Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X, baru-baru ini.
Zeekr 8X yang merupakan SUV berprestasi tinggi dijadualkan membuat penampilan sulung globalnya pada separuh pertama tahun 2026 (1H 2026).
Seperti mana Zeekr 9X, Zeekr 8X ini juga dibina berasaskan platform SEA-S milik Geely, dan menampilkan seni bina bateri 900 volt yang menyokong pengecasan pantas sehingga 6C.

Walaupun angka terperinci masih belum didedahkan, kita boleh menjangkakan 8X akan menggunakan rangkaian kuasa PHEV yang sama seperti 9X, yang mana ia mungkin hadir dengan tiga motor dan mampu menghasilkan kuasa lebih 1,000 hp.
Untuk membantu 8X mengharungi permukaan lasak, SUV PHEV ini dilengkapi dengan sistem Haohan AI Digital Chassis proprietari Zeekr. Dalam senario pemanduan ekstrem seperti tayar pecah di permukaan basah, sistem ini membantu 8X membrek dan berhenti dengan selamat serta stabil, selain mampu menyesuaikan pelbagai keadaan luar jalan termasuk salji tebal, lumpur, pasir dan batu.

Daripada imej teaser, 8X yang diselubungi dengan pelekat penyamaran kelihatan mengekalkan reka bentuk SUV berbentuk kotak seperti 9X, namun dalam saiz yang kelihatan lebih kecil. Untuk makluman, Zeekr 9X mempunyai panjang 5,239 mm, lebar 2,029 mm, tinggi 1,819 mm, serta jarak roda 3,169 mm.

Melihat bahagian luarannya, ia hadir dengan lampu hadapan LED berbentuk C, rekaan gril hadapan yang ringkas dengan bukaan udara bawah yang lebar, unit LiDAR yang dipasang di bumbung, lampu belakang LED penuh lebar dengan hujung berbentuk C ala Zeekr 7X, pemegang pintu biasa, serta rim aloi hitam berkilat bersaiz besar dengan angkup brek berwarna merah.
Dikhabarkan, Zeekr 8X dijangka menampilkan pakej bantuan pemanduan termaju G-Pilot milik Geely. Laporan tempatan turut menyatakan bahawa SUV ini mungkin ditawarkan dalam konfigurasi tempat duduk lima, enam atau tujuh tempat duduk.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Zeekr 8X dijadualkan membuat debutnya pada separuh pertama 2026.
Memandangkan Zeekr 9X kini dijual pada harga bermula 465,900 yuan (RM270,334) di China, CarNewsChina melaporkan bahawa harga Zeekr 8X mungkin dijual sekitar 430,000 yuan (RM249,503).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4090
SELANGOR
BSU3327
JOHOR
JF4792J
PULAU PINANG
PSG2933
PERAK
APM1304
PAHANG
CFH9748
KEDAH
KGJ4110
NEGERI SEMBILAN
NEM2359
KOTA KINABALU
SJU4874
KUCHING
QAB7358P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge