ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2026-Lexus-RZ-Exterior-11.jpg


Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun. Model tahun 2026 bagi RZ350e Version L, RZ500e Version L dan RZ550e F Sport kini hadir dengan prestasi yang lebih mengancam serta tahap kecekapan tenaga yang lebih tinggi.


Lexus RZ 2026 Boleh Capai Jarak Perjalanan Lebih Jauh 


2026-Lexus-RZ-Exterior-6.jpg2026-Lexus-RZ-Exterior-7.jpg2026-Lexus-RZ-Interior-2.jpg2026-Lexus-RZ-Interior-1.jpg


RZ500e Version L 


Lexus nampaknya berjaya mengerah potensi maksimum daripada bateri sedia ada (75 kWj dan 77 kWj). Hasil daripada pengoptimuman sistem, jarak perjalanannya kini lebih jauh sehingga mencecah antara 579 km hingga 733 km (mengikut varian).


Lexus turut menyertakan sistem pengecasan yang telah diberikan talaan semula (butiran teknikal belum didedahkan sepenuhnya) supaya tidak perlu menunggu lama menanti kenderaan dicas. Model ini kekal ditawarkan dalam versi motor tunggal (RWD) dan juga dwi-motor (AWD).


Varian F Sport Yang Sporty


2026-Lexus-RZ-Exterior-1.jpg2026-Lexus-RZ-Exterior-2.jpg


 RZ550e F Sport 



Bagi mereka yang mahukan imej lebih garang, Lexus menawarkan varian F Sport yang diberikan pelbagai elemen sporty. Antara ciri yang mencuri tumpuan adalah penggunaan stereng yoke yang unik, persis jet yang diambil daripada model RZ600e.


Stereng ini disambungkan kepada sistem steer-by-wire iaitu teknologi kawalan elektrik tanpa sambungan mekanikal.


Naik Taraf Unik


Lexus menawarkan pakej tambahan yang sangat unik untuk mereka mendambakan aura  pemanduan sebenar yang lebih sporty. Dengan tambahan ¥220,000 (~RM5,702), pembeli boleh mendapatkan pakej Performance Upgrade Boost + Interactive Manual Drive. 


Sistem ini bukan sahaja meningkatkan output kuasa, malah memberikan simulasi penukaran gear manual yang sangat realistik. Ia direka untuk memberi tindak balas dan bunyi seolah-olah anda sedang memandu kereta berenjin petrol yang biasa untuk pengalaman pemanduan yang lebih imersif.  


Adakah Model 2026 Ini Akan Masuk Ke Pasaran Malaysia?


web_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-2.jpgweb_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-3.jpgweb_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-5.jpgweb_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-7.jpgweb_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-10.jpgweb_CariCarz_TA_First-Look_Lexus-RZ450e_Toyota-Beyond-Zero_-9.jpg


Lexus RZ450e Luxury spesifikasi Malaysia ini ditawarkan bermula dari RM429,888.


Jangan menangis, sebab berita buruknya, walaupun model ini sangat menarik, terdapat beberapa faktor yang mungkin menghalang model ini daripada tiba di Malaysia:

  • Isu Cukai 2026: Kerajaan Malaysia dijangka menamatkan insentif pengecualian cukai bagi EV import sepenuhnya (CBU) bermula Januari 2026. Ini akan menyebabkan harga EV CBU melonjak drastik.
  • Status RZ450e Sedia Ada: Lexus Malaysia ketika ini menyenaraikan RZ450e Luxury pada harga RM429,888. Dengan tamatnya tempoh pengecualian cukai, kami menjangkakan model ini akan dikeluarkan daripada senarai jualan tidak lama lagi.

Buat masa ini, peluang untuk melihat Lexus RZ 2026 mendarat di pusat pameran Lexus Malaysia dalam masa terdekat adalah sangat tipis memandangkan kos import yang bakal menjadi terlalu tinggi.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQX8153

SELANGOR

BSQ748

JOHOR

JYW6225

PULAU PINANG

PSC2789

PERAK

APH4485

PAHANG

CFG5006

KEDAH

KGF9162

NEGERI SEMBILAN

NEK4053

KOTA KINABALU

SJR9241

KUCHING

QAB7554N

Terakhir Kemas Kini 19 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

29-12-2025
Global

03-12-2025
Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Global

04-11-2025
Global

31-10-2025
Global

14-10-2025
Global

26-09-2025

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.