Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah
Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.
Model ini yang diletakkan sebagai varian aras permulaan dalam barisan Tiggo 8 dan hadir dalam satu varian ditawarkan pada harga hanya RM129,800 – kira-kira RM30,000 lebih murah berbanding Tiggo 8 Pro dan Tiggo 8 Pro PHEV CSH.
Varian ini disumbat dengan enjin petrol 1.6 liter 4-silinder pengecas turbo dengan suntikan terus, yang mana ia mampu menghasilkan kuasa 197 PS dan 290 Nm. Enjin ini terus dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan untuk memacu roda hadapan (FWD).

Selain prestasi yang memberangsangkan, Chery menegaskan bahawa varian baharu Tiggo 8 ini kekal menumpukan kepada kecekapan bahan api, dengan penggunaan purata serendah 7.0 liter/100 km.
Sebagai rujukan, model Tiggo 8 Pro yang dilengkapi enjin petrol 2.0 liter 4-silinder yang lebih besar menghasilkan 256 HP dan 390 Nm, manakala Tiggo 8 PHEV CSH berkuasa elektrik pula kekal sebagai yang paling bertenaga dalam rangkaian ini dengan 279 PS dan 365 Nm.


Di sebalik penggunaan rangkaian kuasa yang lebih kecil, kebanyakan spesifikasi dan ciri lain dalam varian aras permulaan baharu ini hampir menyamai versi Tiggo 8 Pro. Antaranya termasuk pakej penuh sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS).
Antara kelengkapan lain, ia hadir dengan bantuan ADAS seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Perlanggaran Hadapan dan Belakang (FCW & RCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Keluar Lorong (LDW), dan banyak lagi. Ini dilengkapi dengan ciri keselamatan asas seperti 6 beg udara, sauh kerusi kanak-kanak ISOFIX, ABS, ESP, TCS, dan lain-lain.


Selain itu, kemudahan premium yang ditawarkan termasuk paparan instrumen digital 10.25 inci, skrin sentuh infotainmen tengah 12.3 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio Sony 8 pembesar suara, pencahayaan ambien kabin, tempat duduk hadapan larasan kuasa, kamera parkir 360 darjah, dan banyak lagi.

Sempena pelancarannya, Chery Tiggo 8 2026 turut hadir dengan Pakej Pelancaran istimewa bernilai RM13,700. Pakej ini merangkumi jaminan asas kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, serta jaminan enjin berasingan selama 10 tahun atau 1,000,000 km.
Malah, pakej pelancaran ini juga menambah pelan servis percuma selama 5 tahun yang merangkumi semua kos, serta Program Insurans Chery selama 1 tahun.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQU3090
SELANGOR
BSP3104
JOHOR
JYU9853
PULAU PINANG
PSB4711
PERAK
APG7162
PAHANG
CFG2490
KEDAH
KGF3792
NEGERI SEMBILAN
NEK1568
KOTA KINABALU
SJR4265
KUCHING
QAB5661N
Terakhir Kemas Kini 22 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


