Pusat Ujian EV Kedah Dirasmikan – Boleh Uji Bateri, Enjin & Motor 1,000 Jam

Kedah kini menempatkan pusat ujian kenderaan elektrik (EVTC) tercanggih yang baru sahaja memulakan operasi fasa pertamanya semalam. Pusat ujian ini dikendalikan oleh syarikat tempatan, Focus Applied Technologies Sdn Bhd, untuk memantapkan lagi industri EV negara.
Fasiliti Dengan Pengiktirafan Peringkat Antarabangsa
EVTC yang bertempat di Bandar Baru ini mempunyai profil global yang mengagumkan:
- INVICTA: Bernaung di bawah International Vehicle Test Center Association (INVICTA), sebuah rangkaian global yang menghubungkan penyelidikan ujian kenderaan di seluruh dunia.
- Kerjasama PBB & Bank Dunia: Kolaborasi dengan organisasi seperti UNEP, UNDP, UNIDO dan Bank Dunia. Kerjasama ini melibatkan pelbagai projek EV di negara-negara membangun, sekali gus membuka peluang besar untuk bakat kejuruteraan Malaysia dipasarkan ke luar negara.
Ujian Yang Boleh Dilakukan Di EVTC




Hab ujian fasa pertama yang bernilai RM3 juta ini dilengkapi dengan empat sel ujian individu yang mampu beroperasi secara automatik selama 20 jam sehari.




Malah, ia boleh buat ujian ekstrem selama 1,000 jam bagi menjamin bateri dan motor elektrik yang dihasilkan adalah kukuh, tahan lama, dan tidak membahayakan pengguna. Antara ujian utama yang ditawarkan termasuk:
- Pengukuran prestasi kenderaan
- Pengukuran jarak pemanduan kenderaan
- Pengkuran kitaran hayat bateri
- Ujian piawaian keselamatan kenderaan
- Ujian emisi enjin/hibrid
Litar Ujian Tertutup 650 Meter

Menurut CTO Focus Applied Technologies, Dr. Horizon Gitano-Briggs, pusat ujian ini menggunakan litar yang pendek, hanya 650 meter, atas sebab-sebab berikut:
- Mesra Kenderaan Mikro-Mobiliti: Litar ini direka khusus untuk menampung ujian kenderaan elektrik (EV) bersaiz kecil, terutamanya jenis roda dua dan roda tiga seperti autorickshaw serta tuk-tuk.
- Keselamatan: Penggunaan litar tertutup ini adalah kritikal bagi mengelakkan keperluan menguji kenderaan jenis tersebut di jalan raya awam tempatan, sekali gus mengurangkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya lain.
Litar yang lebih panjang bakal dibina di bawah fasa kedua pembangunan pusat ini nanti.
Membantu Pendidikan TVET Di Malaysia
Menariknya, EVTC juga akan berfungsi sebagai Pusat Latihan khusus untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), akademi dan universiti:
- Bilik Darjah 'Drive-In': Menampilkan konsep unik di mana pelajar berada di tempat duduk gaya stadium yang mengelilingi chassis dynamometer. Ini membolehkan demonstrasi teknikal dilakukan secara terus di hadapan pelajar.
- Kemudahan Sokongan: Untuk menyokong aktiviti latihan ini, fasa kedua akan merangkumi pembinaan penginapan (lodging), ruang makan dan kemudahan komersial di tapak projek.
Jangkaan Persiapan Fasa Kedua
Focus Applied Technologies merancang untuk melengkapkan fasa kedua menjelang tahun 2027. Dengan anggaran pelaburan tambahan sebanyak RM4 juta, pusat ini bakal menjadi hab automotif masa depan yang lengkap bukan sahaja untuk ujian motosikal dan tuk-tuk, malah untuk bas, trak dan kereta penumpang elektrik.
Juga Menarik: SIRIM Tubuh Pusat Ujian Bateri EV, Perkenal Ekosistem EV Komprehensif
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE4429
SELANGOR
BSL631
JOHOR
JYN2659
PULAU PINANG
PRW7261
PERAK
APD4857
PAHANG
CFE4991
KEDAH
KGD4945
NEGERI SEMBILAN
NEH9621
KOTA KINABALU
SJP3695
KUCHING
QAB7802M
Terakhir Kemas Kini 20 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Terkini
Pusat Ujian EV Kedah Dirasmikan – Boleh Uji Bateri, Enjin & Motor 1,000 Jam
Kedah kini menempatkan pusat ujian kenderaan elektrik (EVTC) tercanggih yang baru sahaja memulakan operasi fasa pertamanya semalam.
19-12-2025
EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China
Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan klasifikasi untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih mampu milik, untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.
15-12-2025
Operasi CKD XPeng Bakal Berlaku, Rundingan Dengan EPMB Melaka
XPeng mengesahkan bahawa syarikatnya kini sedang mengadakan rundingan dengan EP Manufacturing Bhd (EPMB) untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik secara tempatan (CKD) secara besar-besaran di Malaysia bermula tahun 2026.
14-12-2025
Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar
Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025.
05-12-2025
Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya
Skim pajakan bateri Perodua QV-E dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembeli.
01-12-2025
Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini
Perodua QV-E (BEV) kini rasmi di pasaran pada harga RM80K dengan bateri LFP 52.5 kWj. Ini dia 9 pusat jualan EV Perodua yang sah di serata Malaysia.
01-12-2025
Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!
Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.
01-12-2025
Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini
Kenderaan elektrik pertama Perodua dikatakan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.
29-11-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat