Selepas QV-E, Perodua Nexis/Traz Pula Bakal Dilancarkan Dis Ini

Selepas melancarkan model EV pertamanya, Perodua QV-E pada awal bulan ini, Perodua sekali lagi mencuri perhatian apabila syarikat kereta nasional itu mendedahkan satu video teaser di halaman Facebook rasminya, sebentar tadi.
Berdasarkan video tersebut, kami cukup yakin model yang ditayangkan dalam bentuk bayangan hitam itu adalah SUV crossover segmen-B Perodua yang telah lama dinantikan iaitu, Perodua Nexis.
Dengan kod nama D66B, Nexis juga dikenali sebagai Perodua Traz. Pada asasnya, ia adalah versi Perodua bagi Toyota Yaris Cross .

Model yang dibina berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B) ini dibangunkan khusus untuk pasaran Asia Tenggara, dan tidak harus dikelirukan dengan model yang mempunyai nama sama di Jepun dan Eropah.
Berdasarkan imej siluet yang gelap itu, tidak banyak yang boleh dijelaskan dengan terperinci kecuali bahawa D66B Nexis/Traz akan menampilkan bentuk badan SUV crossover sporty yang sama seperti kembarnya, Yaris Cross.

Malah, melihat kepada gambar yang dikongsi, ia nampaknya hadir dengan warna luaran seolah-olah Cranberry Red memandangkan warna itu ditawarkan pada kebanyakan model Perodua lain.
Satu lagi imej yang ditayangkan dalam video teaser berkenaan menunjukkan bahagian gril hadapan, yang menerima rekaan sisipan gril berbeza sedikit berbanding Yaris Cross.
Ia dilihat menampilkan sirip mendatar dengan kemasan hitam berkilat. Seperti biasa, D66B menampilkan logo Perodua berwarna krom, bukannya logo Toyota.


Setakat ini, masih belum diketahui rangkaian kuasa apa yang akan ditawarkan pada Nexis/Traz.
Seperti mana diketahui umu,. Cross DNGA hadir dalam pilihan pembakaran dalaman penuh (ICE) dan hibrid selari (HEV).
Versi ICE menggunakan enjin petrol 4-silinder 1.2 liter 2NR-VE NA dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 106 PS dan 138 Nm. Enjinnya dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau CVT yang memacu roda hadapan (FWD).
Sementara itu, versi hibrid pula menggunakan enjin petrol NA 4-silinder 1.5 liter 2NR-VEX yang mampu menghasilkan kuasa setakat 91 PS dan 121 Nm. Versi hibrid dipadankan dengan motor elektrik yang mampu menjana kuasa setakat 80 PS dan 141 Nm. Hasil kuasanya dihantar ke roda hadapan melalui transmisi automatik e-CVT.

Perbincangan mengenai pelancaran Perodua Nexis D66B/Traz telah bermula sejak tahun 2024, tetapi rancangan asal itu ditangguhkan untuk memberi ruang kepada pembangunan model EV QV-E.
Apapun, video teaser pendek ini sudah memberi bayangan bahawa Perodua akan menampilkan model misteri D66B itu dalam tempoh terdekat ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ6151
SELANGOR
BST8114
JOHOR
JE4681J
PULAU PINANG
PSF6548
PERAK
APL5631
PAHANG
CFH7695
KEDAH
KGJ1759
NEGERI SEMBILAN
NEL9174
KOTA KINABALU
SJU1845
KUCHING
QAB5848P
Terakhir Kemas Kini 22 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta
Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.
03-08-2026
Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara
Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!
28-07-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Berita Terkini
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat