Boleh Tahan, 1 Jam Isi RON97 40 Tong Jerikin

Seorang penyeludup tidak sempat meraih keuntungan hasil jualan sebanyak 40 tong jerikin berisi 1,100 liter petrol RON97 selepas dicekup semasa sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, suspek berusia dalam lingkungan 30-an memandu dan memandu sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback ditahan kira-kira pukul 5.45 pagi tadi.
Menurutnya, lelaki itu dipercayai sudah sejam mengisi minyak ke dalam 40 buah tong jerikin di stesen minyak tersebut sebelum diberkas anggota penguat kuasa KPDN.
“Siasatan lanjut mendapati, suspek dipercayai bersekongkol dengan pemilik stesen minyak itu untuk mengisi minyak RON97 untuk diseludup ke negara jiran.
“Modus operandi yang digunakan suspek adalah menjalankan pengisian minyak pada awal pagi lebih-lebih lagi pada waktu subuh bagi mengelakkan kegiatan tersebut dikesan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat operasi sebuah stesen minyak di sini hari ini.
Azman memberitahu, siasatan lanjut mendapati, kesemua petrol RON97 yang diisi ke dalam tong jerikin itu dianggarkan bernilai RM2,540.
Menurutnya, meskipun petrol RON97 bukan merupakan komoditi bersubsidi, bahan tersebut tetap tidak boleh sewenang-wenangnya diseludup ke negara jiran.
Tambahnya, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO ONLINE
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQK8380
SELANGOR
BSM2736
JOHOR
JYQ8976
PULAU PINANG
PRY3835
PERAK
APE8874
PAHANG
CFF1466
KEDAH
KGE2061
NEGERI SEMBILAN
NEJ4489
KOTA KINABALU
SJQ1563
KUCHING
QAB1884N
Terakhir Kemas Kini 02 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
+0.02
RON 97
RM 3.10
+0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.04
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.04
Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026
Berita Terkini
China 'Gila Kuasa'! Lebih 20 Juta Pengecas EV Disediakan, Sasar 28 Juta Lagi
Kelajuan China dalam membina infrastruktur kenderaan elektrik (EV) sukar dicabar oleh mana-mana pasaran dunia.
02-02-2026
Boleh Tahan, 1 Jam Isi RON97 40 Tong Jerikin
Seorang penyeludup dipercayai mengisi RON97 ke dalam 40 tong hanya dalam masa sejam.
02-02-2026
Chery Malaysia Sahkan Model Prestasi & SUV Mewah Akan Tiba Pada 2026
Sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2023, Chery Auto Malaysia tidak mengambil masa lama untuk mendedahkan taringnya.
02-02-2026
Cuti Panjang, Aliran Trafik Di Karak Masih Steady, Utara, Selatan Mula Sesak
Aliran trafik di beberapa lebuh raya terutamanya menuju ke selatan dan utara mula bergerak perlahan di beberapa kawasan petang ini.
30-01-2026
Jetour Tukar Logo Baharu
JETOUR memperkenalkan logo baharunya di Malaysia, menandakan fasa baharu dalam evolusi jenama tersebut.
30-01-2026
Tahun Baharu Cina, Aidilfitri: KTMB Tambah 8 ETS
Jangan risau nak balik kampung pada tahun ini kerana KTMB sediakan 8 ETS tambahan.
30-01-2026
2025 Fasa Kebangkitan EV, 2026 Pula Fasa 'Realiti' – Permintaan EV Mula Perlahan?
Tahun 2025 mungkin akan diingati sebagai tahun kebangkitan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun 2026 pula bakal menjadi tahun realiti.
30-01-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
