ECRL: Landasan Kembar Untuk ECRL Di Klang
Suhana Veru
18-2-2025
Kabinet meluluskan cadangan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) untuk mengubah skop pembinaan daripada landasan tunggal kepada landasan berkembar bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, ia membabitkan jajaran dari Stesen Jalan Kastam di Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Utara (Northport) dan Pelabuhan Barat (Westports) sepanjang 25 kilometer.
.
"Bagi meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel kargo serta kecekapan pengangkutan rel ke Northport dan Westports, Kabinet bersetuju untuk membina landasan berkembar, yang merangkumi landasan tolok standard baharu bagi perkhidmatan ECRL serta mengekalkan landasan tolok meter sedia ada bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Perubahan skop kepada landasan berkembar ini dijangka memberikan impak besar dengan membolehkan perkhidmatan KTMB dan ECRL beroperasi secara bebas tanpa bergantung antara satu sama lain," katanya.
Difahamkan, anggaran kos pembinaan projek ECRL selepas ditambah skop baharu di Seksyen D adalah lebih rendah berbanding kos pembinaan yang dimeterai pada 2017 yang mana jajaran ECRL pada masa itu hanya berakhir di Stesen Jalan Kastam tanpa penyambungan ke Northport dan Westports.
Untuk makluman, Projek ECRL sepanjang 665 kilometer akan merentasi negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Selangor di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijadualkan siap pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi pada Januari 2027.
Sementara itu, sambungan jajaran rel dari Gombak ke Pelabuhan Klang akan siap menjelang Disember 2027 dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2028.
Gallery




Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC3050
SELANGOR
BSE4893
JOHOR
JXW5984
PULAU PINANG
PRQ3954
PERAK
ANV4047
PAHANG
CFB6797
KEDAH
KGA4456
NEGERI SEMBILAN
NEF7363
KOTA KINABALU
SJK7621
KUCHING
QAB3180L
Terakhir Kemas Kini 05 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Terkini
Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tangguh Penyasaran Subsidi RON95
Langkah itu dilihat perlu bagi menunjukkan kerajaan prihatinterhadap kesan di sebalik pelaksanaan tarif timbal balas oleh AS.
05-05-2025
14 Kenderaan Merempuh Sesama Sendiri, Inilah Padah Ikut Rapat Sangat, - Netizen
14 kenderaan berlanggaran sesama sendiri di BKE, awal pagi tadi.
05-05-2025
Bilik Pameran BYD Kini Di Mutiara Damansa, Outlet Ketiga Di Lembah Klang
BYD Sisma Auto membuka bilik pameran kontemporari di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
05-05-2025
Operasi Kereta Api KL–Bangkok Akan Dimulakan Tahun Ini
Kerajaan merancang untuk mewujudkan perkhidmatan kereta api kargo terus dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand dalam usaha memperkukuh hubungan dagangan dua hala.
05-05-2025
Guna Kenderaan Mikromobiliti Di Atas Jalan Awam, Boleh Kena Denda RM1,000, Penjara 3 Bulan
Kenderaan mikromobiliti hanya dibenar digunakan di kawasan yang dikhaskan.
05-05-2025
Bengkel Kereta Terbakar: 20 Kereta, 3 Motosikal Terbakar
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
05-05-2025
Operasi InDrive Di Malaysia Mungkin Tamat – Ini Sebabnya
E-hailing InDrive Malaysia kini berdepan kemungkinan ditamatkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
04-05-2025
Peserta RXZ Fighter Maut, Berlanggar Sesama Sendiri
Dua lagi parah selepas motosikal yang dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri.
03-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat