaaS adalah wajib apabila membeli QV-E, dan pembeli mesti menandatangani tempoh pajakan 9 tahun.

Sekiranya tempoh pinjaman sewa beli anda lebih pendek daripada tempoh BaaS, perkara berikut akan menjawab persoalan tersebut.

Bayaran BaaS Diteruskan Walaupun Pinjaman Tamat

Jika pembeli menamatkan pinjaman sewa beli selepas 5, 6, atau 7 tahun, skim BaaS selama 9 tahun tetap diteruskan. Ini bermaksud pemilik masih perlu membayar RM275 sebulan untuk baki 4, 3, atau 2 tahun.

Pada tahap ini, pembayaran BaaS tidak lagi melalui bank, tetapi dibuat terus kepada Perodua melalui aplikasi super P-Circle.

BaaS Tetap Digunapakai Untuk Pembeli  Yang Membuat Bayaran Secara Tunai

Bagi pembeli tunai QV-E, bayaran tunai mereka hanya terdiri daripada kereta, bukan BaaS. Mereka  perlu membuat bayaran bulanan BaaS sepanjang tempoh pajakan secara terus kepada Perodua melalui aplikasi P-Circle.

Anda Hanya Boleh Menjual & Membeli QV-E Terpakai Melalui Perodua POV

Akhir sekali ialah situasi bagi pemilik QV-E yang ingin menjual kenderaan mereka lebih awal, dan pembeli yang ingin mencari nilai lebih baik melalui unit terpakai.

Perodua sudah menjelaskan bahawa jualan unit QV-E terpakai hanya boleh dilakukan melalui Perodua Pre-Owned Vehicles (POV).

Bagi pemilik yang menjual QV-E melalui Perodua POV, Perodua menyatakan bahawa komitmen BaaS 9 tahun mereka akan ditamatkan serta-merta, tanpa penalti atau “exit fee”.

Setelah Perodua menerima unit terpakai tersebut, mereka akan menilai SoH pek bateri. Seperti disebut, jika SoH kurang daripada 70%, Perodua akan menggantikan pek bateri sebelum menjual unit tersebut kepada pemilik baharu.

Pembeli QV-E terpakai melalui POV pula wajib menandatangani skim BaaS baharu selama 9 tahun. Dari situ, Perodua akan memberi jaminan dan perlindungan sama seperti mereka membeli QV-E baharu.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA8527

SELANGOR

BSQ4657

JOHOR

JYX5963

PULAU PINANG

PSC6252

PERAK

APH8064

PAHANG

CFG6458

KEDAH

KGG2934

NEGERI SEMBILAN

NEK5310

KOTA KINABALU

SJS1447

KUCHING

QAB9231N

Terakhir Kemas Kini 03 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-02-2026
Berita Auto

13-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

17-12-2025
Kereta Baru

17-12-2025
Berita Auto

12-12-2025
Berita Auto

09-12-2025

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.