NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang


Bagi warga Lembah Klang yang sudah lali dengan kesesakan lalu lintas, ini ada berita baik. Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda memandangkan ia akan menggunakan sistem kutipan tol tanpa palang.
Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Tol IJM Corporation Berhad (IJM), Chua Lay Hoon berkata projek yang dijangka siap sepenuhnya pada 2029 itu melibatkan laluan utama sepanjang 6.4 kilometer (km) atau 15km keseluruhan termasuk tanjakan dari Plaza Tol Pantai Dalam ke Jalan Istana.
"Sekiranya MLFF belum dilaksanakan selepas projek ini siap, peralihan kepada sistem tol lain boleh dilakukan dengan perubahan pada peralatan kutipan tol tanpa memerlukan pengubahsuaian besar," katanya pada Taklimat Khas Projek Sambungan NPE 2 bersama media.
Lebuh Raya RM1.7 Bilion: Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Projek mega bernilai RM1.7 bilion ini bukan sekadar jalan raya biasa. Ia merupakan pelan strategik untuk menyuraikan trafik padat terutamanya pada waktu puncak.
Jarak Laluan: 6.4 kilometer (km) untuk laluan utama, atau 15km keseluruhan termasuk tanjakan (ramp).
Laluan Terlibat: Menghubungkan Plaza Tol Pantai Dalam terus ke Jalan Istana.
Status Terkini: Kini berada pada tahap kemajuan 6% (fasa reka bentuk & pemodelan). Kerja-kerja fizikal di tapak projek pula sudah mula rancak sejak bulan lalu.

Lay Hoon berkata projek sambungan lebuh raya itu memperkukuh rangkaian lebuh raya bersepadu di Lembah Klang menerusi jaringan yang lebih baik antara NPE, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan cadangan Lebuhraya Istana-Kiara (LIKE) selaras aspirasi Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur 2040.
Mengulas mengenai pengurusan trafik semasa kerja pembinaan, Lay Hoon berkata Pelan Pengurusan Trafik (TMP) komprehensif akan dilaksanakan sepanjang tempoh itu bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.
"Antara langkah yang akan dilaksanakan termasuk pemantauan trafik secara masa nyata, penyelarasan bersama agensi berkaitan, penutupan serta lencongan jalan secara berjadual yang hanya dilakukan di luar waktu puncak atau waktu malam selain penyediaan pasukan pengurusan trafik khusus.
"Keselamatan pengguna jalan raya, pekerja pembinaan dan komuniti berhampiran kekal menjadi keutamaan sepanjang tempoh pembinaan di samping meminimumkan gangguan kepada pengguna lebuh raya," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8342
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2084J
PULAU PINANG
PSH3240
PERAK
APM8236
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7613
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

