Operasi Kereta Api KL–Bangkok Akan Dimulakan Tahun Ini

Kerajaan merancang untuk mewujudkan perkhidmatan kereta api kargo terus dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand dalam usaha memperkukuh hubungan dagangan dua hala serta mengintegrasikan ekonomi serantau.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang memaklumkan bahawa cadangan tersebut telah mendapat kelulusan Kabinet dan sokongan penuh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebagai Pengerusi ASEAN, kita mahu melihat perdagangan dalam negara ASEAN bertambah banyak bukan sahaja antara Malaysia-Thailand… ada kesalinghubungan antara Kuala Lumpur-Bangkok, boleh juga ke negara lain sampai ke Laos, China mahupun Asia Tengah,” katanya.

Menurut Loke, lawatannya ke Bangkok baru-baru ini telah membuka laluan kerjasama yang lebih erat bersama Thailand. Beliau sempat bertemu dengan Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Juangroongruangkit, yang juga merangkap Timbalan Perdana Menteri negara itu yang memberikan isyarat positif untuk menjayakan inisiatif ini bersama-sama.
Pelancongan Rel Rentas Negara
Selain perkhidmatan kargo, kedua-dua negara turut berhasrat menghidupkan semula perkhidmatan kereta api penumpang secara langsung dari Kuala Lumpur ke Bangkok tahun ini.
Loke berkata laluan ini bukan sekadar pengangkutan, malah mampu dijadikan produk pelancongan baharu yang menarik, “Umpamanya kalau ada pelancong luar seperti Eropah, guna kereta api ke Kuala Lumpur boleh terus ke Bangkok guna kereta api, begitu juga sebaliknya, ia juga lebih murah berbanding kapal terbang.
“Walaupun mungkin ambil masa 15 ke 16 jam, ia beri peluang kepada mereka untuk melihat keindahan kawasan luar bandar sepanjang laluan antara kedua-dua negara, ia merupakan pengalaman yang baik dan produk yang saya yakin dapat menarik ramai pelancong untuk guna mod pengangkutan ini,” katanya.
Landasan Sedia Ada, Operasi Boleh Dimulakan Segera

Menurut beliau, laluan yang akan digunakan adalah landasan sedia ada yang menghubungkan Bangkok, Padang Besar, Butterworth hingga ke Kuala Lumpur. Oleh itu, tiada keperluan untuk pembangunan infrastruktur baharu secara besar-besaran.
Jelasnya, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan State Railway of Thailand telah diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat persiapan awal untuk memulakan operasi kereta api ini.
Sumber: Malaysia Gazette
Baca: Nak Ke Thailand? Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Thailand Dalam Talian
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS4294
SELANGOR
BSU1650
JOHOR
JF1482J
PULAU PINANG
PSG380
PERAK
APL8421
PAHANG
CFH8954
KEDAH
KGJ3186
NEGERI SEMBILAN
NEM1578
KOTA KINABALU
SJU3825
KUCHING
QAB6843P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Projek HSR KL-Singapura Bakal Dilaksanakan Semula?
Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik sebarang usaha dan perancangan untuk menghidupkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).
15-12-2023
Jualan Tiket KTMB Enam Bulan Lebih Awal Bermula Hujung Bulan Ini
Sistem jualan tiket bulanan secara berperingkat diperkenalkan.
28-07-2023
Kereta Api Rentas Kepulauan Borneo Sedang Dipertimbangkan?
Sarawak telah mengusulkan pembinaan perkhidmatan kereta api merentasi Kepulauan Borneo.
28-05-2023
Rel Penghubung Malaysia-China Bakal Dibina – Anthony Loke
Pembangunan rangkaian rel yang menghubungkan Malaysia dan China yang bermula Kuala Lumpur atau Johor Bahru sehingga Kunming, China kini sedang dipertimbangkan Kementerian Pengangkutan.
16-03-2023
Penumpang Kereta Api Jakarta 'Diserang' Zombi! Rupanya Ini Satu Strategi...
Penumpang LRT Jakarta diserang zombi? Ini kisah di sebaliknya...
09-09-2022
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
