GWM Wey G9 Hi4 PHEV Dilancarkan - RM269,800

Great Wall Motor (GWM) Malaysia secara rasminya melancarkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV di pasaran sebentar tadi.
MPV premium tenaga baharu (PHEV) ini dijual pada harga RM269,800 namun harga itu tidak termasuk insurans.
Apa yang menarik, 1,000 pelanggan terawal yang menempah MPV ini akan menerima skrin infotainmen pada barisan tempat kedua.

GWM Malaysia turut menawarkan beberapa faedah untuk pemilikan standard pemilikan standard 5 tahun data perkhidmatan berhubung percuma, 5 tahun penyelenggaraan percuma, pengecas wallbox rumah percuma, Perlindungan jaminan, Jaminan kenderaan 6 tahun dengan perbatuan tanpa had Jaminan sistem hibrid selama 8 tahun atau 180,000 km, meliputi pek bateri, motor kuasa dan unit kawalan.

Bagi yang berminat, WEY G9 hadir dalam warna Aurora White, Wisdom Grey dan Nebula Black manakala warna kemasan dalam kabin pula, black dan brown.
Untuk makluman anda, G9 disumbat dengan enjin 1.5 liter 4-silinder turbo petrol, bersama dua motor elektrik serta sebuah pek bateri besar 44.2 kWh. Secara keseluruhan, model ini mampu memnghasilkan kuasa setakat 442 PS (436 hp) dan tork sehingga 642 Nm.


Segala kuasa ini dikawal oleh transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) 4-kelajuan bersama sistem all-wheel-drive (AWD) pintar. Selain itu, MPV ini menawarkan tiga mode pemanduan iaitu EV Mode, EV Priority Mode dan Smart Hybrid Mode.
Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 5.7 saat dengan kelajuan maksimum (V-max) 200 km/j. Pendek kata, tidak ada siapa yang akan menggelarnya sebagai ‘lembap’.
Menurut GWM, ia menawarkan jarak elektrik sehingga 170 km. Kehadiran sokongan pantas DC (DCFC) yang mampu mengisi semula dari 30% ke 80% hanya dalam masa 26 minit.


Sementara itu, purata penggunaan bahan api pula serendah 1.2 liter/100 km dengan jarak perjalanan gabungan sehingga 1,000 km.
Menjengah bahagian kabinnya, ia cukup luas dan nyata berbaloi dibeli bagi mereka yang memounyai keluarga besar.
Dari segi dimensi, MPV ini berukuran 5,050 mm (panjang), 1,985 (lebar)mm| 1,900mm tinggi manakala jarak roda pula 3,085 mm.


Seperti biasa, MPV ini juga tidak ketinggalan daripada menawarkan ciri-ciri premium seperti bahagian kerusinya dibaluti dengan kulit Nappa ditawarkan bersama fungsi urutan 10 zon, ventilasi, dan kerusi graviti sifar untuk barisan kedua. Turut dilengkapi ialah peti sejuk pintar 12.5L dengan mod sejuk, panas dan fresh-keeping, sesuai untuk menyimpan pelbagai barangan.

Tidak ketinggalan, ia hadir dengan kluster digital bersaiz 12.3 inci, skrin infotainmen 15.6 inci, bumbung 17.6 inci, ada sambungan CarPlay dan Adroid Auto, 21 speaker 2,440W premium audio, lampu ambien dan sebenarnya banyak lagi.

Dari segi ciri-ciri keselamatan, ia menerapkan ciri perlindungan dengan cukup baik sehinggakanciri itu diperluaskan secara menyeluruh ke ketiga-tiga barisan tempat duduk.
Struktur badan kenderaan ini terdiri daripada lebih 83.01 peratus keluli berkekuatan tinggi, dengan tiang-tiang kritikal diperkukuhkan menggunakan bahan berkadar antara 1,500 hingga 2,000 MPa, serta struktur bumbung yang mampu menahan tekanan sehingga 12 tan.

Beg udara tirai sepanjang penuh meliputi semua barisan tempat duduk, manakala sistem bateri telah disahkan melalui 89 ujian keselamatan yang ketat.
Kenderaan ini juga dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju Tahap 2 (ADAS), menawarkan lebih daripada 20 ciri keselamatan pintar yang direka untuk menyokong pemandu dan melindungi penumpang dalam situasi pemanduan harian.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQV7320
SELANGOR
BSP5257
JOHOR
JYV5940
PULAU PINANG
PSB7320
PERAK
APH504
PAHANG
CFG3565
KEDAH
KGF5623
NEGERI SEMBILAN
NEK2577
KOTA KINABALU
SJR6086
KUCHING
QAB6551N
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!
GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.
07-03-2026
Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV, Beli Demi Keselesaan
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik pertama MPV, GWM WEY G9 Hi4 PHEV dan diumumkan sebagai duta jenama Wey di Malaysia.
29-01-2026
GWM Labuhkan Tirai 2025 Dengan Prestasi Cemerlang, Catat Pertumbuhan 177%
GWM Malaysia melabuhkan tirai 2025 dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 177% berbanding tahun sebelumnya.
15-01-2026
MPV Mewah China, GWM WEY G9 CKD Mula Dipasang Di Kilang EPMB Melaka
GWM Malaysia dengan bangganya telah memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) untuk model premium GWM WEY G9 di kilang EP Manufacturing Bhd (EPMB) di HICOM Pegoh, Melaka.
12-12-2025
GWM Wey G9 Dilancar Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?
Wey G9 sudah pun memasuki pasaran Thailand, baru-baru ini.
04-12-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
Berita Terkini
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
