KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan 12 perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) pada 2026 bagi laluan sektor selatan dan utara selepas perkhidmatan itu beroperasi sepenuhnya.
Ketua Pegawai Operasi KTMB, Afzar Zakariya berkata, KTMB menyasarkan purata 3,400 penumpang sehari termasuk 2,600 orang bagi laluan Kuala Lumpur-Johor Bahru.
Purata harian 400 penumpang pula dijangka menggunakan laluan Johor Bahru-Butterworth dan Johor Bahru-Padang Besar.
"Mulai bulan ini, KTMB mengoperasikan lapan perkhidmatan ETS3 setiap hari iaitu empat perjalanan naik dan empat turun.
"Tahun hadapan, perkhidmatan ini akan disambung dari Johor Bahru ke Butterworth dan Padang Besar dengan masing-masing dua perkhidmatan, menjadikan keseluruhan 12 perkhidmatan yang dijangka mula beroperasi pada awal 2026," katanya kepada Bernama.
Afzar berkata, pengangkutan berasaskan rel memainkan peranan penting dalam pembangunan negara khususnya menerusi projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dan Laluan Sistem Transit Rapid (RTS Link) Johor Bahru-Singapura yang disifatkan sebagai pencetus perubahan
Beliau berkata, RTS Link yang menghubungkan Stesen Woodlands North di Singapura dan Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dijangka menjadi pemangkin kepada peningkatan penggunaan pengangkutan awam termasuk ETS3 serta perkhidmatan komuter di selatan.
"Apabila RTS Link beroperasi kelak, kita menjangkakan lebih ramai penumpang dari Singapura akan menggunakan rangkaian rel domestik seperti ETS3 dan komuter sebagai sambungan perjalanan ke bandar-bandar lain di Malaysia," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2162
SELANGOR
BSU2927
JOHOR
JF4049J
PULAU PINANG
PSG2327
PERAK
APM264
PAHANG
CFH9528
KEDAH
KGJ3877
NEGERI SEMBILAN
NEM2153
KOTA KINABALU
SJU4604
KUCHING
QAB7285P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Berita Terkini
Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?
Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.
07-10-2026
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak
Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.
06-10-2026
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge