Kiosk Sentuhan MADANI: Pelbagai Urusan Kerajaan Melalui Satu Mesin!
Dalam usaha mempermudah akses kepada perkhidmatan kerajaan, Kiosk Sentuhan MADANI diperkenalkan sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan lebih 100 perkhidmatan utama.
Melalui kiosk ini, orang ramai boleh menyelesaikan pelbagai urusan termasuk:
- Pembaharuan cukai jalan & lesen memandu (JPJ)
- Perkhidmatan Pos Malaysia
- Pembayaran bil elektrik (TNB)
- Semakan & transaksi KWSP
- Urusan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
- Penggunaan MyDigital ID
Konsep ini bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam, terutama bagi mereka yang tidak sempat berurusan dalam waktu pejabat.
Perluasan ke 30 Lokasi dalam 36 Bulan
Kerajaan menyasarkan untuk memperluaskan ketersediaan Kiosk Sentuhan MADANI ke 30 lokasi dalam tempoh tiga tahun. Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Unit Pantau MADANI, Mohd Khalid Mohamed Latiff, kejayaan projek ini bergantung kepada kerjasama sektor swasta dan korporat.
“Kami mengalu-alukan penyertaan syarikat korporat untuk bersama-sama menjayakan inisiatif ini. Sebagai contoh, MRCB telah menyediakan lokasi di KL Sentral, manakala Putrajaya Holdings menawarkan tapak di Alamanda,” katanya.
Sambutan Positif, Transaksi Cecah Ribuan
Sejak diperkenalkan, Kiosk Sentuhan MADANI menerima sambutan menggalakkan. Di Alamanda Putrajaya sahaja, sebanyak 4,689 transaksi direkodkan pada Januari 2025, dengan perkhidmatan KWSP mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,981 transaksi.
Melihat kejayaan ini, kerajaan kini dalam perbincangan dengan pihak korporat di Johor bagi memperluaskan lagi konsep ini ke negeri tersebut.
KL Sentral & One Utama Antara Lokasi Baharu
Pada Khamis, Kiosk Sentuhan MADANI KL Sentral dilancarkan secara rasmi. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, optimis lokasi ini akan mencatatkan prestasi lebih baik berbanding Alamanda kerana beberapa penambahbaikan telah dilakukan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pula mengumumkan bahawa kiosk ketiga bakal dibuka di One Utama, Petaling Jaya pada April ini.
Aspirasi Pendigitalan Kerajaan
Kiosk Sentuhan MADANI merupakan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.
Ia selaras dengan agenda pendigitalan kerajaan yang bertujuan untuk menyatukan pelbagai perkhidmatan kerajaan dalam satu lokasi, memudahkan rakyat menguruskan keperluan rasmi di luar waktu pejabat dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPM4921
SELANGOR
BSG7503
JOHOR
JYE4625
PULAU PINANG
PRT785
PERAK
ANY6891
PAHANG
CFD485
KEDAH
KGB6356
NEGERI SEMBILAN
NEG6323
KOTA KINABALU
SJL9999*
KUCHING
QAB8364L
Terakhir Kemas Kini 04 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
EURO 5 B7
RM 3.11
Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025
Berita Terkini
SAH! Jenama Lepas Masuk Malaysia Sebab Dah Ada IG Rasmi?
Laman Instagram baharu yang bernama Lepas Malaysia (@lepasmalaysia) sudah pun wujud sejak beberapa hari lalu.
02-08-2025
Bridgestone Turanza 6 Kini Di Malaysia – Lebih Senyap, Gerak Lebih Jauh
Bridgestone Malaysia memperkenalkan model tayar andalan (flagship) terbaru, Turanza 6, yang menjanjikan pemanduan lebih senyap, selesa dan stabi.
02-08-2025
Projek LRT3 Siap 99%, Bakal Beri Manfaat Kepada 2 Juta Penduduk
Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia kini hampir siap dengan kemajuan 99.21 peratus setakat 10 Julai lalu.
01-08-2025
999 Unit Proton X50 Facelift 2025 Diserah Kepada Pelanggan Dalam 5 Hari!
Dalam lima hari, Proton telah menyerahkan 999 unit Proton X50 Facelift 2025 kepada para pelanggannya.
01-08-2025
Tiggo 7 PHEV CSH Terbukti Lasak, Lulus Ujian Sagat Bateri Di Mexico
Chery meneruskan jelajah global Chery Safety Challenge dengan sesi ujian di Mexico, di mana model terbarunya, Tiggo 7 PHEV CSH, diuji dalam ujian sagat bateri atau Battery Scrape Test.
01-08-2025
Johor Cadang RTS Kedua Hubungkan Tuas - Iskandar Puteri , Kukuhkan Lagi Hubungan Ekonomi
Kerajaan negeri Johor mencadangkan supaya sistem pengangkutan baharu dikenali sebagai Rapid Transit System 2 (RTS2) dihubungkan dari Tuas ke Iskandar Puteri.
01-08-2025
Chery Tiggo Cross CKD Mula Dipasang Di Kilang Inokom, Kulim
Chery Tiggo Cross kini mula dihasilkan di kilang pemasangan Inokom di Kulim, Kedah.
01-08-2025
Tol Ditangguh, Hanya Tahun Ini Sahaja, - Menteri
Penangguhan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini hanyalah untuk tahun ini sahaja.
01-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat