Nak Balik Kampung Sambut Raya Cina, Ramadan? KTMB Tawar Diskaun ETS 20%

Ada berita baik untuk anda bagi yang ingin pulang ke kampung sempena ketibaan Tahun Baharu Cina dan Ramadan.
Ini kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang sehingga 20 peratus bagi perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) terpilih.
Diskaun berkenaan melibatkan semua sektor perjalanan ETS terpilih dan penumpang boleh menikmati potongan harga dengan menggunakan kod promosi ETSANGPOW20 dan ONGTRAIN20 ketika pembelian tiket.

Selain itu, sebanyak 5,000 kod promosi ditawarkan dan ia tertakluk kepada terma serta syarat yang ditetapkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al-Bakri berkata, inisiatif itu mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam menyediakan penyelesaian mobiliti yang cekap serta mesra rakyat.
“Diskaun 20 peratus ini memberi peluang kepada penumpang menjimatkan kos perjalanan sepanjang musim perayaan.
Pada masa sama, penggunaan tren sebagai alternatif utama dapat membantu mengurangkan kesesakan lebuh raya serta memastikan perjalanan lebih lancar, selesa dan selamat,” katanya.
Beliau turut menggalakkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan memanfaatkan tempoh promosi yang terhad itu.
Tiket boleh dibeli melalui aplikasi KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB atau mesin kios bagi memudahkan pelanggan mendapatkan tempat duduk.
Diskaun ini hanya sah untuk perjalanan ETS kelas biasa, tertakluk kepada kekosongan tempat duduk dan tidak terpakai bagi perkhidmatan lain seperti KTM Komuter, KTM Intercity serta Shuttle Tebrau.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat