ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Suhana Veru

Kongsi melalui


Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

Model ini yang diletakkan sebagai varian aras permulaan dalam barisan Tiggo 8 dan hadir dalam satu varian  ditawarkan pada harga hanya RM129,800 – kira-kira RM30,000 lebih murah berbanding Tiggo 8 Pro dan Tiggo 8 Pro PHEV CSH.

Varian ini disumbat dengan  enjin petrol 1.6 liter 4-silinder pengecas turbo dengan suntikan terus, yang mana ia mampu menghasilkan kuasa  197 PS dan 290 Nm. Enjin ini terus dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan untuk memacu roda hadapan (FWD).

image.png

Selain prestasi yang memberangsangkan, Chery menegaskan bahawa varian baharu Tiggo 8 ini kekal menumpukan kepada kecekapan bahan api, dengan penggunaan purata serendah 7.0 liter/100 km. 

Sebagai rujukan, model Tiggo 8 Pro yang dilengkapi enjin petrol 2.0 liter 4-silinder yang lebih besar menghasilkan 256 HP dan 390 Nm, manakala Tiggo 8 PHEV CSH berkuasa elektrik pula kekal sebagai yang paling bertenaga dalam rangkaian ini dengan 279 PS dan 365 Nm.

image.pngimage.png

Di sebalik penggunaan rangkaian kuasa yang lebih kecil, kebanyakan spesifikasi dan ciri lain dalam varian aras permulaan baharu ini hampir menyamai versi Tiggo 8 Pro. Antaranya termasuk pakej penuh sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS).

Antara kelengkapan lain, ia hadir dengan bantuan ADAS seperti  Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Perlanggaran Hadapan dan Belakang (FCW & RCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Keluar Lorong (LDW), dan banyak lagi. Ini dilengkapi dengan ciri keselamatan asas seperti 6 beg udara, sauh kerusi kanak-kanak ISOFIX, ABS, ESP, TCS, dan lain-lain.

image.pngimage.png

Selain itu, kemudahan premium yang ditawarkan termasuk paparan instrumen digital 10.25 inci, skrin sentuh infotainmen tengah 12.3 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio Sony 8 pembesar suara, pencahayaan ambien kabin, tempat duduk hadapan larasan kuasa, kamera parkir 360 darjah, dan banyak lagi.

image.png

Sempena pelancarannya, Chery Tiggo 8 2026 turut hadir dengan Pakej Pelancaran istimewa bernilai RM13,700. Pakej ini merangkumi jaminan asas kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, serta jaminan enjin berasingan selama 10 tahun atau 1,000,000 km.

Malah, pakej pelancaran ini juga menambah pelan servis percuma selama 5 tahun yang merangkumi semua kos, serta Program Insurans Chery selama 1 tahun.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRV2733

SELANGOR

BSU5720

JOHOR

JG2834J

PULAU PINANG

PSG6948

PERAK

APM4480

PAHANG

CFJ2077

KEDAH

KGJ5615

NEGERI SEMBILAN

NEM3747

KOTA KINABALU

SJU6654

KUCHING

QAB8130P

Terakhir Kemas Kini 23 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

22-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
Berita Auto

12-10-2026
Berita Auto

08-10-2026
Berita Auto

04-06-2026
Teknologi

10-04-2026
Berita Auto

11-03-2026
Berita Auto

13-02-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.