ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GR-LFA-Caricarz-(7).jpg


Toyota Gazoo Racing dan Lexus menyerlahkan semangatnya untuk menghasilkan model-model sport tulen baharu dengan pengenalan GR GT, GR GT3 dan kereta konsep Lexus LFA. Kemunculan sekumpulan jentera menggerunkan ini membuktikan misi syarikat automotif Jepun ini untuk meneruskan legasi model berprestasi tinggi agar terus relevan kepada generasi muda. 


Apakah Spesifikasi Enjin & Prestasi Sasaran GR GT?


GR-LFA-Caricarz-(8).jpg


GR GT dilihat sebagai pengganti kepada model ikonik seperti Toyota 2000GT dan Lexus LFA. Model dengan enjin di bahagian hadapan dan sistem pacuan roda belakang, ini dibentuk melalui proses pembangunan yang ketat di trek perlumbaan sebenar, melibatkan penglibatan ‘bos besar’ Toyota sendiri, Akio Toyoda (Morizo).


GR GT menggunakan enjin V8 4.0 liter turbo kembar baharu yang dilengkapi dengan sistem hibrid. Motor elektrik tunggal diintegrasikan ke dalam transaxle belakang, bersama transmisi automatik 8 kelajuan klac basah. 


Toyota menyasarkan sekurang-kurangnya 640 hp (478 kW) dan 850 Nm tork, menjanjikan pengalaman pemanduan berprestasi yang mendebarkan.


Bagaimana Toyota Mencapai Keseimbangan Berat 45:55?


Usaha untuk mencapai pusat graviti yang sangat rendah menjadi keutamaan dalam pembangunan GR GT. Sistem minyak pelincir dry sump (takungan kering) membolehkan enjin diletakkan jauh lebih rendah daripada biasa, 


Selain itu, sistem gear belakang (transaxle) membantu membahagikan berat kereta dengan imbangan 45% di depan dan 55% di belakang. Hasilnya, kereta menjadi sangat stabil dan dengan pengendalian yang lebih tepat semasa mengambil selekoh.


Apakah Inovasi Struktur yang Digunakan GR GT?


GR-LFA-Caricarz-(16).jpg

GR-LFA-Caricarz-(14).jpgGR-LFA-Caricarz-(15).jpg


Dalam pembangunan GR GT, buat pertama kalinya, Toyota menggunakan kerangka aluminium sepenuhnya, di samping gentian karbon diperkuat plastik (CFRP) dan bahan ringan lain, Toyota menyasarkan berat hanya serendah 1,750 kg atau kurang.


GR-LFA-Caricarz-(27).jpgGR-LFA-Caricarz-(26).jpgGR-LFA-Caricarz-(28).jpgGR-LFA-Caricarz-(25).jpg


Sebagai sebuah model berprestasi tinggi, Toyota telah memilih untuk memasangkannya dengan tayar khas, Michelin Pilot Sport Cup 2 dan juga brek seramik karbon Brembo, untuk prestasi litar yang luar biasa. Dedah Toyota, GR GT mampu mencapai kelajuan tertinggi melebihi 320 km/j.


Pembangunan GR GT3 dan Konsep Lexus LFA 


GR-LFA-Caricarz-(11).jpgGR-LFA-Caricarz-(12).jpg


Prototaip GR GT3


GR GT3 mengambil asas rekaan GR GT tetapi diubahsuai sepenuhnya untuk kegunaan litar. Ia dibina mengikut peraturan FIA GT3 bagi pasukan yang bersaing dalam kejohanan besar antarabangsa. Toyota merancang untuk memberikan sokongan menyeluruh kepada pasukan perlumbaan yang memilih jentera ini di seluruh dunia.


GR-LFA-Caricarz-(4).jpgGR-LFA-Caricarz-(6).jpgGR-LFA-Caricarz-(1).jpgGR-LFA-Caricarz-(2).jpgGR-LFA-Caricarz-(3).jpgGR-LFA-Caricarz-(5).jpg


Model konsep Lexus LFA 


Sementara itu, kereta konsep Lexus LFA direka sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan yang lebih menekankan model elektrik. Tujuan pembangunan model konsep ini adalah untuk membuktikan bahawa walaupun dalam versi elektrik, ia masih mampu membangkitkan keterujaan dalam pemanduan. Lexus mahu model baharu ini membawa semangat yang sama seperti LFA V10 asal, tetapi dalam versi sifar emisi. 


Pembangunan ketiga-tiga model ini masih lagi sedang dijalankan. Butiran selanjutnya dijangka akan dikongsikan dalam tempoh beberapa bulan lagi. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ1030

SELANGOR

BST6848

JOHOR

JE2469J

PULAU PINANG

PSF5412

PERAK

APL4621

PAHANG

CFH7304

KEDAH

KGJ1094

NEGERI SEMBILAN

NEL8362

KOTA KINABALU

SJU1209

KUCHING

QAB5610P

Terakhir Kemas Kini 16 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

09-01-2026
Global
Global

18-09-2025
Global

14-07-2025
Global

14-06-2025
Global

04-04-2025
Global

13-01-2025
Global

04-11-2024

Berita Terkini

Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.