Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Percaya atau tidak, Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.
Ini bermakna satu kenderaan dieksport pada setiap 23 saat sepanjang tahun tersebut.
Pencapaian ini sebenarnya digapai selepas pengeluar automotif berpangkalan di Wuhu itu mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak 2,806,393 kenderaan tahun lalu, sekali gus merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) yang ketara sebanyak 17.4%.


Jumlah eksport yang memberangsangkan ini secara kumulatif telah meningkatkan jumlah keseluruhan eksport Chery kepada 5.85 juta kenderaan, dengan eksport bulanan kini melepasi 140,000 unit buat pertama kali pada tahun 2025.
Jika diperincikan mengikut sub-jenama, tidak menghairankan bahawa jenama Chery sendiri mendahului carta jualan, apabila sebanyak 1,700,940 kenderaan Chery terjual pada tahun 2025.
Antara model paling laris ialah Tiggo 8, yang muncul sebagai SUV bersaiz sederhana berkuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) paling laris di China selama sembilan tahun berturut-turut, manakala Arrizo 8 mengekalkan jualan bulanan melebihi 10,000 unit selama 16 bulan berturut-turut.
Exeed RX (juga dikenali sebagai Exeed Yaoguang / Omoda C9)!


Beralih kepada cabang premiumnya, jenama Exeed mencatatkan sebanyak 120,369 unit penghantaran, dengan SUV Yaoguang (juga dikenali sebagai Exeed RX atau Omoda C9) muncul sebagai salah satu model terpenting jenama tersebut.
Ditawarkan dalam versi enjin pembakaran penuh serta hibrid plug-in, SUV bersaiz sederhana ini kini dijual di lebih 19 negara di seluruh dunia dan menduduki tempat tiga teratas di pasaran Eropah utama seperti Sepanyol dan Itali.

Bagi jenama Jetour pula, iaitu cabang kenderaan lasak Chery, prestasi positif turut dicatatkan pada tahun 2025 dengan sebanyak 622,590 kenderaan telah dihantar kepada pelanggan pada tahun lalu.
Jualan terkumpul jenama ini juga telah melepasi satu juta unit selepas tujuh tahun sejak penubuhannya. Antara model utama jenama ini ialah Jetour Traveller, yang turut dikenali sebagai T2 di beberapa pasaran termasuk Malaysia.


Tidak ketinggalan jenama Luxeed yang mencatatkan jualan sebanyak 90,493 kenderaan pada tahun 2025, dengan penghantaran bulanannya kini melebihi 10,000 unit selama tiga bulan berturut-turut dari Oktober hingga Disember tahun lalu.
Ditubuhkan melalui kerjasama dengan gergasi teknologi Huawei, jenama Luxeed kini merangkumi dua model, iaitu crossover Luxeed R7 dan sedan fastback yang lebih sporty, Luxeed S7.
Tahniah Chery!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4090
SELANGOR
BSU3327
JOHOR
JF4792J
PULAU PINANG
PSG2933
PERAK
APM1304
PAHANG
CFH9748
KEDAH
KGJ4110
NEGERI SEMBILAN
NEM2359
KOTA KINABALU
SJU4874
KUCHING
QAB7358P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton X90 2026 Atau Chery Tiggo 8 PRO, Mana Satu Untuk Anda
Ini perbandingan antara Proton X90 2026 vs Chery Tiggo 8 PRO.
16-03-2026
Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888
Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.
09-01-2026
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza
Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.
12-11-2025
Letupan Gas Putra Heights: 25 Mangsa Sudah Terima Kereta Chery
Sebanyak 25 kenderaan itu diserahkan pada hari ini manakala baki 25 lagi akan diserahkan pada Selasa depan.
04-04-2025
Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model
Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju?
20-12-2024
Chery Tawar Diskaun 50% Untuk Atlet Yang Bawa Pulang Pingat Emas
Chery Malaysia menawarkan diskaun eksklusif sehingga 50% untuk para atlet Olimpik dan Paralimpik yang melakar kejayaan pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, baru-baru ini.
18-09-2024
[PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...
Ini pendapat jujur kami tentang Chery Tiggo 7 Pro.
15-07-2024
Chery Tiggo 8 Pro Ditawarkan Dalam Warna Baharu! Hijau Elegan, Hanya 120 Unit
Chery Malaysia akan mengeluarkan 120 unit terhad Tiggo 8 Pro dengan warna eksklusif, Aurora Green.
03-04-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
