ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Selepas QV-E, Perodua Nexis/Traz Pula Bakal Dilancarkan Dis Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas melancarkan model EV pertamanya, Perodua QV-E pada awal bulan ini, Perodua sekali lagi mencuri perhatian apabila syarikat kereta nasional itu mendedahkan satu video teaser di halaman Facebook rasminya, sebentar tadi.

Berdasarkan video tersebut, kami cukup yakin model yang ditayangkan dalam bentuk bayangan hitam itu adalah SUV crossover segmen-B Perodua yang telah lama dinantikan iaitu, Perodua Nexis.

Dengan kod nama D66B, Nexis juga dikenali sebagai Perodua Traz. Pada asasnya, ia adalah  versi Perodua bagi Toyota Yaris Cross .

image.png

Model yang dibina berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B) ini dibangunkan khusus untuk pasaran Asia Tenggara, dan tidak harus dikelirukan dengan model yang mempunyai nama sama di Jepun dan Eropah.

Berdasarkan imej siluet yang gelap itu, tidak banyak yang boleh dijelaskan dengan terperinci kecuali bahawa D66B Nexis/Traz akan menampilkan bentuk badan SUV crossover sporty yang sama seperti kembarnya, Yaris Cross. 

image.png

Malah, melihat kepada gambar yang dikongsi, ia nampaknya hadir dengan warna luaran seolah-olah Cranberry Red memandangkan warna itu ditawarkan pada kebanyakan model Perodua lain.

Satu lagi imej yang ditayangkan dalam video teaser berkenaan menunjukkan bahagian gril hadapan, yang menerima rekaan sisipan gril berbeza sedikit berbanding Yaris Cross.

Ia dilihat menampilkan sirip mendatar dengan kemasan hitam berkilat. Seperti biasa, D66B menampilkan logo Perodua berwarna krom, bukannya logo Toyota.

image.pngimage.png

Setakat ini,   masih belum diketahui rangkaian kuasa apa yang akan ditawarkan pada Nexis/Traz.

Seperti mana diketahui umu,.  Cross DNGA hadir dalam pilihan pembakaran dalaman penuh (ICE) dan hibrid selari (HEV).

Versi ICE menggunakan enjin petrol 4-silinder 1.2 liter 2NR-VE NA dimana ia mampu  menghasilkan kuasa setakat 106 PS dan 138 Nm. Enjinnya dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau CVT yang memacu roda hadapan (FWD).

Sementara itu, versi hibrid pula menggunakan enjin petrol NA 4-silinder 1.5 liter 2NR-VEX yang mampu menghasilkan kuasa setakat 91 PS dan 121 Nm. Versi hibrid dipadankan dengan motor elektrik yang mampu menjana kuasa setakat 80 PS dan 141 Nm. Hasil kuasanya dihantar ke roda hadapan melalui transmisi automatik e-CVT.

image.png

Perbincangan mengenai pelancaran Perodua Nexis D66B/Traz telah bermula sejak tahun 2024, tetapi rancangan asal itu ditangguhkan untuk memberi ruang kepada pembangunan model EV QV-E.

Apapun,  video teaser pendek ini sudah memberi  bayangan bahawa Perodua akan menampilkan model misteri D66B itu dalam tempoh terdekat ini.






Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ6151

SELANGOR

BST8114

JOHOR

JE4681J

PULAU PINANG

PSF6548

PERAK

APL5631

PAHANG

CFH7695

KEDAH

KGJ1759

NEGERI SEMBILAN

NEL9174

KOTA KINABALU

SJU1845

KUCHING

QAB5848P

Terakhir Kemas Kini 22 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-09-2026
EV

15-09-2026
Berita Auto

14-09-2026
Berita Auto

07-07-2026
Berita Auto

18-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

06-02-2026
Berita Auto

13-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Berita Auto

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.

18-09-2026
Berita Auto

Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?

Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?

18-09-2026
Berita Auto

Berapa Harga Hyundai Tucson?

SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.