Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bagi anda yang dah merancang untuk bercuti atau ‘road trip’ ke Thailand dalam masa terdekat ini, tolong ambil perhatian! Jangan sampai percutian impian bertukar menjadi mimpi ngeri gara-gara disaman polis Thailand.
• Isu: Seorang pemandu Malaysia disaman 1,000 Baht di Hat Yai kerana hanya menunjukkan lesen digital MyJPJ semasa sekatan jalan raya.
• Sebab: Pihak berkuasa Thailand hanya mengiktiraf lesen memandu fizikal Malaysia atau Permit Memandu Antarabangsa (IDP).
• Solusi JPJ: Orang ramai yang ingin ke Thailand wajib mendapatkan lesen fizikal di kaunter JPJ dengan bayaran RM20 sahaja sebelum bertolak.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, mengingatkan orang ramai supaya wajib mendapatkan lesen memandu fizikal dengan bayaran RM20 sahaja sebelum memulakan perjalanan merentasi sempadan.
"JPJ memang ada mengeluarkan lesen fizikal dengan bayaran RM20 sahaja. Untuk pemanduan dalam negara sudah memadai lesen digital, namun untuk ke Thailand memerlukan lesen fizikal.
"Selain lesen fizikal, mereka yang mahu ke luar negara juga boleh berkunjung ke mana-mana kaunter JPJ untuk mendapatkan Permit Memandu Antarabangsa (IDP).
"Berhubung rakyat Malaysia yang dikenakan saman oleh pihak berkuasa Thailand baru-baru ini berikutan gagal mengemukakan lesen fizikal, itu adalah bidang kuasa pihak berkuasa di negara berkenaan.
"Bagi mengelak tindakan itu berulang, kita menasihatkan orang ramai yang mahu ke negara jiran supaya membawa lesen fizikal," katanya selepas menghadiri Program Kucha Sugho Queen Ekspress di sini, hari ini.
Terdahulu, CariCarz.com melaporkan seorang pemandu Malaysia disaman sebanyak 1,000 baht kerana gagal menunjukkan lesen memandu fizikal dalam sekatan jalan raya di Hat Yai, Thailand.
Ketika pemeriksaan, wanita berkenaan menunjukkan lesen memandu Malaysia versi digital melalui aplikasi MyJPJ, namun pegawai berkenaan memaklumkan bahawa polis Thailand hanya mengiktiraf lesen memandu Malaysia dalam bentuk fizikal bagi warga Malaysia atau Permit Memandu Antarabangsa (IDP) bagi warga asing.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

