ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-BMW-i5-eDrive40MSportPro-CKD-3.jpg


BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro. Apa yang menarik, ini merupakan kali pertama sedan elektrik ini dipasang secara tempatan (CKD), yang pertama bagi seluruh rantau Asia-Pasifik.


Apa Yang Berbeza Dari Segi Rekaan Untuk Versi CKD & M Sport Pro Ini?


2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-7.jpg2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-6.jpg


Varian CKD ini menerima sentuhan estetik yang lebih menyerlah dan sporty daripada versi standard:

  • Wajah Depan ‘Garang’: Gril BMW Iconic Glow yang bercahaya kini dipadankan dengan kemasan Shadowline dan lampu hadapan Adaptive LED.
  • Rim Agresif: Rim M Aerodynamic 20 inci gaya 939M dua tona (Hitam/Kelabu) menyerlahkan lagi angkup brek M Sport berwarna biru metalik di dalamnya.
  • Sentuhan M: Spoiler belakang M berwarna hitam berkilat dan kemasan High-gloss Shadowline memberikan profil yang lebih atletik.

2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-8.jpg2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-12.jpg2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-10.jpg2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-15.jpg


Untuk model ini, lima warna menarik ditawarkan iaitu Black Sapphire, Mineral White, Brooklyn Grey, Phytonic Blue dan Oxide Grey.


Bagaimana Pula Dengan Ruang Kabin i5 eDrive40 M Sport Pro?


2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-16.jpg2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-17.jpg2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-33.jpg2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-19.jpg


Melangkah masuk ke ruang dalam, sentuhan M Sport diteruskan dengan penggunaan bahan premium pada segenap sudut:

  • Sentuhan Premium: Stereng kulit M, tali pinggang keledar M, serta kemasan dalaman berwarna perak gelap atau Dark Silver M yang digabungkan dengan gentian karbon. 
  • Tempat Duduk Mewah: Kerusi sport elektrik kini dibalut kulit asli BMW Individual Merino (pilihan warna hitam atau kelabu).
  • Teknologi Canggih: Masih mengekalkan BMW Curved Display (12.3 inci + 14.9 inci) dengan OS 8.5, bumbung kaca panorama, sistem audio Bowers & Wilkins 17 pembesar suara (655 watt) serta kamera dalaman.

Apakah Perubahan Yang Dibuat Dari Segi Mekanikal? 


2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-3.jpg


Model ini masih menggunakan motor elektrik tunggal (RWD) dengan hamburan kuasa yang sama, 335 hp (250 kW) dan tork 430 Nm yang membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j hanya dalam 6.0 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan pada 193 km/j.


2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-14.jpg


 i5 CKD masih menawarkan ruang but dengan kapasiti 490 liter. 


Bagaimanapun, beberapa ciri mekanikalnya telah dipertingkatkan untuk pengalaman pemanduan lebih mantap, termasuk sistem Adaptive M Suspension Professional dengan Integral Active Steering (stereng roda belakang), serta sistem brek M Sport.   


Perubahan juga dibuat pada sistem baterinya, yang mana i5 CKD baharu ini telah dinaiktaraf dengan penukar silikon-karbida (SiC) serta teknologi pengurusan bateri dan terma yang lebih maju, termasuk sistem pemulihan tenaga (recuperation) adaptif dan pam haba pintar. Hasilnya, i5 eDrive40 M Sport Pro CKD ini mampu mencapai jarak gerak WLTP yang lebih jauh sehingga 627 km menerusi pek bateri 83.9 kWj. 


Berapa Lama Masa Diambil Untuk Dicas?


2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-1.jpg


Pemilik i5 CKD ini tidak perlu menunggu lama di stesen pengecasan:

  • Pengecasan AC (Rumah/Pejabat): Menyokong sehingga 22 kW. Cas penuh (0-100%) mengambil masa sekitar 4 jam 15 minit.
  • Pengecasan Pantas DC: Menyokong sehingga 205 kW. Dari 10% ke 80% hanya memerlukan masa 34 minit!

Apakah Teknologi Keselamatan Yang Disediakan?


2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-4.jpg


Model ini didatangkan dengan pakej bantuan pemanduan profesional secara standard, merangkumi ciri seperti berikut:

  • Kawalan jarak dengan ciri henti & gerak 
  • Bantuan kawalan stereng dan laluan.
  • Perlingdungan pelanggaran sisi
  • Amaran salah jalan
  • Bantuan parkir: Memudahkan parkir dengan paparan 3D 
  • BMW Drive Recorder (dashcam terbina dalam) yang juga berfungsi sebagai perakam anti-kecurian.

Berapakah Harga Dan Pilihan Waranti Yang Ditawarkan?


2026-BMW-i5-eDrive40-MSportPro-CKD-5.jpg


Model ini ditawarkan di pasaran pada harga serendah RM368,800. Ini termasuk waranti kenderaan 2 tahun tanpa had perbatuan serta waranti bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000 km.


Sekiranya mahukan ketenangan tambahan, harganya ialah RM392,300 yang merangkumi pakej BMW Service & Repair Inclusive, menjadikan waranti kenderaan lebih panjang iaitu kepada 5 tahun, serta pakej servis 6 tahun (kedua-duanya tanpa had perbatuan).

Caricarz-MBA-BMW-i5-eDrive40MSportPro-CKD-4.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG6213

SELANGOR

BSR7046

JOHOR

JA4988J

PULAU PINANG

PSD9306

PERAK

APJ9542

PAHANG

CFH2047

KEDAH

KGH1709

NEGERI SEMBILAN

NEK9641

KOTA KINABALU

SJT1521

KUCHING

QAB2241P

Terakhir Kemas Kini 20 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

10-02-2026
Kereta Baru

03-02-2026
Global

22-01-2026
Kereta Baru

20-01-2026
Kereta Baru

02-01-2026
Kereta Baru

15-10-2025
Berita Auto

15-10-2025
Kereta Baru

08-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.