Saman Tertunggak, Pakar Cadang Bagi Pilihan Bayar Saman Secara Ansuran

Di sebalik bebanan membayar saman tertunggak, ada pihak yang mencadangkan supaya pesalah trafik diberi pilihan untuk membayar saman secara ansuran.
Bercakap mengenai cadangan itu, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Law Teik Hua, berkata membenarkan pengguna jalan raya membayar denda secara ansuran dilihat mampu menangani isu kemampuan, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.
“Dengan menyediakan skim pembayaran ansuran yang diseragamkan, kita dapat menangani secara langsung isu kemampuan membayar saman tersebut. Ia mengalih bayaran sekali gus yang hakikatnya tidak mampu ditanggung kepada pembayaran yang lebih konsisten,” katanya kepada New Straits Times.
Bagaimanapun, Law menegaskan bahawa sistem sedemikian perlu mempunyai penguatkuasaan yang tegas, termasuk penalti automatik bagi kegagalan membayar, seperti pembekuan pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu.
“Pendekatan ini menyampaikan mesej bahawa kami memahami kekangan kewangan dan akan membantu anda membayar, namun komitmen itu tetap tidak boleh dirunding. Ia menggabungkan empati dengan ketegasan, yang penting untuk penguatkuasaan berkesan,” katanya.
Law berkata kesukaran kewangan masih menjadi kekangan bagi ramai pengguna jalan raya.

“Isunya juga berkaitan dengan penguatkuasaan. Jika hukuman sebenar tidak wujud, tiada individu yang rasional, tanpa mengira tahap pendapatan, akan berasa terdorong untuk membayar. Ia seolah-olah seperti satu bentuk loteri, di mana d mereka yang tidak bernasib baik yang terpaksa membayar saman,” katanya.
Beliau menambah bahawa penguatkuasaan yang tidak konsisten menyumbang kepada budaya di mana denda dianggap sebagai pilihan.
Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaporkan telah mengutip RM93.51 juta hasil saman setakat semalam, selepas menawarkan skim diskaun 50% sejak 1 November lalu.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9671
SELANGOR
BSU4180
JOHOR
JF7160J
PULAU PINANG
PSG4372
PERAK
APM2540
PAHANG
CFJ1205
KEDAH
KGJ4714
NEGERI SEMBILAN
NEM2842
KOTA KINABALU
SJU5583
KUCHING
QAB7540P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge