- Berita
- Kereta Baru
- PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800
PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh pengeluar kereta nasional PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan All-New Proton e.MAS 7 PHEV ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
Ia hadir dalam tiga varian iaitu Prime (RM109,800) Premium (RM123,800) dan Premium Plus (RM129,800).

Sebaliknya, 5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000, menjadikan harga atas jalan (tanpa insurans) bagi Proton e.MAS 7 PHEV varian Prime, Premium dan Premium Plus seperti berikut:


Untuk meraikan pelancaran ini, PRO-NET memperkenalkan Lima Pakej Power Packs bernilai sehingga RM7,500, direka untuk meningkatkan pengalaman pemilikan dengan nilai tambahan dan kemudahan:


- Power Home
Pengecas Rumah 7kW percuma bernilai RM 1,500
- Power Online
•Data Internet 2GB bulanan percuma selama 5 tahun bernilai RM 1,000
- Power Trade-In
Rebat tukar-beli bernilai RM 1,000 melalui CARSOME*
- Power Exchange
• Layak menerima apabila kenderaan tidak lagi sesuai digunakan di Jalan raya, bernilai RM 4,000**
- Power Protection
•Pakej Insurans e.MAS Care eksklusif bernilai RM 1,000***
Pemilik Proton e.MAS 7 PHEV juga akan menerima waranti kenderaan 6 tahun tanpa had perbatuan, serta waranti bateri berkuasa tinggi dan komponen selama 8 tahun atau 160,000 km, sekali gus menegaskan komitmen Proton e.MAS terhadap kebolehpercayaan jangka panjang dan keyakinan pelanggan.


Kesemua varian hadir dengan enjin petrol 4-silinder 1.5 liter Dedicated Hybrid Engine (DHE), motor elektrik dan sistem bateri, serta transmisi hibrid Dedicated Hybrid Transmission (DHT) 11-dalam-1.
Untuk itu, output gabungan sebanyak 193 kW (259 PS) dan 262 Nm yang disalurkan ke roda hadapan. Ini membolehkan ia mampu memecut dari 0–100 km/j dalam masa 8 saat (Prime dan Premium) serta 8.2 saat (Premium Plus), sebelum mencapai kelajuan maksimum terhad pada 170 km/j.
Terdapat dua pilihan saiz bateri LFP – 18.4 kWh untuk varian Prime dan Premium, manakala pek bateri yang lebih besar iaitu 29.8 kWh ditawarkan untuk Premium Plus.
Difahamkan, bateri yang lebih kecil mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 105 km, jarak gabungan petrol-elektrik adalah sehingga 1,000 km, serta penggunaan bahan api serendah 4.3 liter/100 km.
Secara lumrahnya, pek bateri berkapasiti lebih besar menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya yang sedikit lebih panjang, iaitu sehingga 170 km. Ia juga memberikan jarak gabungan petrol-elektrik sehingga 1,065 km. Namun, disebabkan berat yang sedikit lebih tinggi, varian teratas ini mencatat penggunaan bahan api yang sedikit lebih tinggi dengan kadar tuntutan 4.4 liter/100 km.
Dari segi kelajuan pengecasan, pengecasan AC 6.6 kW disediakan sebagai standard bagi semua varian. Varian Prime dan Premium turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 30 kW, membolehkan pengecasan semula dari 30–80% dalam tempoh kurang daripada 20 minit. Premium Plus pula menggandakan kapasiti ini kepada 60 kW, sekali gus membolehkan pengecasan 30–80% diselesaikan dalam masa kurang daripada 16 minit..



Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat