ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Suhana Veru

24-1-2025

Kongsi melalui

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_-3-(1).jpg

Reka bentuk kereta sekarang paling win!

Itu kata jiran-jiran saya sebaik membawa pulang unit pandu sesi varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

Ya, memang benar reka bentuk Peugeot 408 GT cukup memukau namun jika anda perasan, rim Monolithe 20 incinya kelihatan agak futuristik sehinggakan ada yang mendakwa ia kelihatan sedikit aneh.

Apa tidaknya, rimnya dipasang dengan  material plastik berbentuk bintang yang menutupi lima lubang nat roda.

Menjengah bahagian hadapannya, ia kelihatan macam sedan tetapi bila anda ke bahagian sisi, ia nampak seperti crossover manakala bumbungnya pula seperti fastback.

Jadi kereta apa ini? Saya simpulkan sebagai SUV sedan. Anda pula bagaimana?

Apapun tahniah kepada pasukan yang mereka cipta jentera ini kerana dengan campuran reka bentuknya, ini yang menyebabkan orang ramai toleh dua kali.  

Lagipun di rantau ASEAN, model 408 serba baharu membentuk 30% daripada kereta Peugeot yang dijual di Vietnam dan Taiwan, membukitikan daya tarikannya.

Memang cantik design kereta ini apatah lagi gril hadapannya dihiasi dengan bentuk segi empat panjang dan di tengah-tengahnya bertahtakan logo singa Peugeot. Ini membuatkannya ia kelihatan agak garang dan agresif.

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_-9.jpgweb_TA_Review_Peugeot-408-GT_-8-(1).jpg

Peugeot 408 serba baharu menampilkan rekaan tiga cakaran 3D yang tersendiri kerana lampu LED belakang diserlahkan lagi dengan lekuk pada bampar belakang.

Selain itu, ia juga dipasang dengan lampu LED matriks dan lampu nyalaan siang hari berbentuk taring singa. Jika waktu siang, anda mungkin tidak akan nampak bentuknya, namun jika malam, lampunya kelihatan cukup terserlah.

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_-18.jpg

Melihat dari sisinya, selain rimnya yang moden, siluetnnya bukan sahaja memberikan imej maskulin, tetapi  menyerlahkan penampilan kereta ini. 

Dari belakang pula, ramai jiran kata fuhh design belakang macam Lamborghini Urus? Betul ke?

Satu lagi, ramai pula yang menyangka kereta ini kereta Proton memandangkan dari jauh, logonya nampak macam logo Proton.

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_-20.jpgweb_TA_Review_Peugeot-408-GT_-24.jpg

Sebagai makluman, Peugeot 408 GT dibangunkan berasaskan  EMP2 (Efficient Modular Platform).

Dari segi dimensi, Peugeot 408 mempunyai panjang,  4,687 mm, selebar 1,859 mm,  1487 mm tinggi manakala jarak roda 2,787 mm.

KABIN MEWAH.

Kemewahan dari luaran Peugeot 408 GT diteruskan  ke dalam kabinnya kerana Peugeot  408 sekali lagi mempersembahkan konsep reka bentuk i-Cockpit jenama Peugeot yang membawa sentuhan  bergaya dan berteknologi tinggi.

Ciri yang paling ketara di sini ialah stereng 'kompak', dan kehadiran paparan instrumen digital Kuarza 3D 10-inci dengan sentuhan i-Toggles namun ciri ini hanya ada pada GT.

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_-61.jpg

Varian GT juga menerima tempat duduk hadapan dengan Fungsi Urut dengan fungsi memori.

Antara ciri yang ada pada GT ialah ,sistem audio Focal, kamera 360 darjah dan pintu belakang berkuasa.

Bagi varian Allure dan Premium, mereka masih menerima beberapa ciri mewah seperti mana ada pada GT.

Misalnya, pengecasan USB-C di hadapan dan di belakang, kawalan iklim automatik dengan belakang. infotainmen digital dengan sambungan Apple CarPlay dan upholsteri tempat duduk kulit mewah.

Selain 6 beg udara, program kestabilan elektronik (ESP) dan Active Hood untuk perlindungan pejalan kaki merupakan ciri standard pada semua varian Premium.

Antara kelengkapan lain yang anda perlu tahun ialah, corong pendingin di bahagian depan agak tinggi. Ini bertujuan untuk penyejukan kabin yang lebih berkesan.

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_-55.jpg

Bagi saya, bahagian konsolnya cukup ringkas kerana tuil gear ada satu sentuhan namun butang P diletakkan secara berasingan. Bagi jentera ini, ia hadir dengan tiga mod pemanduan disediakan untuk pemandu — Eco, Normal dan Sport.

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_-67.jpgweb_TA_Review_Peugeot-408-GT_-68.jpg

Menyentuh mengenai tempat duduk pemandu pula, ia boleh dilaraskan kepada 10 arah dan tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan  dilengkapi  dengan sistem urutan. Lebih menarik, varian ini mempunyai tempat duduk dengan fungsi pemanas.

Dari segi material kerusi, ia hadir dengan kerusi balutan kulit Dynamic Black Nappa dan varian ini didatangkan dengan bumbung panaromik.

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_-54.jpgweb_TA_Review_Peugeot-408-GT_-62.jpgweb_TA_Review_Peugeot-408-GT_-63.jpg

Untuk pengecasan telefon, satu unit pengecas tanpa wayar diberikan di tengah, serta dua soket USB-C.

Bagi ruang but pula, Peugeot 408 sememangnya mempunyai ruang but yang cukup besar kerana anda boleh menyumbat pelbagai jenis barangan termasuk beg-beg besar.

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_-35.jpg

Apa tidaknya, ruang butnya 536 liter, tetapi boleh dibesarkan  menjadi 1,611 liter, jika kerusi belakang direbahkan.

Mengenai aspek keselamatan, jentera ini memang cukup sarat dengan pelbagi ciri keselamatan canggih.

Anataranya, Kawalah Jelajah Adaptif dengan Stop/Go, Brek kecemasan automatik dengan amaran pelanggaran, pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal siang dan malam (dari kelajuan 7km/j hingga 140km/j), amaran perubahan laluan aktif, amaran kepekaan pemandu, pemantau titik buta jarak jauh, amaran Trafik di belakang, Kamera undur 180° berdefinisi tinggi serta Bantuan parkir 360° dengan 4 kamera berdefinisi tinggi.

PANDU UJI:

Sudah pastinya, walaupun ia menawarkan reka bentuk yang cukup mengancam dan pelbagai ciri canggih, mungkin bagi sesetengah orang, tiada gunanya jika tak de power?

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_rolling_-7.jpg

Kalau mak-mak macam saya, pastinya kami mementingkan kecantikan berbanding dengan power kereta!

Datang bab pandu uji, secara jujurnya, penulis bukanlah sejenis kaki tekan minyak. Cuma dari segi pemanduan santai, bagi saya ia sudah memadai 

Namun atas dasar kerja, terpaksalah saya menekan pedal minyak untuk merasai pemanduannya.

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_rolling_-4.jpg

Sebelum itu, saya ingin memaklumkan, kereta ini memang sedikit tinggi namun ia tidak menjejaskan pemanduan.

Bagi yang tidak tahu, Peugeot 408 disumbat dengan enjin petrol 1.6 liter yang mampu menghasilkan kuasa setakat   218 hp and 300 Nm.

Enjin tersebut yang mampu menjana kuasa sehingga 218hp (160kW) pada 5,750rpm dan tork 300Nm pada 2,000rpm yang dipadankan dengan transmisi automatik EAT8 8-kelajuan pintar.

Saya difahamkan, Peugeot 408 ini mampu memecut 0- 100km/j hanya dalam masa 8.8 saat. Gabungan itu dikatakan sudah memadai untuk memberi pemandu menikmati prestasi yang luar biasa.

Memandangkan ia diberi untuk pandu uji, jadi, saya terus cuba mod pemanduan Sport, sebab apa, sebab saya nak habiskan cerita cepat untuk merasai pemanduannya.

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_-36.jpg

Sebaik saya menekan pedal minyak dalam 140km/j, fuh kereta ini bukan sahaja nampak jahat tetapi Peugeot 408 memang cukup ligat. Macam pelesit dia punya laju!

Tambah pula, stereng jenis saiz kecil. Memang terasa ringan dan ia membantu untuk anda memecut sehingga tak ingat dunia!

Pendek kata, saya rasa macam pandu Sport car. Apatah lagi, dengan mod Sport, anda akan kedengaran sejenis bunyi yang saya sendiri tidak pasti sama ada keluar dari ekzos atau speaker.

Yang ini, saya rasa hanya sifu-sifu kereta yang mampu mengulas lebih tepat. Bagi saya, memang ada bunyi berdesing macam kereta sport tetapi dari mana bunyi itu keluar, saya tak pasti.

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_rolling_-7-(1).jpg

Satu lagi, jika anda pendek, anda disarankan untuk merendahkan sterengnya. Kalau tidak, anda tidak akan nampak bacaan pada kluster meter.

Selain merasai pecutannya, saya ada juga  melayani selekoh pada kelajuan biasa, kereta ini tidak langsung terbuai mungkin kerana kelajuannya yang tak berapa sangat.

Sepanjang pemanduan secara berseorangan, walaupun saiznya besar gedabak namun ini tidak menghalangnya untuk memberikan tenaga yang cukup padu.

Untuk makluman anda, pemilik jenama Peugeot adalah Stellantis. Pihak Stellantis melancarkan secara rasminya Peugeot 408 pada April tahun  lalu.

image.png

Peugeot 408 didatangkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD) yang dikeluarkan dari kilang Stellantis Malaysia yang terletak di Gurun, Kedah.

Firma itu berkata, model yang dilancarkan itu tidak mempunyai sebarang pesaing setakat ini.

Peugeot 408 didatangkan dalam tiga varian, varian standard ialah Allure, varian pertengahan (Premium dan varian teratas (GT).

PEUGEOT 408 serba baharu hadir dalam empat pilihan warna menarik –(Perla Nera Black),  (Okenite White),  (Artense Grey) dan (Obsession Blue).

image.png

Peugeot 408 serba baharu hadir dalam empat pilihan warna menarik – hitam (Perla Nera Black), putih (Okenite White), kelabu (Artense Grey) dan biru (Obsession Blue) bersama tiga kemasan atau varian berbeza iaitu Allure, Premium dan GT.

Model baharu ini ditawarkan pada harga RM 146,055 untuk varian Allure, RM 166,055 bagi Premium dan RM196,055 untuk model flagship GT. Harga itu termasuk jaminan selama 7 tahun atau perbatuan sejauh 200,000km, mana-mana tiba dahulu. 

Akhir kata, jika ada di antara pembaca yang masih tidak dapat membuat keputusan untuk membeli varian yang mana, bagi saya, varian Premium sudah memadai memandangkan enjinnya sama dengan varian GT, cuma apa yang membezakan ialah Premium dipadankan dengan rim bersaiz 18 manakala GT 20 inci.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPB6823

SELANGOR

BSE3819

JOHOR

JXW3362

PULAU PINANG

PRQ2639

PERAK

ANV2504

PAHANG

CFB6374

KEDAH

KGA3928

NEGERI SEMBILAN

NEF6675

KOTA KINABALU

SJK6701

KUCHING

QAB2775L

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025

Berita Berkaitan

EV
Leapmotor B10 Baru Dilancar, Sudah Terima Lebih 15,000 Tempahan

Leapmotor B10 Baru Dilancar, Sudah Terima Lebih 15,000 Tempahan

Leapmotor B10 ditawarkan pada harga bermula dari RM67,000.

12-03-2025
Global
Stellantis Rombak Struktur Pengurusan, Pencarian CEO Masih Diteruskan

Stellantis Rombak Struktur Pengurusan, Pencarian CEO Masih Diteruskan

Syarikat automotif global, Stellantis mengumumkan rombakan besar dalam struktur pengurusannya minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyederhanakan organisasi.

05-02-2025
Global
Stellantis Akan Ambil Alih Syarikat Pengeluar Sistem Transmisi Kereta, Punch Powertrain

Stellantis Akan Ambil Alih Syarikat Pengeluar Sistem Transmisi Kereta, Punch Powertrain

Syarikat automotif global, Stellantis, mengumumkan pengambilalihan penuh Punch Powertrain.

30-01-2025
EV
SUV EV Comel Leapmotor T03 Diperkenalkan Di Eropah – Malaysia Pasaran Seterusnya?

SUV EV Comel Leapmotor T03 Diperkenalkan Di Eropah – Malaysia Pasaran Seterusnya?

Leapmotor milik Stellantis akhirnya membuat kemunculan rasminya di Eropah dengan pengenalan model elektrik kecil, Leapmotor T03.

26-09-2024
Berita Auto
Baru Dibuka: Pusat 2S Peugeot Di Taipan, Subang Jaya

Baru Dibuka: Pusat 2S Peugeot Di Taipan, Subang Jaya

Peugeot Malaysia melancarkan bilik pameran yang terletak di Taipan, Subang Jaya, baru-baru ini.

02-09-2024
Global
Stellantis Bakal Hentikan Jualan Jenama Yang Tidak Laris? Ini Jenama Yang Mungkin Terlibat...

Stellantis Bakal Hentikan Jualan Jenama Yang Tidak Laris? Ini Jenama Yang Mungkin Terlibat...

Kumpulan automotif multinasional, Stellantis, mengumumkan penurunan keuntungan sebanyak 48%.

30-07-2024
Berita Auto
Ini Pencapaian Stellantis Malaysia Setelah 100 Hari Beroperasi – Pertumbuhan Jualan Lebih 100%

Ini Pencapaian Stellantis Malaysia Setelah 100 Hari Beroperasi – Pertumbuhan Jualan Lebih 100%

Stellantis mendedahkan rancangan untuk memperkembangkan pasarannya di Malaysia melalui Stellantis Malaysia.

26-07-2024
Global
Peugeot 'Undur Diri' dari Pasaran Indonesia Setelah 52 Tahun

Peugeot 'Undur Diri' dari Pasaran Indonesia Setelah 52 Tahun

Syarikat pengeluar kereta global, Stellantis, telah mengeluarkan jenama Peugeot secara rasmi daripada pasaran Indonesia.

06-05-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.