EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.
Menjawab kegelisahan itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini tampil lebih proaktif untuk menjelaskan mekanisma keselamatan canggih yang melindungi pengguna, sekali gus menepis mitos bahaya EV dalam air.
Adakah Memandu EV Dalam Banjir Boleh Menyebabkan Renjatan?
Menurut TNB, EV moden telah direkayasa dengan pelbagai lapisan perlindungan yang ‘kebal’ untuk memastikan risiko renjatan elektrik hampir sifar:
- Bateri Kedap Udara: Pek bateri dilindungi dengan baik di dalam struktur khas yang tertutup rapi.
- Penebat Voltan Tinggi: Semua kabel kuasa tinggi mempunyai penebat khas bagi menghalang kebocoran arus.
- Sistem "Auto Cut-Off": Bekalan kuasa akan terputus secara automatik serta-merta apabila sistem mengesan sebarang keadaan tidak normal atau litar pintas.
Bagaimana Pula Dengan Keselamatan Stesen Pengecas?
Bukan sahaja kereta, malah infrastruktur pengecasan juga dibina dengan ciri keselamatan tinggi:
- Kalis Air & Debu
- Sensor Kelembapan: Kebanyakan pengecas dilengkapi penderia yang akan mematikan operasi jika dikesan tahap kelembapan melampau.
- Sistem ‘Tendang Litar’ Automatik: Peranti keselamatan seperti suis pemutus litar automatik (auto-trip) memastikan litar terputus sebelum sebarang kejadian berbahaya berlaku.
- Pemantauan Sepanjang Masa: Kebanyakan lokasi pengecasan kini dilengkapi CCTV dan alat pengesan banjir bagi membolehkan intervensi awal dapat dilakukan.
Apakah Langkah Keselamatan Yang Diambil CPO Untuk Mengelakkan Isu Sekiranya Banjir?
Ketua Pegawai Teknologi DC Handal, Esa Fawsal Salleh, mengesahkan bahawa pengecas mereka mempunyai sistem kecemasan yang pintar.
"Pengecas kami dipasang dengan sensor banjir yang akan mematikan bekalan kuasa utama sebelum air sempat menenggelamkan peralatan.
Selain itu, jika pintu akses pengecas dibuka secara paksa, komponen berkuasa tinggi akan terus bertukar ke mod sedia atau standy demi keselamatan," jelas beliau.
Juga Menarik: DC Handal Lancar Hab Pengecasan EV 1.2 MW Di Johor – Tiada Had Masa, Dari RM1.30 kWj
Adakah Grid Elektrik Negara Terancam Dalam Banjir?
TNB memberi jaminan bahawa risiko terhadap rangkaian grid elektrik adalah sangat rendah:
- Sistem Rangkaian Pintar: Stesen pengecas dipantau melalui sistem rangkaian pintar yang membolehkan TNB mengesan gangguan dengan cepat.
- Analisis Banjir: TNB menggunakan alat analisis data banjir untuk memantau kawasan berisiko tinggi secara langsung, membolehkan pemeriksaan proaktif dijalankan sebelum bencana melanda.
Pernahkah Berlaku Kes Renjatan Elektrik EV Di Malaysia?
Presiden Persatuan Kenderaan Pelepasan Zero (ZEVA), Wan Ahmad Zam Zam Wan Abd Wahab, menegaskan bahawa sehingga kini tiada sebarang laporan insiden renjatan elektrik membabitkan stesen pengecas EV semasa banjir.
Beliau menambah bahawa kebanyakan fasiliti pengecasan di Malaysia mematuhi piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST). Komponen kritikal biasanya dipasang pada kedudukan yang lebih tinggi bagi mengelakkan sentuhan terus dengan air, selain dilengkapi dengan mekanisme pemati sistem automatik sekiranya situasi abnormal dikesan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5340
SELANGOR
BSU3556
JOHOR
JF5411J
PULAU PINANG
PSG3408
PERAK
APM1667
PAHANG
CFJ246
KEDAH
KGJ4232
NEGERI SEMBILAN
NEM2475
KOTA KINABALU
SJU5042
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
-full_normal.jpg)

-full_normal.jpg)