PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

Proton New Energy Technology (PRO-NET), pengedar rasmi kenderaan smart di Malaysia, meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia dengan menganjurkan konvoi ke Kerling, Selangor baru-baru ini.
Ketua Pegawai Penerangan PRO-NET dan Ketua Unit Perniagaan smart, Sua Chek Hoong menyifatkan dua tahun yang lalu merupakan satu perjalanan yang mengujakan bagi smart di Malaysia.
"Aktiviti pemanduan ini adalah satu sambutan untuk pemilik kami dengan semangat mereka yang telah kita bina bersama, membuktikan bahawa smart lebih daripada sekadar sebuah kereta," katanya dalam satu kenyataan.
Sambutan ulang tahun ini mempamerkan perjalanan smart bukan sekadar sebagai pengeluar kereta, tetapi juga sebagai jenama gaya hidup automotif, yang semakin mendapat tempat di hati pengguna serta disokong komuniti pemilik yang aktif.
Sejak pelancarannya di Malaysia pada 2023, smart bukan lagi sekadar jenama kereta, tetapi telah menjadi sebuah komuniti pemilik yang menghargai kelestarian, gaya dan inovasi.

Program ini bermula dari bilik pameran smart Glenmarie di Shah Alam menuju Beacon Resort di Kerling, Selangor, untuk satu hari yang dipenuhi dengan beberapa aktivi menarik.
Aktiviti ini memberi peluang kepada pemilik smart untuk terus berhubung, berkongsi pengalaman, dan meraikan minat mereka terhadap gaya hidup smart dalam suasana santai dan menyeronokkan.

Konvoi ini disertai 38 kenderaan smart, menonjolkan kepelbagaian barisan EV serta semangat yang semakin berkembang terhadap smart di Malaysia, termasuk 19 smart #1, 14 smart #3, dan 5 smart #5.
Sambutan Ulang Tahun Ke-2 ini menegaskan komitmen smart dalam membina dan memperkukuh komuniti pemilik yang berfikiran smart, meneruskan hubungan yang bermula sejak kali pertama pelanggan melangkah ke bilik pameran.
Untuk maklumat lanjut, layari my.smart.com.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan
Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.
28-07-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Berita Terkini
Antara Hobi Dan Nyawa: Bila Hobi Sihat Menjadi Tragedi Berdarah
Elakkan berbasikal waktu malam.
22-08-2026
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem
Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.
07-08-2026
Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?
Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.
08-07-2026
Dulu Jadi Teksi KL, Sekarang Kereta Kayangan! Evolusi Dari Golf Mk1 Ke Proton S70
Evolusi Teksi KL.
06-07-2026
KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda
Jangan Lupus Kereta Manual Lagi! Pakar Jepun Dedah 'Rahsia' Luar Biasa Ini.
02-07-2026
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!
PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.
25-06-2026
Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr
Zeekr Dynamic: Himpunan Pemilik Zeekr Serantau Uji Keupayaan EV di SIC!
03-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat