ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Photo-1-(10).jpg

Kia Malaysia secara rasmi mengumumkan langkah strategik terbesar mereka untuk tahun ini dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Stellantis Malaysia. 

erjasama ini bakal menyaksikan fasiliti Stellantis di Gurun, Kedah bertindak sebagai pemasang kontrak (contract assembler) bagi kenderaan pasangan tempatan (CKD) jenama Kia.

Langkah agresif ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi permintaan pasaran domestik, malah bersedia menjadikan Malaysia sebagai hab eksport utama Kia untuk rantau ASEAN.

Strategi 'Return, Rebuild & Reposition' Kia

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Malaysia serta Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim berkata, kolaborasi ini merupakan satu pencapaian penting dalam strategi Kia untuk ‘Return, Rebuild, and Reposition’ kedudukan Kia di Malaysia.

Bekerjasama dengan Stellantis Malaysia serta memanfaatkan ekosistem rantaian bekalan automotif Malaysia, Kia berada pada kedudukan yang kukuh untuk memperluas kehadiran tempatan kami di samping memperkukuh kualiti pembuatan dan persediaan untuk memperkenalkan model-model baharu pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan ASEAN Stellantis, Isaac Yeo pula menyifatkan kerjasama itu merupakan satu pencapaian bermakna dalam memperkukuh ekosistem pembuatan automotif Malaysia dan menekankan kepentingan kerjasama antara rakan industri dalam memacu pertumbuhan jangka panjang serta pembangunan ekonomi. 

Photo-2-(7).jpg

Kilang Gurun Sedia 'Sumbat' Sportage, Carnival & Model Masa Depan

Fasiliti pembuatan Stellantis yang terletak di Kawasan Perindustrian Gurun ini bukan calang-calang. Berkeluasan 140 ekar dan beroperasi sejak 2021, loji ini dilengkapi dengan:

  • Infrastruktur pengeluaran komprehensif patuh piawaian ISO 9001 (QMS).

  • Kemudahan cat, badan kenderaan, dan litar ujian (on-site test track).

  • Zon khas untuk vendor serta disokong oleh lebih 400 tenaga kerja mahir.

Menariknya, fasiliti ini direka fleksibel untuk mengendalikan pelbagai jenis rangkaian kuasa (powertrain). Ini bermakna, ia mampu menampung pengeluaran model semasa Kia seperti Kia Sportage dan Kia Carnival, sehinggalah ke model-model generasi baharu (termasuk potensi model EV/Hibrid) yang akan datang.

Bila Pengeluaran Bermula?

Sesi pusingan roda pengeluaran (SOP) dijadualkan bermula pada Suku Ketiga (Q3) tahun 2026. Apa yang lebih penting, operasi pemasangan bagi pasaran eksport serantau akan digerakkan serentak dengan pengeluaran untuk pasaran Malaysia.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU8932

SELANGOR

BSU5431

JOHOR

JG2104J

PULAU PINANG

PSG6473

PERAK

APM4230

PAHANG

CFJ1906

KEDAH

KGJ5452

NEGERI SEMBILAN

NEM3609

KOTA KINABALU

SJU6463

KUCHING

QAB8024P

Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

15-12-2025
EV

19-11-2025
EV

23-09-2025
Teknologi

23-09-2025
Berita Auto

27-08-2025
Global

30-07-2025
Global

17-07-2025
Global

08-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Bagi Yang Tiada Lesen, Mesti Lega Sebab Minyak Turun

Harga Minyak Turun 30 Sen Bermula Esok: RON97, RON95 & Diesel.

22-10-2026
Berita Auto

Berapa Kematian Libatkan Motosikal?

Kematian Kemalangan 2025: Motosikal Catat 66% Kes.

21-10-2026
Berita Auto

SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?

Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?

21-10-2026
Berita Auto

Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta

Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.

21-10-2026
Berita Auto

Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?

EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.

21-10-2026
Berita Auto

GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia

GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.

21-10-2026
Berita Auto

Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia

Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.

21-10-2026
Berita Auto

SARA, BUDI95 Perlu Kecualikan Golongan Kaya

Kaji semula SARA dan BUDI95 Untuk Orang Kaya.

20-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.