ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV Perodua Dijual Tanpa Bateri, Ini Penjelasan Perodua..

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pada minggu lepas, kecoh mengenai kenderaan elektrik pertama Perodua yang bakal dijual pada harga RM80,000, berkemungkinan besar akan dijual tanpa bateri.

Namun ini tidak bermakna, EV Perodua tidak didatangkan bateri tetapi Perodua tampil dengan konsep yang cukup berbeza memandangkan Perodua akan melaksanakan Skim Pajakan Bateri secara pajakan atau leasing.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengakui cara menawarkan EV mereka  pada harga  RM80,000 itu adalah dengan menjualnya tanpa bateri.

"Bateri akan disewa secara pajakan atau 'leasing' kepada pembeli," katanya ringkas kepada media.

Ini bermakna, pembeli  akan membeli EV itu tetapi membayar "sewa" untuk bateri kerana ia milik Perodua.

image.pngimage.png

Difahamkan, skim pajakan bateri EV menyebabkan harga EV Perodua dijual pada harga mampu milik namun pada masa sama menjamin pemilik agar sentiasa mendapat bateri dalam keadaan terbaik.

"Untuk projek EV ini, Perodua menggunakan teknologi yang dibangunkan sendiri dengan bantuan dari vendor-vendor tempatan dan luar negara," katanya.

Di sebalik idea ini, PERODUA adalah syarikat pertama di Malaysia yang hadir dengan konsep yang cukup berbeza dengan menjual EV pada harga marhaen dan si pembeli pula dikehendaki menyewa bateri secara berasingan.

Langkah ini dilihat bertujuan untuk menangani kebimbangan para pembeli terutamanya dari segi  masalah penurunan prestasi bateri (battery degradation). 

image.png

Apa yang cukup menarik ialah apabila bateri mengalami masalah, bateri akan ditukar secara percuma.

Pendek kata, ia seolah-olah para pembeli diberi waranti untuk seumur hidup!

Di sebalik skim leasing, ini bermakna, tindakan mengitar semula bateri itu  akan menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak pengeluar.

Apa pula pandangan anda mengenai idea Perodua yang menjual EV tanpa bateri?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4558

SELANGOR

BST7656

JOHOR

JE4089J

PULAU PINANG

PSF6149

PERAK

APL5332

PAHANG

CFH7568

KEDAH

KGJ1493

NEGERI SEMBILAN

NEL8915

KOTA KINABALU

SJU1583

KUCHING

QAB5778P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-09-2026
EV

15-09-2026
Berita Auto

14-09-2026
Berita Auto

07-07-2026
Berita Auto

18-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

06-02-2026
Berita Auto

13-01-2026

Berita Terkini

EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.